Semalam ada program batch. Majlis Munajat Perdana dan jamuan kelas. Pagi kat rumah AJKT PERUBATAN merangkap classmate kitorang la. Perasmian, tayangan video, solat sunat dhuha, solat hajat, makan2, lucky draw, awards, tazkirah, photoshoot! Weewee~ Gelak sakan bahagia ukhuwah sampai ke syurga insyaAllah.
terima kasih kerana menceriakan hidup di bumi mesir :D
Semalam jugak keputusan permohonan pinjaman yuran pengajian luar negara JPA. Petang balik dari majlis la baru bleh nak online check keputusan kan.
pemohon: NAJWA MOHD
status: TIDAK BERJAYA
Allah. Automatik air mata mengalir laju. Mengenangkan Papa susah2 turun KL sendiri sebab nak hantar dokumen sokongan untuk permohonan tu. Even Papa cakap sambil2 nak jumpa kawan dia kat Putrajaya. Tapi diri sendiri tahu yang Papa cipta alasan tu. :'(
Ya Allah bantu aku jadi anak solehah yang mampu membahagiakan kedua ibu bapaku.
Pagi gelak2 suka hati.
Petang nangis2 bengkak mata.
Allah tengah uji Najwa. Tapi Dia tak uji hambaNya lebih dari kemampuannya kan.
Stay strong girl. Kata nak jadi orang haybat kan? :')


No comments:
Post a Comment