Assalamualaikum.
[1]
27 Rejab 1433H
Salam isra' mikraj
[2]
Kak wa, rasa nak makan cheesecake la.
-lepas exam kak wa buat..
Kak wa, bila nak buat lasagna?
-bahan semua dah ada. tunggu habis exam ye..
Kak wa ni takleh diajak keluar. Semua kena reject
-cuba ajak kak wa keluar lepas exam. Konfem on je..
Stress kejap budak2 rumah ni ngan aku. Semua benda yang aku tolak mesti nak kaitkan ngan exam. Memang time exam ni takde semangat sangat nak keluar ke mana2. Tambah ngan hari panas. Memang tak la. Kecuali hari ada paper, balik exam tu layan jugak la nak pegi cari makan ke, singgah mall sebab nak tumpang rasa aircond ke. Kalau dah balik rumah memang malas nak keluar. Kalau gap untuk next paper seminggu, bleh je aku terperap tak keluar rumah langsung seminggu tu. Aya pun tension kalau tahu aku tak keluar rumah. Eh?
[3]
Kak wa, kuat sangat duk mention2 ngan MA tu kat twitter. Kekasih lama ke?
-tak la, kekasih baru. bhahahahaa
Boleh pulak tanya kekasih lama ke? Alahai cik adik. Cuba tengok depan meja study kak wa tu. Kan dah tulis 'SINGLE & NOT DESPERATE' :3
Teringat malam sebelum paper biochem. Aku baru nak lelap. Panas sangat, study la atas katil. masuk la si kembar.
'kak wa, mana yang kak wa tulis single & not desperate tu?' si adik kembar tanya sambil mata duk jenguk depan meja study. bila jumpa yang dicari, toleh kat aku. then, 'kak wa, saranghae' sambil angkat tangan buat simbol <3 macam stail korea tu.. Aku mamai ke memang si adik kembar yang tough ni buang tebiat? Esok nye tu tanya dia sendiri. Takut aku ngigau je. Tapi memang betol dia buat macam tu. Sebab? Saje. Lepas tu tiap kali jumpa nak saranghae saranghae ngan aku. Ngan si kakak kembar pun sama. Layan je la budak2 ni. =.='
[4]
4subjek medic dah selamat selesai semalam. Alhamdulillah. Tinggal lagi 3subjek agama + psychology. Alahai lamanye la nak tunggu detik 1Julai tu. Serius tak sabar nak balik Malaysia tanah tumpah darahku. Dah termimpi2 terbayang2 je nak balik. Huwaaa. Untung la bebudak dentist dah habis final exam. Diorang start awal gila kot. Takpe najwa. Fighting!!
[5]
Lepas paper biochem haritu Aya ada cakap pasal trip ke Hurghada lepas exam nanti. Kira dia ajak aku pegi skali ngan dia la. Tapi ntah sebab frust takleh jawab paper biochem hari tu, aku cakap tunggu dulu. Nak pikir. Ntah sampai berapa hari ntah aku pikir. Lepas tu Aya mesej,
'aku dah register untuk 1st trip ke Hurghada. bleh lagi kot kalau nak register. up to u'
Tapi still masa tu aku takde mood lagi. Ntah kenapa kali ni tak eksaited kalau orang ajak berjalan. Sebelom ni pantang orang ajak, semua on je. Sebab biochem kot. Allah. Ikut perasaan sangat. So hari tu saje la jenguk page Pasar Mesir. Sebab rasanye diorang cakap join yang orang indon iklankan kat situ. Masa bukak promo trip tu, admin dia baru je post.
'fully booked for 1st trip' 20minutes ago. Allah. memang takde rezeki aku la kan. Takpe la Aya. Kau pegi la ngan budak2 lain. Enjoy yourself. Dah la sinai haritu kau tak pegi dah. Kira lepas ni kita sama level. Tinggal la aku 3hari kau pegi trip tu nanti. Aku duk umah memasak untuk budak2 umah ni je la. Sob sob sobb~
Showing posts with label live life. Show all posts
Showing posts with label live life. Show all posts
Sunday, June 17, 2012
Saturday, April 28, 2012
21 & i'm blessed
Assalamualaikum.
Sabtu lepas genap umur 21. Alhamdulillah masih diberi nafas, ruang dan peluang untuk hidup di muka bumi. Semoga nikmat iman dan islam ini tidak hilang bahkan terus bertambah lagi.
Makin bertambah angka ni tak terasa eksaited sangat nak celebrate ke ape. Tak rasa apa pun bila orang tak wish. Tapi bukan nak kata tak hargai orang2 yang ucap selamat, doakan semua2 tu. I do appreciate. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan korang yang doakan saya, ucap selamat kat saya, bagi hadiah kat saya, buat surprise kat saya! Hulamakk. TERsurprise tak? Boleh la kan. Thanx housemates. Susah2 je. Sampai kena tumpang dapur rumah orang sebab taknak besday girl tahu.
Sabtu lepas genap umur 21. Alhamdulillah masih diberi nafas, ruang dan peluang untuk hidup di muka bumi. Semoga nikmat iman dan islam ini tidak hilang bahkan terus bertambah lagi.
Makin bertambah angka ni tak terasa eksaited sangat nak celebrate ke ape. Tak rasa apa pun bila orang tak wish. Tapi bukan nak kata tak hargai orang2 yang ucap selamat, doakan semua2 tu. I do appreciate. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan korang yang doakan saya, ucap selamat kat saya, bagi hadiah kat saya, buat surprise kat saya! Hulamakk. TERsurprise tak? Boleh la kan. Thanx housemates. Susah2 je. Sampai kena tumpang dapur rumah orang sebab taknak besday girl tahu.
kek diorang bake sendiri..tumpang dapur rumah bawah yg tak tahannye :D
kali kedua birthday di egypt. kali kedua jugak celebrate kat hadiqah. tapi ni hadiqah dauli =)
mereka family saya kat sini =))
Paling terharu sorang clasmate ni, pangkat adik la. Before start study week haritu saja je gurau2 request nak kek coklat moist dia tu. Tapi demand nak suruh dia hantar ke rumah. And guess what? Dia betol2 buat kek tu & betol2 hantar ke rumah! Ya Allah terharu sangat ada kawan camni.
Semoga ukhuwah fillah kita sampai ke syurga awak :')
Tahun ni paling banyak dapat hadiah berunsur coklat.
2 kek coklat, 1 kek batik, 3bar galaxy, 1paket coated chocolate, chupachups
Tahun ni jugak paling ramai yang ucap 'semoga cepat kawin'
Hailaa..calon takde. Cemane nak cepat? Ngee. Doakan dapat jodoh yang baik2 ye =)
Wednesday, April 25, 2012
of majlis munajat perdana & JPA
Assalamualaikum.
Semalam ada program batch. Majlis Munajat Perdana dan jamuan kelas. Pagi kat rumah AJKT PERUBATAN merangkap classmate kitorang la. Perasmian, tayangan video, solat sunat dhuha, solat hajat, makan2, lucky draw, awards, tazkirah, photoshoot! Weewee~ Gelak sakan bahagia ukhuwah sampai ke syurga insyaAllah.
Semalam jugak keputusan permohonan pinjaman yuran pengajian luar negara JPA. Petang balik dari majlis la baru bleh nak online check keputusan kan.
pemohon: NAJWA MOHD
status: TIDAK BERJAYA
Allah. Automatik air mata mengalir laju. Mengenangkan Papa susah2 turun KL sendiri sebab nak hantar dokumen sokongan untuk permohonan tu. Even Papa cakap sambil2 nak jumpa kawan dia kat Putrajaya. Tapi diri sendiri tahu yang Papa cipta alasan tu. :'(
Pagi gelak2 suka hati.
Petang nangis2 bengkak mata.
Allah tengah uji Najwa. Tapi Dia tak uji hambaNya lebih dari kemampuannya kan.
Stay strong girl. Kata nak jadi orang haybat kan? :')
Semalam ada program batch. Majlis Munajat Perdana dan jamuan kelas. Pagi kat rumah AJKT PERUBATAN merangkap classmate kitorang la. Perasmian, tayangan video, solat sunat dhuha, solat hajat, makan2, lucky draw, awards, tazkirah, photoshoot! Weewee~ Gelak sakan bahagia ukhuwah sampai ke syurga insyaAllah.
terima kasih kerana menceriakan hidup di bumi mesir :D
Semalam jugak keputusan permohonan pinjaman yuran pengajian luar negara JPA. Petang balik dari majlis la baru bleh nak online check keputusan kan.
pemohon: NAJWA MOHD
status: TIDAK BERJAYA
Allah. Automatik air mata mengalir laju. Mengenangkan Papa susah2 turun KL sendiri sebab nak hantar dokumen sokongan untuk permohonan tu. Even Papa cakap sambil2 nak jumpa kawan dia kat Putrajaya. Tapi diri sendiri tahu yang Papa cipta alasan tu. :'(
Ya Allah bantu aku jadi anak solehah yang mampu membahagiakan kedua ibu bapaku.
Pagi gelak2 suka hati.
Petang nangis2 bengkak mata.
Allah tengah uji Najwa. Tapi Dia tak uji hambaNya lebih dari kemampuannya kan.
Stay strong girl. Kata nak jadi orang haybat kan? :')
Thursday, April 19, 2012
of venus tour in tahrir square
Assalamualaikum.
Alhamdulillah semalam dah berjaya dapat tiket untuk balik summer break nanti. Serius sekarang tiket flight mahal, naik mendadak. Maybe sebab dah dekat nak pilihanraya Mesir kot. Sebab tu semalam kitorang turun ke Tahrir sendiri untuk survey tiket. Dah bawak cash siap2 in case dapat yang murah terus nak beli la kan. Dah settle boleh la fokus untuk final exam yang tinggal lagi 20 hari je. Tsk tsk~
Akhirnya,
p/s: bittaufeeq wannajah fil imtihan ^^
Alhamdulillah semalam dah berjaya dapat tiket untuk balik summer break nanti. Serius sekarang tiket flight mahal, naik mendadak. Maybe sebab dah dekat nak pilihanraya Mesir kot. Sebab tu semalam kitorang turun ke Tahrir sendiri untuk survey tiket. Dah bawak cash siap2 in case dapat yang murah terus nak beli la kan. Dah settle boleh la fokus untuk final exam yang tinggal lagi 20 hari je. Tsk tsk~
Akhirnya,
Oman AirMacam lambat je sebab exam habis on 24th June. Tapi sebab tu je yang paling murah yang kitorang boleh dapat. So, go on je. Takpe la transit hampir 20jam pun. Ramai geng kasi gegar itu flight maa :D
14july2012 1640 Cairo-Muscat
15july2012 2110 Muscat-Kuala Lumpur
27sept2012 0940 Kuala Lumpur-Muscat
27sept2012 1325 Muscat-Cairo
p/s: bittaufeeq wannajah fil imtihan ^^
Saturday, March 24, 2012
life goes on its tract
Assalamualaikum.
Hari-hari yang dilalui semakin memenatkan. Lumrah hidup student i would say. Especially student medic. More specifically, student kuliah tibb banat Azhar. LectureS and practicalS 8am until 4pm 6days per week! Weekend only on Friday. Dan Jumaat tu kalau ada yang ajak lepak memang nak kena fikir 4-5 kali *sebab hari tu je bleh duk umah bermesra ngan katil bantal and teddy! Euww~* Test hampir setiap hari. Pressure ngan dukturah2 yang slalu nak jump to conclusion yang kitorang tak study, bilamana tak dapat jawab soalan yang ditanya. Ya mengaku, need to work hard for those. Rabbuna yushillna.
Final exam 2nd year dah makin hampir. Kurang dari 40hari lagi. Checklist tak buat lagi. Syllbus dah buat acara lari berganti2. Histo done. Kelas ngan lab sekarang untuk revision je. Just imagine hari ni je kitorang blaja anat 6jam! Nak muntah rasa. Kalau sabtu tu, histo 5jam. Lebih kureng la tahap ke'mual'an nye tu.
Jadual final. InsyaAllah dah finalize. Sebab awal2 dulu we're supposed to habis exam on 21st June. Tapi sebab gap tak brape best, kitorang mintak exchange sikit. Last2 jadi la last paper on 24th June. Tambah seksa jiwa batin 3hari la kan. Takpe2. Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Iye dak?
Pasal summer break*semangat je kalau nak cuti.exam nye dah ready?* dah tanya Papa. Papa kata kalau nak balik Malaysia mintak sponsor KakYo, KakIm and ABgLong. Erkk..nak orang balik ke tak ni? SObbss~ Padahal sebab yuran kau tahun ni Papa dah tolong cover la meks! Ok fine..thanx a lot Papa! I owe you a BIG times! :D Nanti nak buat announcement kat kekanda2 ku semua.
Hal permohonan pinjaman MARA tak selesai lagi. Nak kena scan mana yang tak cukup lagi, email kat Papa untuk hantar ngan dokumen sokongan lain. Tapi mintak2 la dapat JPA. Aminn ya Rabb.
Hari tu pegi check mata kat hospital. Sebab rasa macam ada masalah penglihatan je. Kalau duduk bench belakang dalam lecture, nampak blurr2 je slide dukturah. Since kitorang blaja tajuk special sense dalam physio. Pernah la buat test sendiri. Tutup mata sebelah, tengok kat depan. Rasa yang mata belah kanan kurang clear compare to the left side. Tapi tak sempat2 nak gi check. Kalau dah jadual padat kalah PM cemana? Huhu. Hari tu pun pegi hospital tumpang sekaki McLeya housemate Aya yang hilang speck, nak check mata jugak. So, ini hasilnya.
Hakikatnya aku sendiri tak berapa nak paham maksud nombor2 ni semua. Dah bagitau Papa. Papa cakap kena pegi buat spek la. Karang bertambah pulak power tu. Tapi boleh tak kalau nak postpone buat kat Malaysia? Tak sempat nak pegi. Lagipun lecture nak habis dah insyaAllah by mid of April. Sekarang dalam kelas kalau datang lewat, duduk bench belakang memang tak nampak la. Baru ku tahu rasa jadi orang rabun. Tapi serius tak nak pakai spek! Ada kawan suggest pakai contact lens. Lagii la seram duk tengok orang cucuk2 mata nak pakai, nak bukak benda alah tu. Allah. Najwa, banyak nye alasan. =.=
Hari-hari yang dilalui semakin memenatkan. Lumrah hidup student i would say. Especially student medic. More specifically, student kuliah tibb banat Azhar. LectureS and practicalS 8am until 4pm 6days per week! Weekend only on Friday. Dan Jumaat tu kalau ada yang ajak lepak memang nak kena fikir 4-5 kali *sebab hari tu je bleh duk umah bermesra ngan katil bantal and teddy! Euww~* Test hampir setiap hari. Pressure ngan dukturah2 yang slalu nak jump to conclusion yang kitorang tak study, bilamana tak dapat jawab soalan yang ditanya. Ya mengaku, need to work hard for those. Rabbuna yushillna.
Final exam 2nd year dah makin hampir. Kurang dari 40hari lagi. Checklist tak buat lagi. Syllbus dah buat acara lari berganti2. Histo done. Kelas ngan lab sekarang untuk revision je. Just imagine hari ni je kitorang blaja anat 6jam! Nak muntah rasa. Kalau sabtu tu, histo 5jam. Lebih kureng la tahap ke'mual'an nye tu.
Jadual final. InsyaAllah dah finalize. Sebab awal2 dulu we're supposed to habis exam on 21st June. Tapi sebab gap tak brape best, kitorang mintak exchange sikit. Last2 jadi la last paper on 24th June. Tambah seksa jiwa batin 3hari la kan. Takpe2. Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Iye dak?
2nd YEAR's FINAL EXAM
PHYSIO
10/5-written
13/5-oral+prac
HISTO
17/5-written
20/5-oral+prac
BIOCHEM
27/5-written
29/5-oral+prac
ANAT
4/6-written
5/6-oral+prac
QURAN-11/6
TAFSIR-14/6
PSYCHO-19/6
ADAB+BALAGHAH-24/6
Pasal summer break*semangat je kalau nak cuti.exam nye dah ready?* dah tanya Papa. Papa kata kalau nak balik Malaysia mintak sponsor KakYo, KakIm and ABgLong. Erkk..nak orang balik ke tak ni? SObbss~ Padahal sebab yuran kau tahun ni Papa dah tolong cover la meks! Ok fine..thanx a lot Papa! I owe you a BIG times! :D Nanti nak buat announcement kat kekanda2 ku semua.
Hal permohonan pinjaman MARA tak selesai lagi. Nak kena scan mana yang tak cukup lagi, email kat Papa untuk hantar ngan dokumen sokongan lain. Tapi mintak2 la dapat JPA. Aminn ya Rabb.
Hari tu pegi check mata kat hospital. Sebab rasa macam ada masalah penglihatan je. Kalau duduk bench belakang dalam lecture, nampak blurr2 je slide dukturah. Since kitorang blaja tajuk special sense dalam physio. Pernah la buat test sendiri. Tutup mata sebelah, tengok kat depan. Rasa yang mata belah kanan kurang clear compare to the left side. Tapi tak sempat2 nak gi check. Kalau dah jadual padat kalah PM cemana? Huhu. Hari tu pun pegi hospital tumpang sekaki McLeya housemate Aya yang hilang speck, nak check mata jugak. So, ini hasilnya.
Hakikatnya aku sendiri tak berapa nak paham maksud nombor2 ni semua. Dah bagitau Papa. Papa cakap kena pegi buat spek la. Karang bertambah pulak power tu. Tapi boleh tak kalau nak postpone buat kat Malaysia? Tak sempat nak pegi. Lagipun lecture nak habis dah insyaAllah by mid of April. Sekarang dalam kelas kalau datang lewat, duduk bench belakang memang tak nampak la. Baru ku tahu rasa jadi orang rabun. Tapi serius tak nak pakai spek! Ada kawan suggest pakai contact lens. Lagii la seram duk tengok orang cucuk2 mata nak pakai, nak bukak benda alah tu. Allah. Najwa, banyak nye alasan. =.=
Monday, March 19, 2012
kau hado?
Assalamualaikum.
Sebab terharu yang teramat dengan pengorbanan seorangkawan sahabat, maka aku update blog malam ni. Baru sudah study cerebellum. Tapi baca sekali lalu je la. Esok pagi nak kena ulang balik kot. Tengahari tadi dah sesuka hati ponteng test endocrine. Sadis! Tapi sebab emergency. Bukan saje2 nak ponteng. Kalau test tu carry mark matik la aku. Sobs~
Alkisah nye kitorang ada kelas psycho pagi tadi. Then gap 3jam before lecture endocrine. Dalam gap 2jam tu la aku duk menggigil sakit perut kat hall. Dah la lecture room kitorang akak2 4th year guna. Dah kena merempat kat hall. Endocrine pukul12. 11.30 baru aku decide nak balik. Sebab dah tak tahan sangat. Tu pun serba salah lagi nak tinggal kelas dengan test endo, biochem masuk tajuk barunye. Tapi daripada aku duk mengerang sakit, takleh fokus dalam lecture nanti, better aku balik tido. Sleep is my only pain killer yeah.
Tapi nak dijadikan cerita. Aku takut la nak balik naik teksi sorang2. Kang pakcik teksi tu bawak aku pegi ntah mana2. Ape aku nak buat ha? Nak naik tremco macam kena jalan jauh sket. Tak larat den. Thenkawan sahabat aku ni offer nak teman aku balik. Then kitorang ambik teksi sampai depan umah. Dah la abang teksi tu duk kutuk2. Ingat kau cakap arab kitorang tak paham ke. Eh, tapi memang tak paham pun ape benda yang kau cakap. Tapi paham la kau tengah kutuk abang teksi oii~
Then sampai depan umah aku terus naik ke bilik la. Thenkawan sahabat aku ni terus pegi skolah balik. Memang semata2 hantar aku je. Terharu tak terharu tak. Terharu la 4jam. Haa..kau hado??
Tu jee.. Sekian, tamat story of the day.
I LOVE YOU DUNIA AKHIRAT AYA! <3
Sebab terharu yang teramat dengan pengorbanan seorang
Alkisah nye kitorang ada kelas psycho pagi tadi. Then gap 3jam before lecture endocrine. Dalam gap 2jam tu la aku duk menggigil sakit perut kat hall. Dah la lecture room kitorang akak2 4th year guna. Dah kena merempat kat hall. Endocrine pukul12. 11.30 baru aku decide nak balik. Sebab dah tak tahan sangat. Tu pun serba salah lagi nak tinggal kelas dengan test endo, biochem masuk tajuk barunye. Tapi daripada aku duk mengerang sakit, takleh fokus dalam lecture nanti, better aku balik tido. Sleep is my only pain killer yeah.
Tapi nak dijadikan cerita. Aku takut la nak balik naik teksi sorang2. Kang pakcik teksi tu bawak aku pegi ntah mana2. Ape aku nak buat ha? Nak naik tremco macam kena jalan jauh sket. Tak larat den. Then
Then sampai depan umah aku terus naik ke bilik la. Then
Tu jee.. Sekian, tamat story of the day.
I LOVE YOU DUNIA AKHIRAT AYA! <3
Saturday, February 25, 2012
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan
dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian
Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya
Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, kerana Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami
"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"
Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu
Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahsia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pengubat sedih dan duka kami
Pencerah mata kami
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pengubat sedih dan duka kami
Pencerah mata kami
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api yang marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan laut yang mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari salib dan pembunuhan oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad SAW dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam dan perut ikan
Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya
Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami
Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri
Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan
Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa
Monday, February 13, 2012
say NO to V day
Assalamualaikum.
Tahu sebab apa

.......??
Sebabb..
Kita tak boleh sambut perayaan agama lain. Sebab kita kan orang Islam. Sambut perayaan Islam sudaa.. Sebab perayaan yang melibatkan agama ni, melibatkan akidah jugak. Islam dah ada garis panduan.
لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ
Tahu sebab apa

.......??
Sebabb..
"Katakanlah: Hai orang-orang kafir.
Aku tidak akan menyembah apa yang kalian sembah.
Dan kalian tidak akan menyembah apa yang aku sembah.
Aku tidak pernah menyembah apa yang kalian sembah.
Dan kalian tidak pernah menyembah apa yang aku sembah.
Untuk kalian agama kalian dan untukku agamaku".
(Al-Kafirun : 1-6)
Kita tak boleh sambut perayaan agama lain. Sebab kita kan orang Islam. Sambut perayaan Islam sudaa.. Sebab perayaan yang melibatkan agama ni, melibatkan akidah jugak. Islam dah ada garis panduan.
لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ
Monday, October 3, 2011
cuti panjang dah habis bro
Assalamualaikum.
Tengah packing barang masuk luggage. Esok dah nak gerak ke KL. Hari rabu attend KakIm punye konvo kat UM. Then stay je KL sampai ahad, 9 oktober. Flight ke Bahrain insyaAllah 9/10/11-1950. Doakan semua selamat ye. =)
Tengah packing barang masuk luggage. Esok dah nak gerak ke KL. Hari rabu attend KakIm punye konvo kat UM. Then stay je KL sampai ahad, 9 oktober. Flight ke Bahrain insyaAllah 9/10/11-1950. Doakan semua selamat ye. =)
ini bekal makanan saya =)
i bet orang laen punye luggage lagi besar gedabak overweight pastu sibuk nak tumpang kilo orang. Heh!
p/s: diorang kat mesir kata kelas dah start hari sabtu. tapi pegi2 tunggu takde dukturah masuk pun. pegi semalam(ahad) ada la dukturah ditakuti ramai masuk jenguk. tapi lesson blom start. schedule tak dapat lagi. tunggu la kitorang sume sampai egypt dulu baru start klas~
Monday, August 15, 2011
tanya sama pokok
Teringat masa weekend, adek2 balik dari asrama. Jumaat tu Yie sibuk duk maen henset saya, bluetooth lagu la. Beria-ria suruh dengar lagu pokok tu. Dia siap bluetooth masuk henset + transfer ke laptop saya. Duk ulang maen lagu tu dalam kereta, malam2 lepas terawih pun lepak bilik saya nyanyi lagu tu. Sampai saya pun dah bleh hafal lirik dia sket2. Haha. Azri..azri..
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiamMenyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih adaTerlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiamTak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruhUlang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih adaTerlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiamTak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok
Saturday, June 4, 2011
kena kant0i kaw2 punye
Ni sume fesbuk punye pasal. Adeh.. KakAzah memang la.Saje je kenakan aku. Dah kant0i depan ustazah dah. Serius rasa nak ny0r0k bawah katil duh. But 1 thing y0u get wr0ng sis. Bukan pengk0men tegar itu 0rang yang dicari2. Huhu. Ada jugak aku cubit2 pipi kakak cantek neh. Kan dah kena ngan ustazah.
Kata ustazah: kalau blaja ni, bercampur ngan benda laen...
The rest paham2 sendiri la eh. Mau ustazah reject dari list cal0n menantu. 0pss...kidding~ KakAzah sibuk duk bahan ingat I dah ada someone special*memang pun*
& she did thought that person is a friend of mine yang slalu duk mengomen kat wall. Hmm..tau sape? Teka. Yang tu tak yah la KakAzah, jauh sangat nak gi kenduri nye nanti. Ngee~
I memang tak sesuai jadi calon menantu ustazah pun.
Sebab I dah ada calon sendiri. Hahahaa.
Ok bye~
Friday, May 27, 2011
selamat datang
Sbl0m ni kan penah bagitau. Kit0rang datang mesir ni under seliaan s0rang ustazah ni. Ngan husband dia la. Di0rang ada anak yang blaja kat mesir ni jugak. 2orang. Tahun5 dah. Hari tu si anak sulung*kit0rang panggil CheAnif je. sorang lagi KakAzah* cakap nak bagitau s0mething dalam k0men2 kat wall fb kami. Then saya tanya la pe benda. Lepas tu CheAnif ni terus pm saya. Bagitau mak dia nak datang. Sp0ntan lepas baca mesej tu terus saya jerit lari pegi hall tunjuk mesej tu kat Aya. Aya pulak yang jerit! Haha. Sengal bet0l. Lepas tu tunjuk kat Beyja & Syue pulak.
Kit0rang bukan ape sebenanye. Kalau jumpe ustazah rasa macam masuk rancangan cari menantu nak kena c0ver2 c0ntr0l ayu depan mak mertua. Huh jauh bet0l menyimpang pemikiran. Katanye ustazah akan datang seminggu dan nak tumpang rumah kami la. InsyaAllah takde hal punye. Bukan nak kata hipokrit, tapi sesuaikan diri dengan keadaan. Agree? Contohnye ni la.
Kalau sesama kitorang je tak kesah dah tido merempat bilik mana2 pun. Tapi kalau tetamu datang mesti la nak prepare yang proper sket kan. Bagi tetamu rasa selesa. Bak kata Aya, kehadiran tetamu bawak berkat. InsyaAllah ada keberkatannye nanti.
Kalau sesama kami tak kesah pun makan simple2 ala kadar goreng telur ngan kicap pun jalan je. Tapi kalau ada tetamu ni mesti la nak kasi jamu sedap2 sket kan. Tapi setakat yang kami mampu je la kan.
Whatever it is, kami tetap sambut kedatangan ustazah dengan senang hati insyaAllah. Ustazah takleh ajak kitorang kuar jalan je sebab nak exam tak lama lagi. Sob3.
Thursday, May 26, 2011
its getting h0t
Bumi mesir makin panas. Tadi keluar beli barang kejap dengan Aya. Keluar je dari pintu imarah w0ww panasnye hari ni. Terasa bahang dari tar jalan. Pilih jalan teduh selagi mampu. Maksud selagi mampu bukan la ada p0k0k sepanjang jalan dari rumah nak ke kedai di luar jalan besar sana kan. So kat mana ada bayang p0k0k yang bleh beri teduh kat bawah tu la kami berjalan. Jalan pun laju2 je takde masa nak lenggang kangkung segala kat tengah panas. Bila masuk imarah balik. Wah. Nikmat. Tak berbahang dah. Sejuk je. Sampai umah masuk bilik kata Beyja cepatnye balik. Ye la. Tak tahan nak berlama2 tengah panas. Ni baru awal summer kan. 37 degree Celcius. Kalau sebulan dua lagi camane agaknye? Sape yang niat taknak balik Malaysia summer break nanti, pikir2 kan lah ye. Adi0s~
Friday, May 20, 2011
perasaan

Marah.
Rasa nak cekik2 je.
Sakit hati.
Tak yah layan.
Makan hati.
Tapi diamkan aje.
Takde hati.
Malas dah nak teg02 nak buat baik.
Takut karang terkeluar kata yang tak patut. Benda macam ni tak payah nak layankan sangat. Sabar. Sabar kan separuh dari iman. :) Dekat nak exam sume orang em0. Tapi berpada2 la. Hak ahli beit tetap kena laksanakan. Hubungan dengan makhluk Allah tetap kena jaga. Baru ada keberkatan. Mudah urusan.
Thursday, April 21, 2011
happy birthday to me

Alhamdulillah masih di beri peluang untuk hidup menghirup udara di bumi ini. Saya sudah 20 tahun. Tua ke? Not a girl yet not a woman i guess. Tapi dah boleh kawen. Haha. Gatal! Moga peningkatan umur akan lebih mematangkan pemikiran, menguatkan semangat & menjadikan Najwa Mohd sebagai hamba Allah yang lebih beriman & bertaqwa insyaAllah.
Thanx for all the wishes. Semoga kalian juga diberkati Allah. Aminn..
Nothing much happens. Pegi skolah macam biase jugak. Hari khamis adalah hari paling penat sebab ada 2 lab; Anat & Histo yang masing-masing 3jam untuk 1sesi. Pastu ada midterm Histo jugak. Boleh la jawab, tapi macam tak complete je. Tak sempat nak label drawing. 15minit tu macam kejap jek rasanye.. Aiyyaakk~
Ada la budak-budak kelas yang wish. Tengok kat fb kot. Tapi blom frend ngan sume pun lagi lam fb tu. Dak Zida, Iqa & da geng. Lepas tu orang laen yang dengar tu wish jugak la kan. Siap dapat Mandolin*coklat* lagi 2batang. Thanx Fatin~
10 budak itam takde! Tapi tak kesah sangat pun sebenanye. Sebab baru kenal, baru rapat, bukan bleh nak ingat details pasal setiap orang dengan detail nye. Don't worry, tak tacing pun haihh.. I tacing ngan orang kat Malaysia tu je. To be precise, orang kat Pahang tu la. Nasib baek ade Miji. Lenkali pape I mengadu ngan Miji je la. Senang dia dekat, bleh tolong ketuk kepala You tu sebab wat I tacing kan. =,=
Saturday, April 9, 2011
Baru selesai surprise party! Suprise sangat k0t. Sampai ada orang nanges. Haha. Actually kit0rg wat party sambut belated besday 3org daripada 10 budak hitam yg skarang dah jadi 9. Beyja 14mac, Nusai 20mac & Silah 27mac.. Oleh sebab hal2 yang tak dapat dielakkan sebab ri0t, flight balik cair0 tak sama, nak tunggu sume ada segala, terpaksa la p0stp0ne lepas seminggu bulan april ye..

Kakmira dah beli kek semalam. Tumpang fridge umah Ilham*classmate 1 imarah*. Then kit0rg order nasi ayam bakar, ada kedai kat Asyir wat delivery. Macam2 alasan bagi so dat tak yah masak untuk dinner. Sampai Beyja heran. Budak rumah ni mana penah nak skip nasi. Lepas isyak tu sebok la nak turun ambik kek & delivery baru sampai. Beyja yang kono
n dah kenyang sebab baru balik dari teman orang dating tiba-tiba nak masak megi. Tak ke haru. Kitorang dah tempah nasi kot. Karang tak habis membazir je. Saya tengah solat waktu kejadian. Tak tahu ape yang berlaku, lepas solat tu dengar bising-bising kat dapur. Megi Beyja hilang! Tak tahu mana pegi. Dia letak atas meja kat dapur tu je kot. Tinggal sekejap sebab nak cuci periuk dalam sinki. Toleh belakang dah lesap! Mengamuk la dia. Lapar sangat kot. Kitorang pun heran. Waktu tu ada saya, Syue & Nik sama kat dapur. Ke Beyja salah letak? Orang letak atas meja tu je! Takkan megi tu berjalan kot? Mana orang tau! Pegi la solat dulu. nanti kita cari balik. Haa..kan dah mengamuk budak tu. Meraung hentak-hentak kaki bagai. Isk isk iskk.. Lepas diorang dah naek, ketuk pintu, saje je nak suruh 1 of yang diraikan untuk bukak pintu. Even kitorang kat dapur dekat je ngan pintu tu. Saje la nak wat surprise kan. Last-last Silah yang bukak pintu, tapi lepas bukak dia terus masuk bilik. Jadinye, yang 3orang kat luar umah siap nyanyi happy birthday to you..happy birthday to you..dah macam nyanyi sesama diorang 3orang je. Hampeh disitu. Haha.
Tapi kes Beyja tak habis lagi. KakMira siap bawak kek masuk bilik lagi. Tengok-tengok Beyja dah telentang atas katil ngan telekung lagi. Nangis sebab megi hilang! Padahal orang nak suprisekan dia. Budak ni sungguh la. Lawak giler Beyja menangis merajuk sebab megi dia tiba-tiba lesap. Rugi btol tak rakam detik-detik itu. Sebenarnye segan la dia sebab merajuk pasal megi, padahal orang nak hidang nasi lauk ayam bakar + kek sebijik!

Tapi kek share 3orang lah ye. Besar tau. sedap jugak. Tapi topping dia tu maniss sangat la.. Kitorang ajak Ilham & ahli beit skali join the celebration. Alhamdulillah, sambut kat umah je. Sebab dah belated kan. Untuk 3orang skaligus pulak tu. Save bajet la sket. Hehe.

Terasa ikatan ini makin indah. Thank you Allah!
Friday, April 8, 2011
life is getting hectic
2 minggu kuliah dah lepas sejak balik dari Malaysia. Mula-mula rasa maybe akan penat sangat sangat kot. Tapi bila dah 2minggu ok la. Even setengah jam je rehat untuk makan & solat. Tapi bila weekend, lega. Sebab 2hari cuti. So terubat la jugak penat tu kan. Tapi bab nak kejar syllbus yang tertinggal memang tak yah cakap la. Rasanye dah banyak kali bebel hal tu kot.
Nasib baek la sekarang dah ada partner study, Syue. Kalau terlebih tido, terlebih on9, terlebih maen ke, ada orang nak tolong tego, tolong marah la. Syue la tu. Kitorang siap wat perjanjian malam tido 5jam je. Lepas tu, lepas study kena saling soal menyoal. Nak test la, benda yang dibaca tu lekat dalam kepala ke tak. macam hari tu, saya dah siap tarik selimut nak tido dah. Tiba-tiba Syue datang naek katil, tarik selimut. Kata takleh tido lagi, kena soal dulu. Malam tu study anatomy. Soal la, ulang balik ape yang dah baca sume. Then baru dia bagi saya tido! Kadang-kadang rasa sengal je minah ni. Tapi syukur alhamdulillah, ada Syue. Saya akan jeles tengok dia rajin study, tapi saya tak sentuh buku lagi hari tu. Haha. Then kitorang hari tu plan waktu tido ialah 10pm-3am. Tapi kadang-kadang tido awal jugak. Tapi kena bangun lepas 5jam la. Tapi kadang-kadang terlajak jugak jadi 5jam setengah, 5jam nak ke 6jam. Biase la tu kan, waktu level kemalasan sedang memuncak. Hihi. Tapi kalau saya bangun lagi awal & lupa nak kejut syue skali, konfem konfem la lepas dia dah bangun tu bakal kena tadah telinga dengar dia bebel pulak. Haha. Tapi Syue tu slalunye lagi banyak study & lagi kurang tido compare ngan saya. Haaa..tengok..ape ni. Kena la fair & square.
Kena setanding ok. Takpe, takpe..bleh improve lagi insyaAllah. *brape banyak tapi daa*
Final dah nak dekat. Tarikh asal; 7Mei2011 tu dengar kata bakal jadi 21Mei2011. Tapi tu pun macam tak konfem lagi. Tunggu je la nanti coordinator inform balik. Yang penting sekarang study! Minggu ni line internet etisalat sangat sengal lembab slow takleh nak cakap. Sebab tu nafsu untuk on9 jugak berkurang. Nasib baek bila weekend ok dah. Memang saje je kan nak suruh study. Tapi boleh kata saya hari hari pun on9. Tapi guna fon je la. Sebab nak check inbox fb. Mesej dari orang Malaysia. Nak mesej guna fon mahal kot..tak mampu den. Huhuu..
Friday, April 1, 2011
from tahrir square with love
Baru balik dari tahrir square! Teruja kot, join riot. Hahaa..join la sangat kan.
Pagi tadi keluar ke CityStar ambik duit, then beli barang sket. Beli stok coklat sebenarnye. Hee. Orang sakit rumah memang suka je nak makan coklat. Sila belanja saya coklat banyak banyak lagi pleaseeee~
Lepas solat Zohor keluar dari CityStar tahan teksi bagitau nak pegi bookfair dekat Tahrir. Kami di inform yang bookfair tu dekat tahrir. Walhal tak pernah sampai Tahrir pun. 2, 3 buah teksi jugak la tanya. Tapi sume kata takde bookfair kat sana. Aik? Yang orang duk kecoh kecoh tu tak btol ke? Call KakZak*senior* tanya. KakZak kata btol la, kat American University dekat Tahrir. Lepas tu tanya teksi laen, pakcik tu nak hantar la. Dah naek teksi tu, sebenarnye dia pun tak confirm tempat tu. Sume orang tau kot Tahrir tu. Dah jadi tempat sejarah. Tapi tak tau pasal bookfair tu. Tapi on je, pegi je terus. Pakcik tu stop tanya orang kat tepi jalan, call kawan dia tanya. Last last dia berhentikan kami kat bawah flyover atas sket dari Ramsis*stesen train Cairo* sebab dia kata dia takleh hantar sampai tempat tu, jalan tutup sebab ada demonstrasi.
What?? Riot?? Biar btol. Diorang nak mintak ape lagi ni?
Turun turun, meh kita tengok ape yang jadi kat sana. Cuaca agak panas ye. Dah la pakai baju hitam, tudung hitam. Memang absorb heat la kan. Jalan je depan tu memang ada nampak polis, askar tengah jaga traffic la. Then pegi tego sorang askar tu, tanya mana American University tu, ape yang berlaku, bahaya ke tak. Dia kata tak bahaya, so kitorang pun dengan berani nye pegi la. Haha. Berani sungguh! Kalau tau dek persatuan, dek senior ni, mau kena blacklisted. Opss..jangan la. Dah sampai baru kitorang tau ada demo. Tiba tiba curiosity kills the cat. Muahahaa~

Rasa macam kitorang 5orang je foreigner kat situ. Yang laen sume Egyptian. Rasa nye
la..sebab orang ramai!
Kalau ada Malaysian yang terselit kat mana mana tak nampak sangat kot.

mereka berarak sambil bawak banner mengutuk bekas presiden
Niat nak pegi bookfair dah beralih arah pada teruja nak tengok riot depan mata. Tapi insyaAllah sume selamat. Diorang ada such as ceramah, perarakan camtu je. Nothing serius. They just want HB & the colonies to be on the court. Or....to the jail! Hee..thats what the uncle told us la. Ada sorang pakcik tego kami, tanya
Malaysian?
Yes.
Malaysian is good.
Ohh..thank you.
Lepas tu jalan jalan tengok ape yang diorang jual. Tshirt ILOVEEGYPT, button, bendera & ntah ape ape lagi la. Kitorang sempat jugak buat tanda kat muka, guna cat air tu, diorang wat bendera egypt kat pipi. Best2..sejuk masa berus tu kena pipi.

Hahaa..sebab memang panas terik la tadi. Matahari memancar mancar je. Then bergambar gambar la. Ape lagi. Tapi guna kamera fon je la. Kite takde kamera mahal. Sob3. Siap ada orang Arab nak ambik gamba sama sama lagi. Perasan artis kejap. Hehehh. Then pegi dengar talk tu. Ntah ape dia cakap tak paham. Tapi bila orang tepuk tangan bersemangat tepuk skali la. Bak kata Beyja, tanda sokongan. Tapi btol la macam yang pakcik tu bagitau. Diorang nak bekas presiden dibawa ke muka pengadilan.

Lepas dah penat berdiri dengar ceramah yang tak brape nak paham tapi terasa semangatnye itu, kami beransur pulang. Dah nak asar kot. Baju pun dah lencun ngan peluh. Dahaga jugak. Lupa nak beli air mineral! Adeh. Alhamdulillah selamat pulang & tiada kejadian tidak diingini berlaku. Cuma bila sampai rumah diorang bising-bising pasal earthquake? Mesir kena earthquake? Nope. Terasa gegaran kesan gempa bumi di Athens. Wallahu'alam. Kami tak perasan pulak. Sebab waktu kejadian kami dalam teksi on da way balik. Btol la macam macam pengalaman dah dapat kat bumi barakah ni.
Allah knows the best =)
Tuesday, March 29, 2011
tiba-tiba rasa nak balik malaysia!
haishh..mengade ngade betol
tiba-tiba rasa malas nak blaja kat sini
rasa nak blaja kat malaysia je
nak dekat ngan bonda, papa, family sume
*ellehhh..padahal homesick tak abis abis lagi*
kadang-kadang rasa menyesal datang sini
kadang-kadang terpikir
kenapa la dulu aku tak isi upu tu btol-btol
*adehh..salahkan upu pulak*
kenapa la dulu tak apply je unimas ke ums ke
konon tak nak..sebab takut jauh, kena fly
haa..sekali memang btol kena fly
takde bas takde train nak datang sini dari malaysia
naek kapal laut tu berbulan-bulan
sanggup kerrr..
aiyyaaakkkkkkk~
aishhh..tak baek..tak baek pikir camtu
ni sume ketentuan Allah
ada hikmah ni
ni la manusia
tak reti nak bersyukur dengan nikmat Allah
pesanan penaja: sila muhasabah diri!
esok: test physio; respiration
lusa: test bahasa arab
gambatte najwa!
Friday, March 25, 2011
i'm return to egypt
Alhamdulillah selamat sampai di Cairo International Airport kurang lebih jam 5pagi. Bersamaan dengan 11pagi waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa kurang 11jam. Tapi mungkin cuaca tak menentu. Shaking2 dalam flight..fuhh..especially masa cabin crew tengah serve untuk dinner. Jawabnye tak makan la saya. Takut nanti termuntah. Tapi memang dah muntah la sket. Tak tau la ape yang tak kena. Flight dari KB ke KL pun sama, mabuk,,muntah. Nasib baek Papa ada kat sebelah. Thanks for your help Pa..
*rasanye sebab hati & akal tak bekerja seiring..sighh*
Lepas kuar flight, ke kaunter imigresen.. Pegawai tu tegur. "Nagwa?" Senyum.."Aiwah"
Lepas tu turun nak ambik barang. Tapi barang belum keluar semua, tambah-tambah sume orang pun nak keliling tempat tu tunggu beg barang masing-masing. Mesej Papa bagitau dah selamat sampai. Dengan Yana ke toilet, ambik wudhuk terus. Subuh dah nak abis! Kat sini biasa la, solat je kat mana-mana dengan pakaian yang insyaAllah menutup aurat. Allahuakbar.
Lepas solat orang pun dah kurang kat tempat tuntut bagasi tu. Sume baru teringat nak kejar Subuh kot. Dah ambik sume barang baru keluar. Tunggu arahan dari pihak alumni la. Sambil-sambil tu online facebook, sebab guna no mesir murah nak online! Dapat mesej yang membuat hati luluh kah? Agak laa..rasa nak hujan je dalam hati ni. Mendung semacam.
Keluar dari airport, ya Allah..sejuknye! Angin sejuk beku bertiup. Tak lama lepas tu tangan dah bengkak-bengkak, merah-merah. Betol la kot, saya allergic dengan perubahan cuaca. Lagipun tiba-tiba berubah dari panas Malaysia ke winter Egypt. Alumni sediakan bas ke rumah negeri. Sampai rumah negeri Ustaz dah tunggu dengan tramco bawak balik rumah. Sampai rumah kemas bilik yang berhabuk berdebu ntah brape inci tu. Then unpack barang. Lepas zohor keluar makan dengan Aya & Syue. On da way balik hujan. Cepat-cepat lari balik. Then masuk bilik berselubung dengan saratoga. Sejuk! Tido..maghrib baru sedar. Ishh. Lepas Isyak keluar sembang ngan Nusai & KakMira, yang laen dah lena. Then masuk bilik belek belek buku Anat kejap, tido lagi. Penat. Sedar bila diorang bising bising, baru bangun jam 2pagi, maknanye 8pagi Malaysia. Biasa la, perubahan masa. Saya malas nak bangun lagi. Azan Subuh baru la bangun.
Tak tau kenapa, rasa sangat la sensitif. Senang leleh? Mungkin, Rindu Malaysia sudah. Rindu Bonda, Papa, family. Kenapa homesick sangat ni? Masa mula-mula datang dulu tak nangis pun! Ya Allah, kuatkan semangatku. Perjuangan disini masih panjang. Permudahkan segala urusanku ya Rahman. Cekalkan hati & pemikiranku ya Rahim. Bimbing hambaMu ke jalan yang Engkau redhai..
Subscribe to:
Posts (Atom)

