Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

after exam syndrome - part I

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 42days period of second year final examination ended successfully exactly at 12 noon*tapi mostly keluar awal..paper adab balaghah* on 1st July 2012. It have been a tough period for all of us, i would say. 
Hope that it will be our first and last 2nd year examination. Wish all the best for every single of us. May Allah meet us up in 3rd year this upcoming September insyaAllah, biiznillah..

 Even matahari tegak atas kepala, semorang gigih duduk tunggu nak ambik gamba batch!
Pic credit to juju-the-photographer

Right after exam

Solat Zohor lepas tu ambik tremco pegi stesen metro (baca=subway) Damerdesh, naik metro ke El-Maadi. Ada la kurang lebih setengah jam dalam metro. Tak tahu la ada ekon ke tak. Sebab panas je.. Pegi 7orang, masing2 first time pegi sana. Blurr jugak la. Hanya call senior tanya arah. Lepas tu jumpa orang arab tanya. Sebab tanya orang arab tu la jadi salah jalan. And kitorang dah ulang alik jalan depan stesen metro tu tak tahu berapa kali habaq hangg. Tetengah panas lepas zohor ok. Lu pikir la sendiri. Nak jalan sangat kan..memang jalan la..HAHA. Dah sepanjang sesat jalan tu tak tahu berapa kali berhenti beli mineral water. Satu kelebihan kat Mesir ni, banyaaaakk kedai runcit tetepi jalan. Keluar dari satu kedai runcit, jalan 5langkah jumpa lagi kedai runcit. Gitu la lebih kurang nye. Akhirnya selepas beberapa kali ulang alik dan membebel sesama sendiri, jumpa jugak tempat yang di cari. Alhamdulillah. Sebenarnye diorang nak cari kedai cupcakes tu. Serius kedai cupcakes tu comel. Harga cupcakes pun comel. Sampai aku mampu melihat hanya sekadar di pinggiran. Nasib baik yang sebelah Nola Cupcakes tu laaaaaaaagi comel osem! Nah~~

 Bookstore ni osem sebab besar, ada aircond, lawa, banyak buku, murah pulak tu *kalau compare ngan Virgin kat CityStar la* eksaited masuk bookstore ni. Harus pegi lagi lain kali ye :D

Aya ambik P/S: I Love You dengan harga 50 Egypt Pound! Kalau convert ke Ringgit Malaysia dalam RM25 camtu je. Mana nak dapat kat Malaysia wey. Kau hado??

Dah lepas eksaited di Alef Bookstore, eksaited di Nola Cupcakes pulak*lupa ambik gamba* Lepas tu masing2 dah kelaparan. Masuk key eff see isi perut sebelum balik ke Hayyu Sabi'.

Hasil pembiasan cahaya dari sinar matahari dari celah cermin kedai key eff see versus botol air mineral atas meja..
jadi lah pelangi atas beg ku.

Wednesday, June 20, 2012

sanah helwah ya Baba

Assalamualaikum.


Rasanya masa kecik2 dulu rapat dengan Papa. Tapi bila dah pindah balik Kota Bharu rasa kurang rapat. Maybe sebab Papa makin sibuk dengan keje, plus slalu takde kat rumah. Outstations sana sini. Tapi bila naik sekolah menengah, especially masa kat Kuching, rasa dah jadi ‘anak ayah’ balik. Sejak form3 la. Papa suruh pegi tuisyen sebab nak PMR kan. Kalau nak harap blaja sendiri kat rumah memang tak ah. Asal siap homeworks, lepas tu tak bukak buku dah. Sebab tu Papa hantar pegi tuisyen. Tiap2 weekends Papa hantar pegi kelas tuisyen. Hantar pagi, petang ambik. Hari skolah pun sama la. Tiap2 pagi turun awal dari rumah sebab tau dah jalan nak pegi skolah tu jammed! Maka tiap2 hari la redah jalan sesak tu hantar anak sorang ni pegi skolah.

Masa form4, kami masih kat Kuching, tapi Papa dah pindah Kota Bharu. Biasa la makan gaji, ikut je orang campak ke mana. Form5 la baru semua balik ke kampung halaman kat Kota Bharu tu. Bila kat Kota Bharu laaaaaagi la terasa pengorbanan Papa Bonda. Pagi2 lepas subuh Bonda hantar pegi skolah. Sebab sama jalan Bonda pegi keje. Tapi petang Papa ambik. Stended budak nak SPM. Extra class sampai ke petang. Balik extra class sama waktu ngan orang ofis habis ofis hour. And yeahh, lagi kena redah jalan sesak nak sampai ke rumah. Balik rumah mandi makan solat. Lepas maghrib keluar lagi. Tuisyen lagi. Almost every night. Tuisyen pulak kalau tak jejak jam 11malam tak habis. Papa jugak la yang jadi driver hantar, ambik pegi tuisyen. Kadang2 sampai tertido2 Papa tunggu dalam kereta :’( Tengah malam baru sampai rumah. Lepas isyak terus tido. Bangun subuh esoknye pulak. And the cycle rotates. Waktu form5, rumah tu dah macam hotel habaq hang. Ye la dah kau balik rumah just untuk mandi, makan, solat, tido semata. 

Dan dalam ramai2 8orang kami adik bradik, aku rasa aku paling banyak spent time ngan Papa. Dalam kereta Papa, tiap2 petang, tiap2 malam, tiap2 hari. Sebab tu ke adik2 slalu jeles ngan aku. Slalu ckp aku anak emas Papa. Mintak je ape2 ngan Papa, semua dapat. Ye ke? Tak jugak. Tapi kalau nak compare ngan korang memang la k.wa menang. *angkat kening*

Ada masa aku jatuh sakit teruk seminggu sebelum SPM, Papa Bonda cuti separuh hari sebab nak bawak aku pegi hospital. Ada masa aku sakit gigi waktu cuti panjang lepas SPM, Papa ambik cuti bawak aku jumpa dentist. Ada masa nak uruskan aku masuk matrik, Papa cuti untuk temankan aku bukak akaun bank. First time aku ada akaun bank sendiri, kad atm sendiri. Waktu ni Papa lah yang ajar cemana nak guna kad atm tu. Cemana nak cek baki duit, cemana nak cucuk duit. Ok bunyi sangat lame. Tapi persetankan. Ini memori manis aku.  Ada masa nak buat passport, nak uruskan hal2 aku nak datang Mesir, hantar aku sampai ke KLIA masa nak fly. Semua hari2 tu Papa ambik cuti. Masa mula2 nak fly hampir 2tahun lalu, tu la first time lepas salam tangan, aku cium pipi Papa kiri kanan. Rasa lagi janggut Papa kat pipi aku. Seingat aku tak pernah buat sejak besar. Masa kecik2 dulu tak tahu la :’)

Kadang2 menangis kalau teringatkan Papa. Aku anak yang paling banyak menyusahkan Papa kot. Banyak songeh. Degil. Semua nak ikut hati sendiri je. Tapi keputusan nak datang Mesir, aku ikut kata Papa. Cita2 nak jadi doctor tu, Papa yang terapkan cita2 tu dalam diri aku sejak kecik. Walau aku pernah terfikir yang aku takkan ada peluang langsung nak sambung medic bila SPM tak mampu dapat straight A’s. Tapi di mana aku berada sekarang, ini semua usaha Papa. Ini hajat Papa. Dan aku rasa aku takkan mampu nak balas segala jasa, pengorbanan, duit, masa dan tenaga Papa Bonda yang digunakan untuk aku. Terlalu banyak. Terlalu berharga *ok, first time aku taip entry sampai kesat airmata. Nasib baik rumate takde.hoho* Tapi ada satu benda yang aku, yang kita sebagai anak tak boleh berhenti mintak daripada parents kita. Doa. Sebab dengan doa mak ayah insyaAllah kita boleh jadi anak soleh, berjaya, bahagia dunia akhirat, sampai masuk syurga. Nak dapat redha Allah pun dengan redha mak ayah kan. 

Ya Allah, semoga aku dapat bakal suami yang baik macam Papa! 

Selamat ulang tahun ke 59 Papa!
Semoga dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..
Teruslah menjadi penaik semangat kami..

Papa..saranghae!!

Saturday, April 28, 2012

21 & i'm blessed

Assalamualaikum.

Sabtu lepas genap umur 21. Alhamdulillah masih diberi nafas, ruang dan peluang untuk hidup di muka bumi. Semoga nikmat iman dan islam ini tidak hilang bahkan terus bertambah lagi.
Makin bertambah angka ni tak terasa eksaited sangat nak celebrate ke ape. Tak rasa apa pun bila orang tak wish. Tapi bukan nak kata tak hargai orang2 yang ucap selamat, doakan semua2 tu. I do appreciate. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan korang yang doakan saya, ucap selamat kat saya, bagi hadiah kat saya, buat surprise kat saya! Hulamakk. TERsurprise tak? Boleh la kan. Thanx housemates. Susah2 je. Sampai kena tumpang dapur rumah orang sebab taknak besday girl tahu.

 
 kek diorang bake sendiri..tumpang dapur rumah bawah yg tak tahannye :D

 kali kedua birthday di egypt. kali kedua jugak celebrate kat hadiqah. tapi ni hadiqah dauli =)

 mereka family saya kat sini =))

Paling terharu sorang clasmate ni, pangkat adik la. Before start study week haritu saja je gurau2 request nak kek coklat moist dia tu. Tapi demand nak suruh dia hantar ke rumah. And guess what? Dia betol2 buat kek tu & betol2 hantar ke rumah! Ya Allah terharu sangat ada kawan camni.
Semoga ukhuwah fillah kita sampai ke syurga awak :')

Tahun ni paling banyak dapat hadiah berunsur coklat. 
2 kek coklat, 1 kek batik, 3bar galaxy, 1paket coated chocolate, chupachups
Tahun ni jugak paling ramai yang ucap 'semoga cepat kawin'
Hailaa..calon takde. Cemane nak cepat? Ngee. Doakan dapat jodoh yang baik2 ye =)

Monday, February 13, 2012

happy birthday bonda!

Assalamualaikum.

Selamat hari lahir Bonda!
Semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki,
diberkati hidup di dunia & akhirat insyaAllah

from Cairo with

Saturday, December 31, 2011

RIP 2011

Assalamualaikum.

2011 bakal melabuhkan tirai. Kalau kat Malaysia memang dah lama dah melabuh nye. Tapi sebab penulis bukan berada di Malaysia, kira ikut waktu tempatan la kan. Esok bersamaan 1 Januari 2012 officially start our study week. Tapi weekends pun dah kira study week la kan. Even tak sentuh buku pun lagi Jumaat Sabtu ni. Banyak hal nak kena buat. Pffttt~

Sabtu *hari ni* lepas subuh terus bergerak ke gawazat untuk hal visa. Guess what kitorang sampai sana 6.30am dah dapat giliran ke 53. Ofis pasport tu bukak 8am*tapi pak arab start keje at 9* -.- Tunggu punye tunggu dalam ketar dalam menggigilnye akhirnya lepas zohor tu semua dah selesai urusan taqdim*send application* visa. After 2weeks got to go there again for taslim*cop visa* it. Then balik tido kejap sebab sakit kepala bersejuk lama2 kat luar. Bangun nak solat asar nampak benda ni atas meja.

Housemate merangkap classmate bagi Galaxy Hazelnut. Hilang sakit kepala. Senyum :)

Lepas solat asar masuk dapur memasak. Lapar kot. Turun dari rumah perut kosong. Kat gawazat tumpang makan nasi bekal Aya 2-3 sudu. Lepas maghrib tadi online sebab nak tengok keputusan pilihanraya. TGHR tewas. Takziah & tahniah kepada AJKT2 yang baru. Selamat menjalankan tugas lepas winter break ye.

Jumaat pagi keluar mengundi pilihanraya PERUBATAN. Nasib baek pusat mengundi dekat je. Lepas tu ada bulatan gembira. Yang simple dan terakhir untuk rumah bkan. Nanti kena follow smart circle*SC* under perubatan je. Kak Nabila bagi 1 sampul sorang before masing2 berpisah tu.

Booster nak exam midyear ni kot. Jazakillah ya ukhti :)

Sedih la lepas ni dah takleh berbulatan gembira ngan Kak Nabila. Tapi still bleh jumpa insyaAllah. Kelas tafaqquh kan ada :)

Khamis..khamis lepas actually. Ada SC gabungan - program Love Ukhuwah. Kat markaz perubatan Hayyu Sabie'. Ada talk, games, makan2 & tukar2 hadiah.

Saya dapat ni! Ukhuwah fillah insyaAllah :)


2012 yang bertandang biarlah lebih baik daripada tahun2 sebelum ni.
Kurangkan kontroversi.
Tingkatkan prestasi.
Hiasi peribadi.
Syukuri nikmat Illahi.. :)

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
55:32

Wednesday, September 7, 2011

of jalan raya + pantai

Assalamualaikum.

Jalan raya kat tajuk tu sebenanye maksud jalan pegi beraya. Not refering to jalan raya tempat kenderaan lalu lalang tu. Huhuu. Guess what, tahun ni raya ke-9 baru sempat nak jumpe kawan2. Tahun lepas siap berkonvoi lagi pegi beraya. Tapi tahun ni umah jauh sket dari geng sekampung. Plus jalan jam tak hengat musim raya ni. Tu pun brape kerat je tinggal. Ramai yang dah balik ke fitrah asal, balik kampus sambung belajar. Yang balik kampung pulang ke bandar sambung kerja.
Semalam baru sempat keluar ziarah. Lepas beraya kejap melencong ke Pantai Irama ngan Ida & Nell. Punye la teringin nak pegi pantai kan. Lepas asar dah gerak pegi pantai tu. Asar kat umah Nell. Even masa tu langit gelap macam nak hujan je. Gigih doa dalam hati jangan la hujan, aku buang tebiat nak pegi pantai beraya kat sana. Haa. Pun boleh. Ngan baju kurung, heels lagi. Eh, wedges je. Pakai heels tenggelam dalam pasir pantai la jawabnye.

takde keje beraya kat pantai :D

anak sapa la tuu..

gigih timing camera lepas penat kau snap pic aku, aku snap pic kau..ngee

najwamohd LIKE this 1000x

nah muka excited snap pic sendiri la dah cameraman beria nak ikut tapi last2 tido

pic credit to Ida

p/s: guys, tahun depan kita buat lagi ye..ajak geng sekampung join baru heaven! :D

Tuesday, August 30, 2011

happy eid

Assalamualaikum.

Selamat hari raya! Alhamdulillah selesai sudah sebulan berpuasa. Moga dipertemukan lagi dengan ramadhan yang seterusnya insyaAllah.
Ntah knape rasa macam raya taun macam tak raya sangat. Heh ayat. Macam takde feel je raya kali ni. Sebab tak cukup korum kot. AbangLong tak balik raya ni. Sebab nanti hujung tahun dia balik lagi untuk bina masjid insyaAllah. I la pulak yang takde mengurangkan korum kan . Tsk tsk. Petang hari last ramadhan dah skype. KakYo pun tak balik. Sebab tahun ni turn raya belah family husband dia. Lagipun skolah cuti raya brape hari je kan. So KakYo kata nanti cuti hari Malaysia baru dia balik sini. Tengah bulan syawal ni. Takpe la, janji balik. Sempat lagi jumpa sebab I bulan 10 nanti kot baru balik Cairo. Uishh.. gedik nak ber'I'2 bagai.
Macam biasa hari raya lepas semayang raya pegi umah Mak straight dari masjid. Then terus direct tuju Tanah Merah, balik umah TokAyah. Dari rumah TokAyah pegi jenguk TokSu, adik arwah TokMa yang sakit. Then baru balik Kota Bharu semula. Lewat petang dah baru sampai rumah. Bergambar family seround. Even tak cukup korum. Nanti nak mms kat Abang & KakYo. =) Oh ye, tema tahun ni, kaler HIJAU ye..
Lepas maghrib tadi terus terbongkang tido. Dah dekat kul 11 baru bangun keluar cari makanan. Lapar ye. Then baru nak solat isyak. Bangun tadi pun sebab terkejut ngan bunyi mercun. Alahai budak2 ni. Dah nak tengah malam kot. Bawak2 bertenang bleh? Cuba simpan mercun tu maen esok pulak. Karang tak bangun je, esok raya lagi kot.
So, sekarang ni dah masuk 2syawal. Pukul brape ntah nak tido balik ni?

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
daripada Najwa & bakal suami =)

Tuesday, August 16, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Israk Mikraj

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


credit: tuan punye blog yg artikel nye saya share kan di atas



Salam Israk Mikraj

sama2 kita ambil iktibar dari peristiwa ini

selamat berpuasa sunat di bulan Rejab, teruskan ibadat Syaaban sementara menanti Ramadan yang penuh barakah InsyaAllah :)

Tuesday, June 7, 2011

budak itam of cair0 airp0rt & lunch


Assalamualaikum.

Tadi hantar ustazah kat airp0rt. Awal2 tu kitorang 3 orang je*saya Aya & Beyja* je yang ikut sampai ke airport. Sebab ustazah macam suruh kitorang pegi kan. Actually malas jugak la. Lama dah kot tak kuar jalan sebab nak exam dah. So ustazah duk ajak2 tu kitorang setuju je la ikut. Lagipun tramco kosong je kot, ustazah, Halim, KakAzah, CheAnif & UstazWi.

ada kisah disebalik gambar ni ;))

Rugi la kan sewa mahal2. Diorang yang laen kira hantar takat depan imarah je la. Tapi kitorang dah naek tramco tu tetiba Wani kata nak ikut jugak. Suddenly semua dah ikut naek tramco. Bersempit jugak la kan. Sebab kitorang serumah pun dah 9orang haa.. And....pakaian memang takyah cakap arr, sempoi abis arr sebab diorang kan tak plan pun nak hantar sampai ke airport. Nasib baek takde yang turun ngan selipar jepun je tadi. Haha.

bergaya depan dslr la konon.haha

Tapi takpe la, appreciate la ustazah dah banyak tolong awal2 nak hantar kitorang masuk Azhar dulu kan. Ape salah hantar sampai ke airport. Keluar release tension kejap Sabtu nanti dah start final.

Lepas ustazah & Halim dah masuk balai berlepas kitorang pun kuar la. Tuju GenenaMall as CheAnif dah janji nak belanja makan. Cun la ngan dah tengahari and sume pun dah lapar kan. Nasib baek sume ikut skali. Kalo tak memang beli bawak balik makan kat umah je la. Mula2 offer KFC, tapi ada orang taknak. Beyja suggest Wal3tain. Lebih kurang KFC la, tapi mesir punye brand. Then CheAnif setuju.

Pegi Wasaya jugak kat Genena tu. Makan nasik arab + takeaway Wal3tain. Memang kenyang tak ingat ahh kan. Sampai2 umah dah nak asar. Solat2 nanti sume konfem ahh terbongkang tido.
Malam karang sambung study. Penat makan banyak!

Saturday, June 4, 2011

of visa & majlis walimah


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hal visa dah separuh selesai. Tadi dah berjaya hantar b0rang visa tu. Yang kit0rang sakit hati minggu lepas hal visa tu la. Turun dari umah dekat pukul 8 k0t. Sebab ustazah nak ikut jugak. Bawak Halim skali. Then ambik teksi terus pegi tempat wat visa tu. Sampai2 je dah ramai 0rang jugak la. Tapi tak seramai minggu lepas k0t. Ni la
nak bagitau perangai 0rang arab. Start keje tak reti nak punctual. Abis keje pandai pulak kan. Haish.
8.15 takde orang lagi kat kaunter tu ok. Padahal yang dah beratur tunggu giliran ada la dalam 30 orang dah k0t. Line kit0rang ni la. Yang lelaki laen pulak. Nasib baik la sm0oth je even lambat jugak. Bef0re kul 11 kit0rang dah selesai then gerak pegi arma*malaysian hall* untuk memenuhi jemputan clasmate ke majlis walimatul urus kakaknye. Sweet je pengantin malu2. Haha. Bef0re jamuan kit0rang teng0k vide0 dulu.
Backgr0und music: istikharah cinta. :)

banner tu yang penting

Syue je tak ikut..sayang nak tinggal buku kat umah

Friday, May 6, 2011

besday party without cake

Semalam 5Mei besday Wani of 10 budak hitam. Wish macam biasa. Takde la nampak pelik kan macam yang diorang wat kat saya sblom ni, semua orang wat tak tahu padahal dengar je budak2 kelas wish semua. Korang tak reti berlakon la. Haha.
Pagi tu kitorang plan nak celebrate malam nye terus la. Jumaat si besday girl ada kelas tutor tuisyen bagai. Takut tak sempat. Sebab minggu ni Sabtu pun ade kelas. Lab Anat 3jam + lab Histo 3jam = 6jam lab! Fuhh~ Masyukk sungguh la kan.
Plan nak gi beli nasi arab kat kedai dekat2 umah tu je. Besday girl dah lama mengidam. Lagipun ada delivery. Nik & Silah pulak kata dah mintak tolong ustaz teman nak gi Citystar malam tu sebab nak pegi repair modem intenet kat Etisalat Centre. So bleh la cari kek terus. Nasi order delivery pukul 9malam la sebab ingat diorang nak gi lepas maghrib. Maghrib 6.35. Tiba2 tak jadi diorang keluar. Takde kek la nampaknye. Tapi lepas isyak tu ustaz datang umah. Bawak 2 orang student lelaki. Baya kitorang jugak la kot. Ustaz ni, nak wat matchmake ke ape. Lalalalaa~ Kalau betul pun, Aya la nampak gaya yang bakal di matchmake kan. Ngee~
Ok back to the story. Lepas sembang2 jamu ustaz makan sume. Lepas tu diorang balik. masa tu dah 9lebih kot. Nasi dah sampai. Tunggu sume orang siap. Lepas tu Nik la yang tolong tahan Wani duk dalam bilik sementara kitorang siapkan hidang makanan kat hall. Siap cari background music bagai. Mula2 nak guna music KPOP sebab Wani memang minat KPOP. Tapi macam tak sesuai. Lepas tu fon saya berbunyi, lagu You Got Me Colbie Caillat tu. KakMira kata guna lagu tu je la. Tapi macam tak sesuai jugak. Lepas tu jumpa music happy besday dalam laptop. Yeayy! Terus angkut laptop bawak keluar lepas test sound segala. Dah siap prepare, sume dah berkumpul kat luar, tutup main switch. Blackout! Gelabah la yang 2orang dalam bilik tu kan. Lepas tu Aya saje je suruh Wani yang cari lilin sebab Wani yang simpan mana lilin tu kot. Lawak gila bila wani keluar dengan lilin sebatang kat tangan. Diiringi music HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. Sweet kan. Wani dah tergamam dah depan pintu tu & spontaneously menjerit! Sebab tak sangka la wat camtu kan. Yang tak best nye takde kek la. Sorry Wani. Lepas tu makan la. Sebab masing2 dah lapar dah nak pukul 10 kot baru makan nasi. Haha. Diet la korang esok. Lepas tu bercerita macam2. Dah macam family meeting. I loikee~ Then buli Wani, suruh bagitau kenapa sayang each one of us. Hee. Tapi lepas tu Wani macam lebih kepada describe perangai masing2. Habis segala pekung di dada. Ngahahaa~ Yang paling takleh blah bila dia describe pasal saya la.

Satu perkataan je bleh describe KakNajwa. AYU! Sungguh. Keayuan nye terserlah waktu potong sayur.

Ngahaha~ Ni sume pakai bantai gelak la kan. Bleh pulak dia cakap macam tu. Kantoi stalk saya tengah masak kan. Hee. Sogan la I. Ayu2 bagai. Tau la last week Dr Mona puji I delicate. Haha. Sudah. Terperasan lebih dah pulak.

Lepas dah habis makan sume masuk tido la. Hari yang penat kan sebab Khamis. Kepala masing2 dah tingtong.

Saturday, April 23, 2011

bercanda di taman bungaaa


Lokasi: Azhar Park a.k.a. Hadiqah Azhar
Peserta: 10 Budak Hitam

Hari minggu kami manfaatkan untuk berpiknik di taman bunga yakni Hadiqah Azhar yang budak-budak kuliah duk heboh cantik lawa besar luas best nak bergambar ber
guling bergolek ala-ala salam perantau gitu.

~10 budak hitam mengucapkan Selamat Hari Raya~

Diorang siap goreng bihun, buat cucur & KakMira punye fruit salad yang superb tuh. *i tak tolong pun* memang semangat la nak pegi piknik! Konon nak pegi 8.30 kan. Jangan harap la kalau pukul 8 tu masing-masing baru terhegeh-hegeh berebut toilet nak mandi nak iron baju. Before tuh sibuk duk menggaya baju ngan skirt ngan shawl segala bagai. Korang nak pegi piknik ke nak gi photoshoot ni? Ok..3 in 1.. Jalan + makan + berfotogediks.
3trip teksi kot. Sebab 9orang. Last yang kuar dari rumah saya, Aya & Syue la. Tu pun Syue dah bebel-bebel sebab dia awal lagi dah siap mandi. Saya & Aya pulak 2 yang terakhir guna toilet tu. Hehehehee.. Tambah-tambah lagi saya duk membelit-belit shawl lama depan cermin, lagii la Syue membebel. Hampir pukul 10 baru turun kot. Ngee~
Kitorang straight dari rumah ke hadiqah. Wani, Nusai & KakMira dah sampai sana waktu kitorang baru keluar rumah tu. Dah sampai sesat taktau mana nak pegi port diorang tu. Wani datang ambik kat depan baru la sampai kat sana. Naik bukit turun bukit lagi. Luas kot hadiqah tu. Dan cantik! It's spring anyway. Bunga-bunga sedang berkembang. Memang sesuai la ngan meks meks bunga yang giler kamera ni kan.
Duduk hilangkan penat dulu sambil kunyah chipsy sementara tunggu trip lagi satu. Beyja, Nik & Silah. Tiba-tiba datang satu group orang arab. Ngan bebudak ramai. Sowwar mumkin?? Nak mintak tolong kitorang ambik gambar diorang ke? Bukan, nak bergambar ngan kitorang. Haa. Rasa femes kejap kan. Lepas tu diorang ajak maen sama lagi. Ntah permainan ape bukan paham pun. Tapi macam kira 10 by 10 sampai 100, peluk orang sebelah. Sape takde partner go out~
Lepas tu sume sampai. Diorang bertiga tu pegi beli KFC rupenye. Tunggu KFC bukak
pukul 10Aik, nampak macam Yana. Dengan 'sepupu' musyrif dia. Ehemm, Saje je kan, dah la tak wish besday saya. Nasib baek saya cekal, tak tacing. Tiba-tiba Aya suruh saya ambik satu bungkusan tepi pokok dekat ngan port kitorang tu. Eh, bukan suruh, paksa. =,=
Ok, kotak kek. Tau dah, nak celebrate besday saya yang korang saje je wat tak tau tak wish & wat tak dengar je bila budak kuliah laen wish kan. Macam tak tau haihh..

special sebab ada nama saya

Thanx korang..sayang korang ketat-ketat. Susah-susah je. Ngan Yana lagi, turun dari Tanta tuhh. Ngan kek made by Malaysian. Ustaz Saiful kan. Sedapp kek coklat tuh. Kalau nak tempah try la usha facebook dia. Tapi harga tak tau la brape, of course diorang taknak bagitau la kan. Lepas dah abis makan sampai semua kekenyangan kitorang pun start la jalan-jalan cari port nak berfotogedik. Kejap-kejap berenti nak ambik gambar. Kejapnak posing camtu. Kejap nak gaya cenggini. Adehh, nak layan sume 10 memang la. Tapi dah biasa, tak kesah. Sume pun satu kepala bab giler kamera nih.

here we go

Dah penat berjalan daki bukit turun tangga berposing bergambar, sampai Wani dah landing bagai tunggu kitorang yang tak puas lagi bergambar nih. Tengok Wani dah penat, decide nak balik la. Lagi pun Zohor belom lagi. Balik rumah sume pakat nak transfer gambar. Suke tengok gambar-gambar kitorang sume tu. Lawa. Cehh. Puji diri sendiri ye..

10 budak hitam, nanti kita pegi lagi ek. Tadi baru sket kot jalan. Banyak lagi tempat menarik nak bergambarr~ Lepas final ok. Lega esok cuti bila KakDi wat announcement kat batch group tadi. Sebab masing-masing memang penat sakit pinggang lenguh kaki pegi picnik. ^_^

Thursday, April 21, 2011

happy birthday to me


Alhamdulillah masih di beri peluang untuk hidup menghirup udara di bumi ini. Saya sudah 20 tahun. Tua ke? Not a girl yet not a woman i guess. Tapi dah boleh kawen. Haha. Gatal! Moga peningkatan umur akan lebih mematangkan pemikiran, menguatkan semangat & menjadikan Najwa Mohd sebagai hamba Allah yang lebih beriman & bertaqwa insyaAllah.
Thanx for all the wishes. Semoga kalian juga diberkati Allah. Aminn..

Nothing much happens. Pegi skolah macam biase jugak. Hari khamis adalah hari paling penat sebab ada 2 lab; Anat & Histo yang masing-masing 3jam untuk 1sesi. Pastu ada midterm Histo jugak. Boleh la jawab, tapi macam tak complete je. Tak sempat nak label drawing. 15minit tu macam kejap jek rasanye.. Aiyyaakk~
Ada la budak-budak kelas yang wish. Tengok kat fb kot. Tapi blom frend ngan sume pun lagi lam fb tu. Dak Zida, Iqa & da geng. Lepas tu orang laen yang dengar tu wish jugak la kan. Siap dapat Mandolin*coklat* lagi 2batang. Thanx Fatin~
10 budak itam takde! Tapi tak kesah sangat pun sebenanye. Sebab baru kenal, baru rapat, bukan bleh nak ingat details pasal setiap orang dengan detail nye. Don't worry, tak tacing pun haihh.. I tacing ngan orang kat Malaysia tu je. To be precise, orang kat Pahang tu la. Nasib baek ade Miji. Lenkali pape I mengadu ngan Miji je la. Senang dia dekat, bleh tolong ketuk kepala You tu sebab wat I tacing kan. =,=

Saturday, April 9, 2011

Baru selesai surprise party! Suprise sangat k0t. Sampai ada orang nanges. Haha. Actually kit0rg wat party sambut belated besday 3org daripada 10 budak hitam yg skarang dah jadi 9. Beyja 14mac, Nusai 20mac & Silah 27mac.. Oleh sebab hal2 yang tak dapat dielakkan sebab ri0t, flight balik cair0 tak sama, nak tunggu sume ada segala, terpaksa la p0stp0ne lepas seminggu bulan april ye..

Kakmira dah beli kek semalam. Tumpang fridge umah Ilham*classmate 1 imarah*. Then kit0rg order nasi ayam bakar, ada kedai kat Asyir wat delivery. Macam2 alasan bagi so dat tak yah masak untuk dinner. Sampai Beyja heran. Budak rumah ni mana penah nak skip nasi. Lepas isyak tu sebok la nak turun ambik kek & delivery baru sampai. Beyja yang kono
n dah kenyang sebab baru balik dari teman orang dating tiba-tiba nak masak megi. Tak ke haru. Kitorang dah tempah nasi kot. Karang tak habis membazir je. Saya tengah solat waktu kejadian. Tak tahu ape yang berlaku, lepas solat tu dengar bising-bising kat dapur. Megi Beyja hilang! Tak tahu mana pegi. Dia letak atas meja kat dapur tu je kot. Tinggal sekejap sebab nak cuci periuk dalam sinki. Toleh belakang dah lesap! Mengamuk la dia. Lapar sangat kot. Kitorang pun heran. Waktu tu ada saya, Syue & Nik sama kat dapur. Ke Beyja salah letak? Orang letak atas meja tu je! Takkan megi tu berjalan kot? Mana orang tau! Pegi la solat dulu. nanti kita cari balik. Haa..kan dah mengamuk budak tu. Meraung hentak-hentak kaki bagai. Isk isk iskk.. Lepas diorang dah naek, ketuk pintu, saje je nak suruh 1 of yang diraikan untuk bukak pintu. Even kitorang kat dapur dekat je ngan pintu tu. Saje la nak wat surprise kan. Last-last Silah yang bukak pintu, tapi lepas bukak dia terus masuk bilik. Jadinye, yang 3orang kat luar umah siap nyanyi happy birthday to you..happy birthday to you..dah macam nyanyi sesama diorang 3orang je. Hampeh disitu. Haha.
Tapi kes Beyja tak habis lagi. KakMira siap bawak kek masuk bilik lagi. Tengok-tengok Beyja dah telentang atas katil ngan telekung lagi. Nangis sebab megi hilang! Padahal orang nak suprisekan dia. Budak ni sungguh la. Lawak giler Beyja menangis merajuk sebab megi dia tiba-tiba lesap. Rugi btol tak rakam detik-detik itu. Sebenarnye segan la dia sebab merajuk pasal megi, padahal orang nak hidang nasi lauk ayam bakar + kek sebijik!

Tapi kek share 3orang lah ye. Besar tau. sedap jugak. Tapi topping dia tu maniss sangat la.. Kitorang ajak Ilham & ahli beit skali join the celebration. Alhamdulillah, sambut kat umah je. Sebab dah belated kan. Untuk 3orang skaligus pulak tu. Save bajet la sket. Hehe.

Terasa ikatan ini makin indah. Thank you Allah!

Friday, April 1, 2011

from tahrir square with love

Baru balik dari tahrir square! Teruja kot, join riot. Hahaa..join la sangat kan.

Pagi tadi keluar ke CityStar ambik duit, then beli barang sket. Beli stok coklat sebenarnye. Hee. Orang sakit rumah memang suka je nak makan coklat. Sila belanja saya coklat banyak banyak lagi pleaseeee~
Lepas solat Zohor keluar dari CityStar tahan teksi bagitau nak pegi bookfair dekat Tahrir. Kami di inform yang bookfair tu dekat tahrir. Walhal tak pernah sampai Tahrir pun. 2, 3 buah teksi jugak la tanya. Tapi sume kata takde bookfair kat sana. Aik? Yang orang duk kecoh kecoh tu tak btol ke? Call KakZak*senior* tanya. KakZak kata btol la, kat American University dekat Tahrir. Lepas tu tanya teksi laen, pakcik tu nak hantar la. Dah naek teksi tu, sebenarnye dia pun tak confirm tempat tu. Sume orang tau kot Tahrir tu. Dah jadi tempat sejarah. Tapi tak tau pasal bookfair tu. Tapi on je, pegi je terus. Pakcik tu stop tanya orang kat tepi jalan, call kawan dia tanya. Last last dia berhentikan kami kat bawah flyover atas sket dari Ramsis*stesen train Cairo* sebab dia kata dia takleh hantar sampai tempat tu, jalan tutup sebab ada demonstrasi.

What?? Riot?? Biar btol. Diorang nak mintak ape lagi ni?
Turun turun, meh kita tengok ape yang jadi kat sana. Cuaca agak panas ye. Dah la pakai baju hitam, tudung hitam. Memang absorb heat la kan. Jalan je depan tu memang ada nampak polis, askar tengah jaga traffic la. Then pegi tego sorang askar tu, tanya mana American University tu, ape yang berlaku, bahaya ke tak. Dia kata tak bahaya, so kitorang pun dengan berani nye pegi la. Haha. Berani sungguh! Kalau tau dek persatuan, dek senior ni, mau kena blacklisted. Opss..jangan la. Dah sampai baru kitorang tau ada demo. Tiba tiba curiosity kills the cat. Muahahaa~


Rasa macam kitorang 5orang je foreigner kat situ. Yang laen sume Egyptian. Rasa nye
la..sebab orang ramai!
Kalau ada Malaysian yang terselit kat mana mana tak nampak sangat kot.

mereka berarak sambil bawak banner mengutuk bekas presiden

Niat nak pegi bookfair dah beralih arah pada teruja nak tengok riot depan mata. Tapi insyaAllah sume selamat. Diorang ada such as ceramah, perarakan camtu je. Nothing serius. They just want HB & the colonies to be on the court. Or....to the jail! Hee..thats what the uncle told us la. Ada sorang pakcik tego kami, tanya
Malaysian?
Yes.
Malaysian is good.
Ohh..thank you.
Lepas tu jalan jalan tengok ape yang diorang jual. Tshirt ILOVEEGYPT, button, bendera & ntah ape ape lagi la. Kitorang sempat jugak buat tanda kat muka, guna cat air tu, diorang wat bendera egypt kat pipi. Best2..sejuk masa berus tu kena pipi.

Hahaa..sebab memang panas terik la tadi. Matahari memancar mancar je. Then bergambar gambar la. Ape lagi. Tapi guna kamera fon je la. Kite takde kamera mahal. Sob3. Siap ada orang Arab nak ambik gamba sama sama lagi. Perasan artis kejap. Hehehh. Then pegi dengar talk tu. Ntah ape dia cakap tak paham. Tapi bila orang tepuk tangan bersemangat tepuk skali la. Bak kata Beyja, tanda sokongan. Tapi btol la macam yang pakcik tu bagitau. Diorang nak bekas presiden dibawa ke muka pengadilan.

Lepas dah penat berdiri dengar ceramah yang tak brape nak paham tapi terasa semangatnye itu, kami beransur pulang. Dah nak asar kot. Baju pun dah lencun ngan peluh. Dahaga jugak. Lupa nak beli air mineral! Adeh. Alhamdulillah selamat pulang & tiada kejadian tidak diingini berlaku. Cuma bila sampai rumah diorang bising-bising pasal earthquake? Mesir kena earthquake? Nope. Terasa gegaran kesan gempa bumi di Athens. Wallahu'alam. Kami tak perasan pulak. Sebab waktu kejadian kami dalam teksi on da way balik. Btol la macam macam pengalaman dah dapat kat bumi barakah ni.
Allah knows the best =)