Wednesday, July 4, 2012

after exam syndrome - part I

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 42days period of second year final examination ended successfully exactly at 12 noon*tapi mostly keluar awal..paper adab balaghah* on 1st July 2012. It have been a tough period for all of us, i would say. 
Hope that it will be our first and last 2nd year examination. Wish all the best for every single of us. May Allah meet us up in 3rd year this upcoming September insyaAllah, biiznillah..

 Even matahari tegak atas kepala, semorang gigih duduk tunggu nak ambik gamba batch!
Pic credit to juju-the-photographer

Right after exam

Solat Zohor lepas tu ambik tremco pegi stesen metro (baca=subway) Damerdesh, naik metro ke El-Maadi. Ada la kurang lebih setengah jam dalam metro. Tak tahu la ada ekon ke tak. Sebab panas je.. Pegi 7orang, masing2 first time pegi sana. Blurr jugak la. Hanya call senior tanya arah. Lepas tu jumpa orang arab tanya. Sebab tanya orang arab tu la jadi salah jalan. And kitorang dah ulang alik jalan depan stesen metro tu tak tahu berapa kali habaq hangg. Tetengah panas lepas zohor ok. Lu pikir la sendiri. Nak jalan sangat kan..memang jalan la..HAHA. Dah sepanjang sesat jalan tu tak tahu berapa kali berhenti beli mineral water. Satu kelebihan kat Mesir ni, banyaaaakk kedai runcit tetepi jalan. Keluar dari satu kedai runcit, jalan 5langkah jumpa lagi kedai runcit. Gitu la lebih kurang nye. Akhirnya selepas beberapa kali ulang alik dan membebel sesama sendiri, jumpa jugak tempat yang di cari. Alhamdulillah. Sebenarnye diorang nak cari kedai cupcakes tu. Serius kedai cupcakes tu comel. Harga cupcakes pun comel. Sampai aku mampu melihat hanya sekadar di pinggiran. Nasib baik yang sebelah Nola Cupcakes tu laaaaaaaagi comel osem! Nah~~

 Bookstore ni osem sebab besar, ada aircond, lawa, banyak buku, murah pulak tu *kalau compare ngan Virgin kat CityStar la* eksaited masuk bookstore ni. Harus pegi lagi lain kali ye :D

Aya ambik P/S: I Love You dengan harga 50 Egypt Pound! Kalau convert ke Ringgit Malaysia dalam RM25 camtu je. Mana nak dapat kat Malaysia wey. Kau hado??

Dah lepas eksaited di Alef Bookstore, eksaited di Nola Cupcakes pulak*lupa ambik gamba* Lepas tu masing2 dah kelaparan. Masuk key eff see isi perut sebelum balik ke Hayyu Sabi'.

Hasil pembiasan cahaya dari sinar matahari dari celah cermin kedai key eff see versus botol air mineral atas meja..
jadi lah pelangi atas beg ku.

Wednesday, June 20, 2012

sanah helwah ya Baba

Assalamualaikum.


Rasanya masa kecik2 dulu rapat dengan Papa. Tapi bila dah pindah balik Kota Bharu rasa kurang rapat. Maybe sebab Papa makin sibuk dengan keje, plus slalu takde kat rumah. Outstations sana sini. Tapi bila naik sekolah menengah, especially masa kat Kuching, rasa dah jadi ‘anak ayah’ balik. Sejak form3 la. Papa suruh pegi tuisyen sebab nak PMR kan. Kalau nak harap blaja sendiri kat rumah memang tak ah. Asal siap homeworks, lepas tu tak bukak buku dah. Sebab tu Papa hantar pegi tuisyen. Tiap2 weekends Papa hantar pegi kelas tuisyen. Hantar pagi, petang ambik. Hari skolah pun sama la. Tiap2 pagi turun awal dari rumah sebab tau dah jalan nak pegi skolah tu jammed! Maka tiap2 hari la redah jalan sesak tu hantar anak sorang ni pegi skolah.

Masa form4, kami masih kat Kuching, tapi Papa dah pindah Kota Bharu. Biasa la makan gaji, ikut je orang campak ke mana. Form5 la baru semua balik ke kampung halaman kat Kota Bharu tu. Bila kat Kota Bharu laaaaaagi la terasa pengorbanan Papa Bonda. Pagi2 lepas subuh Bonda hantar pegi skolah. Sebab sama jalan Bonda pegi keje. Tapi petang Papa ambik. Stended budak nak SPM. Extra class sampai ke petang. Balik extra class sama waktu ngan orang ofis habis ofis hour. And yeahh, lagi kena redah jalan sesak nak sampai ke rumah. Balik rumah mandi makan solat. Lepas maghrib keluar lagi. Tuisyen lagi. Almost every night. Tuisyen pulak kalau tak jejak jam 11malam tak habis. Papa jugak la yang jadi driver hantar, ambik pegi tuisyen. Kadang2 sampai tertido2 Papa tunggu dalam kereta :’( Tengah malam baru sampai rumah. Lepas isyak terus tido. Bangun subuh esoknye pulak. And the cycle rotates. Waktu form5, rumah tu dah macam hotel habaq hang. Ye la dah kau balik rumah just untuk mandi, makan, solat, tido semata. 

Dan dalam ramai2 8orang kami adik bradik, aku rasa aku paling banyak spent time ngan Papa. Dalam kereta Papa, tiap2 petang, tiap2 malam, tiap2 hari. Sebab tu ke adik2 slalu jeles ngan aku. Slalu ckp aku anak emas Papa. Mintak je ape2 ngan Papa, semua dapat. Ye ke? Tak jugak. Tapi kalau nak compare ngan korang memang la k.wa menang. *angkat kening*

Ada masa aku jatuh sakit teruk seminggu sebelum SPM, Papa Bonda cuti separuh hari sebab nak bawak aku pegi hospital. Ada masa aku sakit gigi waktu cuti panjang lepas SPM, Papa ambik cuti bawak aku jumpa dentist. Ada masa nak uruskan aku masuk matrik, Papa cuti untuk temankan aku bukak akaun bank. First time aku ada akaun bank sendiri, kad atm sendiri. Waktu ni Papa lah yang ajar cemana nak guna kad atm tu. Cemana nak cek baki duit, cemana nak cucuk duit. Ok bunyi sangat lame. Tapi persetankan. Ini memori manis aku.  Ada masa nak buat passport, nak uruskan hal2 aku nak datang Mesir, hantar aku sampai ke KLIA masa nak fly. Semua hari2 tu Papa ambik cuti. Masa mula2 nak fly hampir 2tahun lalu, tu la first time lepas salam tangan, aku cium pipi Papa kiri kanan. Rasa lagi janggut Papa kat pipi aku. Seingat aku tak pernah buat sejak besar. Masa kecik2 dulu tak tahu la :’)

Kadang2 menangis kalau teringatkan Papa. Aku anak yang paling banyak menyusahkan Papa kot. Banyak songeh. Degil. Semua nak ikut hati sendiri je. Tapi keputusan nak datang Mesir, aku ikut kata Papa. Cita2 nak jadi doctor tu, Papa yang terapkan cita2 tu dalam diri aku sejak kecik. Walau aku pernah terfikir yang aku takkan ada peluang langsung nak sambung medic bila SPM tak mampu dapat straight A’s. Tapi di mana aku berada sekarang, ini semua usaha Papa. Ini hajat Papa. Dan aku rasa aku takkan mampu nak balas segala jasa, pengorbanan, duit, masa dan tenaga Papa Bonda yang digunakan untuk aku. Terlalu banyak. Terlalu berharga *ok, first time aku taip entry sampai kesat airmata. Nasib baik rumate takde.hoho* Tapi ada satu benda yang aku, yang kita sebagai anak tak boleh berhenti mintak daripada parents kita. Doa. Sebab dengan doa mak ayah insyaAllah kita boleh jadi anak soleh, berjaya, bahagia dunia akhirat, sampai masuk syurga. Nak dapat redha Allah pun dengan redha mak ayah kan. 

Ya Allah, semoga aku dapat bakal suami yang baik macam Papa! 

Selamat ulang tahun ke 59 Papa!
Semoga dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..
Teruslah menjadi penaik semangat kami..

Papa..saranghae!!

Sunday, June 17, 2012

random things

Assalamualaikum.

[1]
27 Rejab 1433H
Salam isra' mikraj

[2]
Kak wa, rasa nak makan cheesecake la.
 -lepas exam kak wa buat..
Kak wa, bila nak buat lasagna?
 -bahan semua dah ada. tunggu habis exam ye..
Kak wa ni takleh diajak keluar. Semua kena reject
 -cuba ajak kak wa keluar lepas exam. Konfem on je..

Stress kejap budak2 rumah ni ngan aku. Semua benda yang aku tolak mesti nak kaitkan ngan exam. Memang time exam ni takde semangat sangat nak keluar ke mana2. Tambah ngan hari panas. Memang tak la. Kecuali hari ada paper, balik exam tu layan jugak la nak pegi cari makan ke, singgah mall sebab nak tumpang rasa aircond ke. Kalau dah balik rumah memang malas nak keluar. Kalau gap untuk next paper seminggu, bleh je aku terperap tak keluar rumah langsung seminggu tu. Aya pun tension kalau tahu aku tak keluar rumah. Eh?


[3]
Kak wa, kuat sangat duk mention2 ngan MA tu kat twitter. Kekasih lama ke?
 -tak la, kekasih baru. bhahahahaa

Boleh pulak tanya kekasih lama ke? Alahai cik adik. Cuba tengok depan meja study kak wa tu. Kan dah tulis 'SINGLE & NOT DESPERATE' :3
Teringat malam sebelum paper biochem. Aku baru nak lelap. Panas sangat, study la atas katil. masuk la si kembar.
'kak wa, mana yang kak wa tulis single & not desperate tu?' si adik kembar tanya sambil mata duk jenguk depan meja study. bila jumpa yang dicari, toleh kat aku. then, 'kak wa, saranghae' sambil angkat tangan buat simbol <3 macam stail korea tu.. Aku mamai ke memang si adik kembar yang tough ni buang tebiat? Esok nye tu tanya dia sendiri. Takut aku ngigau je. Tapi memang betol dia buat macam tu. Sebab? Saje. Lepas tu tiap kali jumpa nak saranghae saranghae ngan aku. Ngan si kakak kembar pun sama. Layan je la budak2 ni. =.='

[4]
4subjek medic dah selamat selesai semalam. Alhamdulillah. Tinggal lagi 3subjek agama + psychology. Alahai lamanye la nak tunggu detik 1Julai tu. Serius tak sabar nak balik Malaysia tanah tumpah darahku. Dah termimpi2 terbayang2 je nak balik. Huwaaa. Untung la bebudak dentist dah habis final exam. Diorang start awal gila kot. Takpe najwa. Fighting!!

[5]
Lepas paper biochem haritu Aya ada cakap pasal trip ke Hurghada lepas exam nanti. Kira dia ajak aku pegi skali ngan dia la. Tapi ntah sebab frust takleh jawab paper biochem hari tu, aku cakap tunggu dulu. Nak pikir. Ntah sampai berapa hari ntah aku pikir. Lepas tu Aya mesej,
'aku dah register untuk 1st trip ke Hurghada. bleh lagi kot kalau nak register. up to u'
Tapi still masa tu aku takde mood lagi. Ntah kenapa kali ni tak eksaited kalau orang ajak berjalan. Sebelom ni pantang orang ajak, semua on je. Sebab biochem kot. Allah. Ikut perasaan sangat. So hari tu saje la jenguk page Pasar Mesir. Sebab rasanye diorang cakap join yang orang indon iklankan kat situ. Masa bukak promo trip tu, admin dia baru je post.
'fully booked for 1st trip' 20minutes ago. Allah. memang takde rezeki aku la kan. Takpe la Aya. Kau pegi la ngan budak2 lain. Enjoy yourself. Dah la sinai haritu kau tak pegi dah. Kira lepas ni kita sama level. Tinggal la aku 3hari kau pegi trip tu nanti. Aku duk umah memasak untuk budak2 umah ni je la. Sob sob sobb~

Monday, June 11, 2012

another half way


Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih bernafas hari ni. Hidup lagi walau hari2 rasa penat macam nak pengsan study. Ditambah summer. Subuh seawal 3.08am. Siang yang panjang. Hari yang panas. Lalat yang banyak. Allah. Tak baik banyak mengeluh kan. Astaghfirullahal'azim.

Yup, dalam fatrah imtihan*musim peperiksaan*. Cehh, sejak duduk mesir segala benda nak istilahkan dengan bahasa arab. Bravo Najwa! Ye. Memang mencabar sangat2 musim final exam tahun ni.. Sebab? Yeah, sebulan study weeks. Dan sebulan setengah exam weeks. Penat mentally i guess. Sebab orang2 sekeliling habis exam lagi awal! 1st year habis on 18th June. Kitorang baru nak menuju paper ke-5. Dirosat habis 26thJune. We still got 2 paper after that. Last paper only on 1st July. Phewww~ Tercabar kan. Ye la. kitorang 8paperS kot. But well, another half way to go!

kalendar tampal kat almari. bangun pagi pangkah tarikh semalam :)

Serius tak sabar nak balik Malaysia. Dah terbayang2 tanah air tercinta. Dari gap histo-biochem duk menghitung hari nak balik. Sebab rasa penat kat sini. Nanti kat malaysia goyang kaki. Hamboi2. Ape lah makna hidup kau nak hidup goyang kaki je. Surely lots of things to do soon.
Last year balik awal Ramadan. Hari2 sorang2 je kat rumah sebab orang lain sekolah, kerja. Tapi balik tahun ni ada teman dah kat umah. Bonda dah pencen Februari lepas. Bleh la duk lepak2 kat rumah ngan Bonda. Tak perlu nak tunggu weekend baru bleh keluar nak shopping segala. Senang sket kalau keluar weekdays. Jalan takde la jam macam time weekend. And yeah, i miss driving damn much! Ntah skill drive aku ada lagi ke tak. Haha. Konfem awal2 balik Bonda tak bagi aku drive dulu. Kena duduk sebelah jadi co-pilot je la.

Perjuangan masih belum selesai Najwa.

Ya Allah, Kau bantulah kami dalam peperiksaan ini. Lembutkan hati pemeriksa2 kertas kami untuk paper2 yang dah berlalu. Teguhkan hati2 kami. Kuatkan semangat kami untuk menghabiskan baki peperiksaan. Permudahkan kami menjawab paper2 exam seterusnya. Hanya kepadaMu kami meminta dan memohon pertolongan. Perkenankanlah doa2 kami. Amin ya Rabbal 'alamin.. :)