Semalam 5Mei besday Wani of 10 budak hitam. Wish macam biasa. Takde la nampak pelik kan macam yang diorang wat kat saya sblom ni, semua orang wat tak tahu padahal dengar je budak2 kelas wish semua. Korang tak reti berlakon la. Haha.
Pagi tu kitorang plan nak celebrate malam nye terus la. Jumaat si besday girl ada kelas tutor tuisyen bagai. Takut tak sempat. Sebab minggu ni Sabtu pun ade kelas. Lab Anat 3jam + lab Histo 3jam = 6jam lab! Fuhh~ Masyukk sungguh la kan.
Plan nak gi beli nasi arab kat kedai dekat2 umah tu je. Besday girl dah lama mengidam. Lagipun ada delivery. Nik & Silah pulak kata dah mintak tolong ustaz teman nak gi Citystar malam tu sebab nak pegi repair modem intenet kat Etisalat Centre. So bleh la cari kek terus. Nasi order delivery pukul 9malam la sebab ingat diorang nak gi lepas maghrib. Maghrib 6.35. Tiba2 tak jadi diorang keluar. Takde kek la nampaknye. Tapi lepas isyak tu ustaz datang umah. Bawak 2 orang student lelaki. Baya kitorang jugak la kot. Ustaz ni, nak wat matchmake ke ape. Lalalalaa~ Kalau betul pun, Aya la nampak gaya yang bakal di matchmake kan. Ngee~
Ok back to the story. Lepas sembang2 jamu ustaz makan sume. Lepas tu diorang balik. masa tu dah 9lebih kot. Nasi dah sampai. Tunggu sume orang siap. Lepas tu Nik la yang tolong tahan Wani duk dalam bilik sementara kitorang siapkan hidang makanan kat hall. Siap cari background music bagai. Mula2 nak guna music KPOP sebab Wani memang minat KPOP. Tapi macam tak sesuai. Lepas tu fon saya berbunyi, lagu You Got Me Colbie Caillat tu. KakMira kata guna lagu tu je la. Tapi macam tak sesuai jugak. Lepas tu jumpa music happy besday dalam laptop. Yeayy! Terus angkut laptop bawak keluar lepas test sound segala. Dah siap prepare, sume dah berkumpul kat luar, tutup main switch. Blackout! Gelabah la yang 2orang dalam bilik tu kan. Lepas tu Aya saje je suruh Wani yang cari lilin sebab Wani yang simpan mana lilin tu kot. Lawak gila bila wani keluar dengan lilin sebatang kat tangan. Diiringi music HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. Sweet kan. Wani dah tergamam dah depan pintu tu & spontaneously menjerit! Sebab tak sangka la wat camtu kan. Yang tak best nye takde kek la. Sorry Wani. Lepas tu makan la. Sebab masing2 dah lapar dah nak pukul 10 kot baru makan nasi. Haha. Diet la korang esok. Lepas tu bercerita macam2. Dah macam family meeting. I loikee~ Then buli Wani, suruh bagitau kenapa sayang each one of us. Hee. Tapi lepas tu Wani macam lebih kepada describe perangai masing2. Habis segala pekung di dada. Ngahahaa~ Yang paling takleh blah bila dia describe pasal saya la.
Satu perkataan je bleh describe KakNajwa. AYU! Sungguh. Keayuan nye terserlah waktu potong sayur.
Ngahaha~ Ni sume pakai bantai gelak la kan. Bleh pulak dia cakap macam tu. Kantoi stalk saya tengah masak kan. Hee. Sogan la I. Ayu2 bagai. Tau la last week Dr Mona puji I delicate. Haha. Sudah. Terperasan lebih dah pulak.
Lepas dah habis makan sume masuk tido la. Hari yang penat kan sebab Khamis. Kepala masing2 dah tingtong.

No comments:
Post a Comment