Showing posts with label egypt. Show all posts
Showing posts with label egypt. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

after exam syndrome - part I

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 42days period of second year final examination ended successfully exactly at 12 noon*tapi mostly keluar awal..paper adab balaghah* on 1st July 2012. It have been a tough period for all of us, i would say. 
Hope that it will be our first and last 2nd year examination. Wish all the best for every single of us. May Allah meet us up in 3rd year this upcoming September insyaAllah, biiznillah..

 Even matahari tegak atas kepala, semorang gigih duduk tunggu nak ambik gamba batch!
Pic credit to juju-the-photographer

Right after exam

Solat Zohor lepas tu ambik tremco pegi stesen metro (baca=subway) Damerdesh, naik metro ke El-Maadi. Ada la kurang lebih setengah jam dalam metro. Tak tahu la ada ekon ke tak. Sebab panas je.. Pegi 7orang, masing2 first time pegi sana. Blurr jugak la. Hanya call senior tanya arah. Lepas tu jumpa orang arab tanya. Sebab tanya orang arab tu la jadi salah jalan. And kitorang dah ulang alik jalan depan stesen metro tu tak tahu berapa kali habaq hangg. Tetengah panas lepas zohor ok. Lu pikir la sendiri. Nak jalan sangat kan..memang jalan la..HAHA. Dah sepanjang sesat jalan tu tak tahu berapa kali berhenti beli mineral water. Satu kelebihan kat Mesir ni, banyaaaakk kedai runcit tetepi jalan. Keluar dari satu kedai runcit, jalan 5langkah jumpa lagi kedai runcit. Gitu la lebih kurang nye. Akhirnya selepas beberapa kali ulang alik dan membebel sesama sendiri, jumpa jugak tempat yang di cari. Alhamdulillah. Sebenarnye diorang nak cari kedai cupcakes tu. Serius kedai cupcakes tu comel. Harga cupcakes pun comel. Sampai aku mampu melihat hanya sekadar di pinggiran. Nasib baik yang sebelah Nola Cupcakes tu laaaaaaaagi comel osem! Nah~~

 Bookstore ni osem sebab besar, ada aircond, lawa, banyak buku, murah pulak tu *kalau compare ngan Virgin kat CityStar la* eksaited masuk bookstore ni. Harus pegi lagi lain kali ye :D

Aya ambik P/S: I Love You dengan harga 50 Egypt Pound! Kalau convert ke Ringgit Malaysia dalam RM25 camtu je. Mana nak dapat kat Malaysia wey. Kau hado??

Dah lepas eksaited di Alef Bookstore, eksaited di Nola Cupcakes pulak*lupa ambik gamba* Lepas tu masing2 dah kelaparan. Masuk key eff see isi perut sebelum balik ke Hayyu Sabi'.

Hasil pembiasan cahaya dari sinar matahari dari celah cermin kedai key eff see versus botol air mineral atas meja..
jadi lah pelangi atas beg ku.

Sunday, June 17, 2012

random things

Assalamualaikum.

[1]
27 Rejab 1433H
Salam isra' mikraj

[2]
Kak wa, rasa nak makan cheesecake la.
 -lepas exam kak wa buat..
Kak wa, bila nak buat lasagna?
 -bahan semua dah ada. tunggu habis exam ye..
Kak wa ni takleh diajak keluar. Semua kena reject
 -cuba ajak kak wa keluar lepas exam. Konfem on je..

Stress kejap budak2 rumah ni ngan aku. Semua benda yang aku tolak mesti nak kaitkan ngan exam. Memang time exam ni takde semangat sangat nak keluar ke mana2. Tambah ngan hari panas. Memang tak la. Kecuali hari ada paper, balik exam tu layan jugak la nak pegi cari makan ke, singgah mall sebab nak tumpang rasa aircond ke. Kalau dah balik rumah memang malas nak keluar. Kalau gap untuk next paper seminggu, bleh je aku terperap tak keluar rumah langsung seminggu tu. Aya pun tension kalau tahu aku tak keluar rumah. Eh?


[3]
Kak wa, kuat sangat duk mention2 ngan MA tu kat twitter. Kekasih lama ke?
 -tak la, kekasih baru. bhahahahaa

Boleh pulak tanya kekasih lama ke? Alahai cik adik. Cuba tengok depan meja study kak wa tu. Kan dah tulis 'SINGLE & NOT DESPERATE' :3
Teringat malam sebelum paper biochem. Aku baru nak lelap. Panas sangat, study la atas katil. masuk la si kembar.
'kak wa, mana yang kak wa tulis single & not desperate tu?' si adik kembar tanya sambil mata duk jenguk depan meja study. bila jumpa yang dicari, toleh kat aku. then, 'kak wa, saranghae' sambil angkat tangan buat simbol <3 macam stail korea tu.. Aku mamai ke memang si adik kembar yang tough ni buang tebiat? Esok nye tu tanya dia sendiri. Takut aku ngigau je. Tapi memang betol dia buat macam tu. Sebab? Saje. Lepas tu tiap kali jumpa nak saranghae saranghae ngan aku. Ngan si kakak kembar pun sama. Layan je la budak2 ni. =.='

[4]
4subjek medic dah selamat selesai semalam. Alhamdulillah. Tinggal lagi 3subjek agama + psychology. Alahai lamanye la nak tunggu detik 1Julai tu. Serius tak sabar nak balik Malaysia tanah tumpah darahku. Dah termimpi2 terbayang2 je nak balik. Huwaaa. Untung la bebudak dentist dah habis final exam. Diorang start awal gila kot. Takpe najwa. Fighting!!

[5]
Lepas paper biochem haritu Aya ada cakap pasal trip ke Hurghada lepas exam nanti. Kira dia ajak aku pegi skali ngan dia la. Tapi ntah sebab frust takleh jawab paper biochem hari tu, aku cakap tunggu dulu. Nak pikir. Ntah sampai berapa hari ntah aku pikir. Lepas tu Aya mesej,
'aku dah register untuk 1st trip ke Hurghada. bleh lagi kot kalau nak register. up to u'
Tapi still masa tu aku takde mood lagi. Ntah kenapa kali ni tak eksaited kalau orang ajak berjalan. Sebelom ni pantang orang ajak, semua on je. Sebab biochem kot. Allah. Ikut perasaan sangat. So hari tu saje la jenguk page Pasar Mesir. Sebab rasanye diorang cakap join yang orang indon iklankan kat situ. Masa bukak promo trip tu, admin dia baru je post.
'fully booked for 1st trip' 20minutes ago. Allah. memang takde rezeki aku la kan. Takpe la Aya. Kau pegi la ngan budak2 lain. Enjoy yourself. Dah la sinai haritu kau tak pegi dah. Kira lepas ni kita sama level. Tinggal la aku 3hari kau pegi trip tu nanti. Aku duk umah memasak untuk budak2 umah ni je la. Sob sob sobb~

Monday, June 11, 2012

another half way


Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih bernafas hari ni. Hidup lagi walau hari2 rasa penat macam nak pengsan study. Ditambah summer. Subuh seawal 3.08am. Siang yang panjang. Hari yang panas. Lalat yang banyak. Allah. Tak baik banyak mengeluh kan. Astaghfirullahal'azim.

Yup, dalam fatrah imtihan*musim peperiksaan*. Cehh, sejak duduk mesir segala benda nak istilahkan dengan bahasa arab. Bravo Najwa! Ye. Memang mencabar sangat2 musim final exam tahun ni.. Sebab? Yeah, sebulan study weeks. Dan sebulan setengah exam weeks. Penat mentally i guess. Sebab orang2 sekeliling habis exam lagi awal! 1st year habis on 18th June. Kitorang baru nak menuju paper ke-5. Dirosat habis 26thJune. We still got 2 paper after that. Last paper only on 1st July. Phewww~ Tercabar kan. Ye la. kitorang 8paperS kot. But well, another half way to go!

kalendar tampal kat almari. bangun pagi pangkah tarikh semalam :)

Serius tak sabar nak balik Malaysia. Dah terbayang2 tanah air tercinta. Dari gap histo-biochem duk menghitung hari nak balik. Sebab rasa penat kat sini. Nanti kat malaysia goyang kaki. Hamboi2. Ape lah makna hidup kau nak hidup goyang kaki je. Surely lots of things to do soon.
Last year balik awal Ramadan. Hari2 sorang2 je kat rumah sebab orang lain sekolah, kerja. Tapi balik tahun ni ada teman dah kat umah. Bonda dah pencen Februari lepas. Bleh la duk lepak2 kat rumah ngan Bonda. Tak perlu nak tunggu weekend baru bleh keluar nak shopping segala. Senang sket kalau keluar weekdays. Jalan takde la jam macam time weekend. And yeah, i miss driving damn much! Ntah skill drive aku ada lagi ke tak. Haha. Konfem awal2 balik Bonda tak bagi aku drive dulu. Kena duduk sebelah jadi co-pilot je la.

Perjuangan masih belum selesai Najwa.

Ya Allah, Kau bantulah kami dalam peperiksaan ini. Lembutkan hati pemeriksa2 kertas kami untuk paper2 yang dah berlalu. Teguhkan hati2 kami. Kuatkan semangat kami untuk menghabiskan baki peperiksaan. Permudahkan kami menjawab paper2 exam seterusnya. Hanya kepadaMu kami meminta dan memohon pertolongan. Perkenankanlah doa2 kami. Amin ya Rabbal 'alamin.. :)

Monday, May 7, 2012

macam ni la mesir

Assalamualaikum.

Kitorang punya final exam ditunda. 11hari? Patutnye start on 10thMay tapi diextend ke 21stMay. Pasal election presiden Mesir ni la. Election insyaAllah on this 23-24 May.

Mula2 dapat berita tu, semua macam...
"apesal nak extend2 pulak ni.."
"makin lambat la habis exam.."
"why kena extend?"
"ape kaitan election ngan exam kita?"
"tiket balik malaysia dah beli.."
bla..bla..blaa =.='

Tapi kena ingat. Everything happens for a reason. Egyption kan, paham2 la. Sekarang ni pun macam2 hal dah kat Abbasiyah tu. Rusuhan, gaduh2 sampai cedera. Ada yang terkorban jugak rasanya. Student AinShams takleh pegi skolah sebab keadaan macam bahaya kot. Tentera dah mula campur tangan. Malam2 kat Abbasiyah dah start curfew last few days. Allah..macam2 hal. Semoga Allah lindungi kita semua.

To take it on the bright side, peluang baca buku bertambah la kan. Tapi sebenarnya Allah memang dah bagi masa secukupnya. Perancangan Allah tu kan yang paling baik. So exam kitorang akan mula 21stMay-1st July. Alhamdulillah nasib baik beli tiket mid of July kan.

Bak kata Nab, kalau usaha tak sehebat mana, malu la nak mintak tolong dengan Allah.

So sekarang, sila rajin baca buku, jawab past year questions, usaha, doa, tawakal..
InsyaAllah bittaufiq wannajah. Aminn~ =)

p/s: macam ni la mesir. mim-sad-roo = musibah-sabar-redha

Saturday, April 28, 2012

21 & i'm blessed

Assalamualaikum.

Sabtu lepas genap umur 21. Alhamdulillah masih diberi nafas, ruang dan peluang untuk hidup di muka bumi. Semoga nikmat iman dan islam ini tidak hilang bahkan terus bertambah lagi.
Makin bertambah angka ni tak terasa eksaited sangat nak celebrate ke ape. Tak rasa apa pun bila orang tak wish. Tapi bukan nak kata tak hargai orang2 yang ucap selamat, doakan semua2 tu. I do appreciate. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan korang yang doakan saya, ucap selamat kat saya, bagi hadiah kat saya, buat surprise kat saya! Hulamakk. TERsurprise tak? Boleh la kan. Thanx housemates. Susah2 je. Sampai kena tumpang dapur rumah orang sebab taknak besday girl tahu.

 
 kek diorang bake sendiri..tumpang dapur rumah bawah yg tak tahannye :D

 kali kedua birthday di egypt. kali kedua jugak celebrate kat hadiqah. tapi ni hadiqah dauli =)

 mereka family saya kat sini =))

Paling terharu sorang clasmate ni, pangkat adik la. Before start study week haritu saja je gurau2 request nak kek coklat moist dia tu. Tapi demand nak suruh dia hantar ke rumah. And guess what? Dia betol2 buat kek tu & betol2 hantar ke rumah! Ya Allah terharu sangat ada kawan camni.
Semoga ukhuwah fillah kita sampai ke syurga awak :')

Tahun ni paling banyak dapat hadiah berunsur coklat. 
2 kek coklat, 1 kek batik, 3bar galaxy, 1paket coated chocolate, chupachups
Tahun ni jugak paling ramai yang ucap 'semoga cepat kawin'
Hailaa..calon takde. Cemane nak cepat? Ngee. Doakan dapat jodoh yang baik2 ye =)

Thursday, April 19, 2012

of venus tour in tahrir square

Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam dah berjaya dapat tiket untuk balik summer break nanti. Serius sekarang tiket flight mahal, naik mendadak. Maybe sebab dah dekat nak pilihanraya Mesir kot. Sebab tu semalam kitorang turun ke Tahrir sendiri untuk survey tiket. Dah bawak cash siap2 in case dapat yang murah terus nak beli la kan. Dah settle boleh la fokus untuk final exam yang tinggal lagi 20 hari je. Tsk tsk~

Akhirnya,
Oman Air
14july2012 1640 Cairo-Muscat
15july2012 2110 Muscat-Kuala Lumpur
27sept2012 0940 Kuala Lumpur-Muscat
27sept2012 1325 Muscat-Cairo
Macam lambat je sebab exam habis on 24th June. Tapi sebab tu je yang paling murah yang kitorang boleh dapat. So, go on je. Takpe la transit hampir 20jam pun. Ramai geng kasi gegar itu flight maa :D

p/s: bittaufeeq wannajah fil imtihan ^^

Friday, March 30, 2012

RISE - part 3

Assalamualaikum.

Cerita lama yang dah basi. Tapi tak kisah la. Nak post jugak. Baru complete story of our journey. Ye dak? Iyeee...

Tapi macam malas nak menaip. Layan gambar je boleh? Pun boleyy~ :D

















 

What an experienced i ever had. Tapi sumpah cukup la sekali seumur hidup je pengalaman daki puncak Sinai tu. Sampai ketar-ketar lutut, frostbite jari kaki tangan semua. Fuhh~ Tapi best. Daki before subuh. Turun lepas matahari naik. On da way turun tu, wahhh...tak sangka aku berjaya daki puncak Sinai tu. One of yang paling awal sampai pulak tu, dengan laluan berliku lagi. Masa daki tak nampak, takpe la. Kalau nampak la jalan2 yang aku lalui tu sikit punya curam, bahaya. Sah-sah dah tak berani nak naik sampai ke puncak. Masa turun pun one of yang paling awal jugak. Sebab desperate nak masuk toilet! :p Tapi alhamdulillah semua geng pengembaraan selamat naik puncak, selamat turun ke kaki bukit. After all, it just awesome i told you! 

RISE - part 2
RISE -part 1

Saturday, March 24, 2012

life goes on its tract

Assalamualaikum.

Hari-hari yang dilalui semakin memenatkan. Lumrah hidup student i would say. Especially student medic. More specifically, student kuliah tibb banat Azhar. LectureS and practicalS 8am until 4pm 6days per week! Weekend only on Friday. Dan Jumaat tu kalau ada yang ajak lepak memang nak kena fikir 4-5 kali *sebab hari tu je bleh duk umah bermesra ngan katil bantal and teddy! Euww~* Test hampir setiap hari. Pressure ngan dukturah2 yang slalu nak jump to conclusion yang kitorang tak study, bilamana tak dapat jawab soalan yang ditanya. Ya mengaku, need to work hard for those. Rabbuna yushillna.

Final exam 2nd year dah makin hampir. Kurang dari 40hari lagi. Checklist tak buat lagi. Syllbus dah buat acara lari berganti2. Histo done. Kelas ngan lab sekarang untuk revision je. Just imagine hari ni je kitorang blaja anat 6jam! Nak muntah rasa. Kalau sabtu tu, histo 5jam. Lebih kureng la tahap ke'mual'an nye tu.

Jadual final. InsyaAllah dah finalize. Sebab awal2 dulu we're supposed to habis exam on 21st June. Tapi sebab gap tak brape best, kitorang mintak exchange sikit. Last2 jadi la last paper on 24th June. Tambah seksa jiwa batin 3hari la kan. Takpe2. Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Iye dak?

2nd YEAR's FINAL EXAM
PHYSIO
10/5-written
13/5-oral+prac
HISTO
17/5-written
20/5-oral+prac
BIOCHEM
27/5-written
29/5-oral+prac
ANAT
4/6-written
5/6-oral+prac
QURAN-11/6
TAFSIR-14/6
PSYCHO-19/6
ADAB+BALAGHAH-24/6


Pasal summer break*semangat je kalau nak cuti.exam nye dah ready?* dah tanya Papa. Papa kata kalau nak balik Malaysia mintak sponsor KakYo, KakIm and ABgLong. Erkk..nak orang balik ke tak ni? SObbss~ Padahal sebab yuran kau tahun ni Papa dah tolong cover la meks! Ok fine..thanx a lot Papa! I owe you a BIG times! :D Nanti nak buat announcement kat kekanda2 ku semua.

Hal permohonan pinjaman MARA tak selesai lagi. Nak kena scan mana yang tak cukup lagi, email kat Papa untuk hantar ngan dokumen sokongan lain. Tapi mintak2 la dapat JPA. Aminn ya Rabb.

Hari tu pegi check mata kat hospital. Sebab rasa macam ada masalah penglihatan je. Kalau duduk bench belakang dalam lecture, nampak blurr2 je slide dukturah. Since kitorang blaja tajuk special sense dalam physio. Pernah la buat test sendiri. Tutup mata sebelah, tengok kat depan. Rasa yang mata belah kanan kurang clear compare to the left side. Tapi tak sempat2 nak gi check. Kalau dah jadual padat kalah PM cemana? Huhu. Hari tu pun pegi hospital tumpang sekaki McLeya housemate Aya yang hilang speck, nak check mata jugak. So, ini hasilnya.


Hakikatnya aku sendiri tak berapa nak paham maksud nombor2 ni semua. Dah bagitau Papa. Papa cakap kena pegi buat spek la. Karang bertambah pulak power tu. Tapi boleh tak kalau nak postpone buat kat Malaysia? Tak sempat nak pegi. Lagipun lecture nak habis dah insyaAllah by mid of April. Sekarang dalam kelas kalau datang lewat, duduk bench belakang memang tak nampak la. Baru ku tahu rasa jadi orang rabun. Tapi serius tak nak pakai spek! Ada kawan suggest pakai contact lens. Lagii la seram duk tengok orang cucuk2 mata nak pakai, nak bukak benda alah tu. Allah. Najwa, banyak nye alasan. =.=


Monday, March 19, 2012

kau hado?

Assalamualaikum.

Sebab terharu yang teramat dengan pengorbanan seorang kawan sahabat, maka aku update blog malam ni. Baru sudah study cerebellum. Tapi baca sekali lalu je la. Esok pagi nak kena ulang balik kot. Tengahari tadi dah sesuka hati ponteng test endocrine. Sadis! Tapi sebab emergency. Bukan saje2 nak ponteng. Kalau test tu carry mark matik la aku. Sobs~
Alkisah nye kitorang ada kelas psycho pagi tadi. Then gap 3jam before lecture endocrine. Dalam gap 2jam tu la aku duk menggigil sakit perut kat hall. Dah la lecture room kitorang akak2 4th year guna. Dah kena merempat kat hall. Endocrine pukul12. 11.30 baru aku decide nak balik. Sebab dah tak tahan sangat. Tu pun serba salah lagi nak tinggal kelas dengan test endo, biochem masuk tajuk barunye. Tapi daripada aku duk mengerang sakit, takleh fokus dalam lecture nanti, better aku balik tido. Sleep is my only pain killer yeah.
Tapi nak dijadikan cerita. Aku takut la nak balik naik teksi sorang2. Kang pakcik teksi tu bawak aku pegi ntah mana2. Ape aku nak buat ha? Nak naik tremco macam kena jalan jauh sket. Tak larat den. Then kawan sahabat aku ni offer nak teman aku balik. Then kitorang ambik teksi sampai depan umah. Dah la abang teksi tu duk kutuk2. Ingat kau cakap arab kitorang tak paham ke. Eh, tapi memang tak paham pun ape benda yang kau cakap. Tapi paham la kau tengah kutuk abang teksi oii~
Then sampai depan umah aku terus naik ke bilik la. Then kawan sahabat aku ni terus pegi skolah balik. Memang semata2 hantar aku je. Terharu tak terharu tak. Terharu la 4jam. Haa..kau hado??
Tu jee.. Sekian, tamat story of the day.

I LOVE YOU DUNIA AKHIRAT AYA! <3

Thursday, February 23, 2012

RISE - part 2

Assalamualaikum.

Dari Kubu Salahuddin al-Ayubi bergerak ke Dahab. Dah lepas isyak baru sampai di tempat penginapan. Lepas check-in bersiap-siap berkumpul untuk berbarbecue dan makan! Then kami geng semangat keluar sendiri konon nak pegi cari seafoods la kan. Padahal dah makan ayam bakar ngan nasi tuh. Dasar perut tempayan masing-masing. Opss.. Tapi bermusyrif tau. Even sepanjang perjalanan tu diganggu Si Putih. Si Putih merujuk kepada seekor anjing warna putih kat kawasan tu. Tak tahu la tu anjing jalanan or ada orang bela. For sure dari awal dia ikut kitorang.Kitorang jalan, dia pun ikut jalan. Kitorang berhenti, dia pun berhenti sama. Kitorang lari, dia pun ikut lari jugak! Memang penat main kejar-kejar ngan Si Putih tu je. Buang masa terkejut, terjerit, tersentap dengan dia je. Musyrif pun tak tahu nak buat ape dah. Tu yang jadi lama tu. Padahal pengarah program dah pesan suruh balik camp before midnight. Tapi 1am jugak la baru kitorang sampai bilik.

pilih, timbang ikan

menu supper kami..
ikan, gambari *udang* & sotong

Dah esok nye tak larat dah nak bangun breakfast. And kitorang tak ikut pun plan rombongan yang nak pegi main segala GlassBoat and Safari tu. Kitorang buat hal sendiri je. Jalan-jalan breakfast tepi pantai. Then window shopping.


Memang Dahab ni tempat orang beli2 souvenirs segala. Ada jugak perkhidmatan bot, nak snorkeling ke, nak dive ke. Ada perkhidmatan sewa basikal kalau nak bersiar-siar ngan basikal. Ada restoran seafoods banyak. Pendek kata, macam-macam ada. Tu yang sayang nak tinggal Dahab tu. Tak puas sebab sekejap sangat kat Dahab.

Pantai Dahab

Kota berjarak 180km dari kota Tursina ini terkenal dengan pantai kuning keemasan. Kaya dengan pelbagai jenis ikan hias berwarna emas sehingga kawasan ini di sebut 'dahab' *ucapan 'ammiyah mesir dari kata dzahab* yang bermaksud emas.




106; Auski Camp


Till we meet again yeah~


"Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"
Al-A'raf 7:179


RISE - part 1

Wednesday, February 15, 2012

wordless wednesday#12

Assalamualaikum.

one fine day insyaAllah :)

Tuesday, February 7, 2012

RISE - part I

Assalamualaikum.

Selesai je last paper kitorang hari tu, terus isytihar winter break! Victory oh yeahh~
Dah plan nak ikut Yana pegi jaulah ngan Perubatan Cawangan Tanta *PCT* ke Sinai.
Nama program; Remembering Anbiya' during Sinai Expedition 2012, RiSE '12 dengan tema Sinai Dijejaki Sirah Diteladani.

Perancangan awal kami bergerak dari Cairo ke Tanta bertiga. Tapi kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Hanya bersama Beyja. Aya tak dapat ikut sebab sejam sebelum plan nak bertolak tu dapat berita bapa saudara di Malaysia meninggal. Al-fatihah. Berat hati nak teruskan rancangan tanpa Aya. Tapi serba salah jugak sebab dah janji dengan Yana. Yana pun dah bayarkan deposit + yuran program semua. Duit deposit konfem2 dah burnt.

Bertolak dari Tanta pukul 1pagi 29Januari2012. Subuh di Sinai..asap berkepul2 keluar dari mulut. Rasa macam kat korea ohh. Lame. Haha.

Melintasi Terowong Ahmad Hamdi di bawah Terusan Suez

Terusan Suez merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang Timur dan Barat. Menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel.
Ahmad Hamdi Tunnel menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai, penyambung antara benua Afrika dan Asia. Nama terowong 'Ahmad Hamdi' diambil sempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaannya.

Melawat Kubu Peninggalan Israel

Kubu pertahanan yang digunakan oleh tentera Israel semasa menawan selatan Sinai. Dari kubu ini dikatakan tentera Israel menyerang bertubi-tubi ke arah terusan Suez. Kini menjadi muzium bagi para pelancong yang mengunjungi Sinai.

'Uyun Nabi Musa


'Uyun Nabi Ayub

Makan tengahari dan solat di Toba

Sempadan terakhir wilayah Mesir dengan Kota Eilat di wilayah Palestin. Terdapat pemisah bagi empat negara iaitu Mesir, Jordan, Palestin dan Arab Saudi. Juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada Israel.

Melawat Kubu Salahuddin al-Ayubi

Qal'ah Salahuddin al-Ayubi yang dinamakan Jazirah Firaun terletak di sebuah pulau kecil kira-kira 8km dari Toba. Merupakan kubu yang dibina oleh tentera-tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi untuk menghadapi tentera Salib semasa zaman pemerintahannya antara 1174-1193 M. Untuk sampai ke kubu ini perlulah menggunakan perkhidmatan bot tambang yang disediakan. Sebab kitorang lambat sket dari jadual perjalanan, tak sempat nak ke sana. Hanya mampu lihat dari jauh. Tapi serius tempat tu lawa. Bleh ambik gambar background Jordan ohh.. Haha. Lame.



"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?
Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?
Dan gunung-ganang, bagaimana ia ditegakkan?
Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?"
AL-Ghaasiyah 88:17-20

Wednesday, January 25, 2012

wordless wednesday#12

Assalamualaikum.

~happy anniversary new egypt~

Monday, January 16, 2012

ikhwah baik

Assalamualaikum.

Hari tu saya update status kat fb.

Lepas tu ada sorang hamba Allah tu macam nak kecoh2 bercerita dengan kawan dia. Tapi saya faham. Memang niat dia nak sindir saya.

"Kau kalau ada ikhwah offer seat dalam bas ada kau update status kat fb ke? Takde pun kan."


So what, saya punya status suka hati la nak cerita apa pun. Sebenarnya niat buat status tu sebab serius terharu. Tanda penghargaan sebenarnya. Sebab situasi dalam bas waktu tu, kami2 je yang faham. Semua baru balik dari gawazat dengan perasaan kecewa sebab penantian 7jam sia2. Semua orang pun penat. Semua orang pun nak cepat sampai rumah. Bila ada bas tuju ke Hayyu Sabie' semua serbu masuk bas tu. Memang penuh berhimpit2. Dengan orang arab lagi. Yang tak pernah alami keadaan tu takyah cakap banyak. Come see and be here.

Waktu tu memang saya tak dapat seat. Told ya, bas penuh macam sardin. Berdiri je dari awal naik bas. Lepas tu ada la orang turun. Seat single sebelah kiri kawan2 satu batch baru dapat share duduk jugak. Seat double sebelah kanan ada la ikhwah2 duduk. Tak pasti waktu tu ikhwah Malaysia atau Indon. Lepas tu ada mamat arab nak turun, dia langgar saya sebab nak ke bahagian depan bas. Orang arab kan besar, saya yang kecik ni memang dia tak nampak kot. -.- Lepas tu la ada ikhwah kat seat sebelah kanan tu bangun suruh saya duduk tempat dia. Dia nampak kot saya kena langgar. Suara memang gaya mengarah dah. Dengar suara, konfem ikhwah Malaysia. Bak kata Aya, bossy~

"Duduk sini, tafaddhol.."

Seat tu, double. Memang tempat ikhwah tu dah kosong. Tapi yang sorang lagi tepi tingkap tu? Takkan saya nak duduk sebelah dia? Gulp! Ikhwah tu tepuk bahu kawan dia yang kat tepi tingkap tu. Kawan dia bangun. Ikhwah tu bagi isyarat persilakan saya duduk. Saya tarik je kawan kat tepi untuk duduk dengan saya. Terima kasih awak! Tapi dalam hati je, tak terucap. Muka dia pun saya tak pandang. Serius tak berani pun nak angkat muka tengok ikhwah baik hati offer seat untuk saya tu. Segan. Sangat. Bila saya dah nak sampai ke destinasi, rasanya ikhwah baik and the geng dah bergerak ke bahagian belakang bas. Kalau jumpa lagi pun memang tak kenal. Sekian, tamat cerita.

Then lepas tu Aya punya status menyusul. Macam back up aku je..


Serius kami punya status ni bukan gedik2 nak puji ikhwah2 yang baik itu. Bukan niat nak perkecilkan ikhwah2 yang buat baik. Bukan jugak nak sindir2 ikhwah yang jadi musyrif tu. Kami faham situasi. Kami hargai kesudian anda tolong temankan. Kami berterima kasih anda sanggup berkorban. Peace no war~

Then hari tu JAKSI update status:


Senyum. See....sebab bukan semua ikhwah sudi nak bagi seat diorang kat akhawat.


ikhwah: saudara lelaki
akhawat: saudari perempuan
musyrif: ikhwah yang diamanahkan untuk menemani akhawat keluar terutamanya pada waktu malam
gawazat: pejabat visa di mesir

Sunday, January 15, 2012

kerna kau ada

Assalamualaikum.

Kitorang kat umah ni dapat la panggilan masing2. Ikut umur ye. Uhuk2. Well, saya Angah~
Pastu kan, kat rumah ni kan, yang paling rapat ngan saya Ateh dan Ude kot! Taraf adik2 dah ni. Kitorang rapat sebab sekepala kot. Kalau nampak bekas2 aiskrim bersusun dalam fridge musim2 sejuk ni, tu kitorang punye la. Orang lain mana tahan nak sentuh aiskrim winter2 ni. Tapi kitorang ok je. Layan float, banana split bagai. Ngee~ Kalau cerita pasal korea jepun diorang berdua tu taknak kalah. Aku bleh la sebut sket2 kan. Kalau bab nak try buat bento, bibimbap, kimbap bagai aku tumpang sekaki je. Tumpang makannn.. Hee~ Dengan diorang ni best2 je aku terlepas cakap terbongkar rahsia. Cerita dot dot dot. Haish, korang memang hebat sebab bleh dapat kepercayaan Angah ni wahai kanak2. Aku selalu je panggil diorang kanak2. Tapi Ateh selalu cakap perangai aku yang macam kanak2 -.- Ateh kan..kalau dia bosan takde orang nak dengar dia bercerita pasal physio kat bilik tu, konfem datang menyelit bercerita ngan teddy aku -.-' Ude ni layan je orang buat ape. Pagi tadi dia kat dapur, "Angah nak turun pukul brape. Exam pukul 10 kan. Breakfast dulu tau" Aku pun masuk la dapur bercerita pasal anat kat Ude. Ude angguk je iyakan ape yang aku tengah bebel. Even dia tak faham -.-'' Ude kalau bercakap memang konfident habis. Even kadang2 dia banyak merapu. Aku tukang gelak ^_^
Kadang2 Anjang pun masuk geng jugak. Tapi aku suka je nak panggil budak tu Anje. Suka je kacau Anje, sebab dia mudah gelabah. Lepas tu semua yang aku buat, yang aku cakap dia gelak. Semua ke, majoriti la. Sebab dia kata aku lawak. Bila masa ntah aku buat lawak -.-''' Anje kalau dah gelak memang tak statik dah badan dia. Boleh golek2 guling2 atas lantai kau tahu. Tapi sebab sekarang musim sejuk, rumah tak pasang karpet lagi, lantai sejuk. Dia tahan la sikit pesen gelak guling2 dia tu. Eh, kelaut sudaa~

Yang sebenarnye nak cakap tu je. Teman gosip saya kat rumah ni adalah Ateh & Ude. *kau ni kejap aku kejap saya* Kitorang kalau bercerita memang tak hingat dunia. Berejam2.. Macam2 topik. Padahal esok si Ateh tu exam Physio. Aku pulak baru habis paper Anat tengahari tadi. Rabu ni Histo pulak. Tadi join diorang lepak bilik Ude. Tengok Ude tengah wat homework kat meja study, Ateh mengadap Blood atas katil Ude. Aku pun join la atas katil sambil bawak nota Histo. Tapi daripada aku masuk sampai la aku keluar balik dari bilik tu, ada la sempat baca 5pages kot. Tapi ntah masuk kepala ke tidak. Bergosip je banyak. Kacau si Ateh study. Tapi dia berjaya je habiskan buku tu. Ala Ateh, esok jawab MCQ je pun. I know you can do it~

Nanti dah summer nanti, maybe kena keluar dari wisma ni dah. Sebab kitorang bleh stay rumah bkan setahun je. Bagi peluang kat junior2 pulak. Nanti kalau dah pindah rumah sewa mesti susah dah nak jumpa nak lepak nak bercerita kan. Waaaaaaa..bakal kerinduan la nanti...

p/s: sebenarnye saya rindu adik2 di malaysia..si bongsu terutamanya..lama dah tak skype T__T

ada orang tu..tak ingat kite dah kot..sedeyy~

Sunday, January 8, 2012

penangan exam

Assalamualaikum.

Ok sekarang musim exam. Tak kira kat Mesir ke, kat Malaysia ke. Rata2 akan, tengah or mungkin baru habis exam kan. Saya pun bakal exam jugak. Lusa dah! Ye la, dulu semester kat Malaysia macam lain sket kan. Tapi sejak kemasukan semester lepas, yang start September tu.. Dah jadi selaras dengan luar Malaysia jugak kan. Mostly la. Tapi ada jugak yang lain. Sebab ada negara2 lain yang bermusim lain. Heh ayat keling. Whatever.

Kat sini nak cakap, pasal effect exam kepada kehidupan student. Wahahaa..macam dah boleh jadi soalan untuk subjek psychology jek. Malangnye psycho takde untuk midyear exam kami. Final nanti ada la. Back to the topic.

Mengikut pemerhatian, ramai sangat yang berubah tingkah laku kalau musim exam. Yang selalu bising hu ha hu ha loudspeaker bangunan dah jadi pendiam sket. Yang dulu muka manis menggula sekarang asyik nak masam mencuka masin menggaram jek. Yang dulu rajin masuk dapur tolong masak sekarang masuk jenguk cari benda nak melahap je.

Aku pun kadang2 lebih kureng jugak. Emosi terganggu jiwa kacau jugak. Sebab stress macam banyak je benda tak habis study kan. Well, kita hidup ni takkan pernah habis belajar. Kan?? Cepat angguk. Tapi pandai2 la nak hidup kan. Kau bukan hidup sorang atas muka bumi ni. Kau duduk satu rumah ramai2. Kau ingat kau je yang nak exam? Orang lain tak exam ke? Kau ingat orang nak kena jaga hati jaga perasaan emosi terganggu kau tu je. Hello! Orang lain pun exam jugak ok. Orang lain pun ada hati ada perasaan jugak. Jangan nak emo lebih2 boleh tak.

Memang...
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri - 13:11


Tapi...
Apabila engkau telah membulatkan tekad (berusaha) maka bertawakallah kepada Allah - 2:159


Ye..memang kita semua nak najah, nak cemerlang dalam exam. Tapi kita belajar untuk ilmu, bukan untuk pass exam semata. Allah tak tengok natijah, tapi Allah tengok usaha kita. InsyaAllah kalau betul kita dah berusaha bersungguh2 Allah akan bantu.

Ok, aku menulis ntah macam hape dah ni. Biasa la, jiwa kacau. Maafkan salah silap terkasar bahasa tersound lebih2.. Segala yang baik itu datang dari Allah. Doakan semua berjaya. Dunia akhirat insyaAllah. Dah, puas hati. Jom sambung study..

Hi biochemistry, we meet again this morning~

Saturday, December 31, 2011

RIP 2011

Assalamualaikum.

2011 bakal melabuhkan tirai. Kalau kat Malaysia memang dah lama dah melabuh nye. Tapi sebab penulis bukan berada di Malaysia, kira ikut waktu tempatan la kan. Esok bersamaan 1 Januari 2012 officially start our study week. Tapi weekends pun dah kira study week la kan. Even tak sentuh buku pun lagi Jumaat Sabtu ni. Banyak hal nak kena buat. Pffttt~

Sabtu *hari ni* lepas subuh terus bergerak ke gawazat untuk hal visa. Guess what kitorang sampai sana 6.30am dah dapat giliran ke 53. Ofis pasport tu bukak 8am*tapi pak arab start keje at 9* -.- Tunggu punye tunggu dalam ketar dalam menggigilnye akhirnya lepas zohor tu semua dah selesai urusan taqdim*send application* visa. After 2weeks got to go there again for taslim*cop visa* it. Then balik tido kejap sebab sakit kepala bersejuk lama2 kat luar. Bangun nak solat asar nampak benda ni atas meja.

Housemate merangkap classmate bagi Galaxy Hazelnut. Hilang sakit kepala. Senyum :)

Lepas solat asar masuk dapur memasak. Lapar kot. Turun dari rumah perut kosong. Kat gawazat tumpang makan nasi bekal Aya 2-3 sudu. Lepas maghrib tadi online sebab nak tengok keputusan pilihanraya. TGHR tewas. Takziah & tahniah kepada AJKT2 yang baru. Selamat menjalankan tugas lepas winter break ye.

Jumaat pagi keluar mengundi pilihanraya PERUBATAN. Nasib baek pusat mengundi dekat je. Lepas tu ada bulatan gembira. Yang simple dan terakhir untuk rumah bkan. Nanti kena follow smart circle*SC* under perubatan je. Kak Nabila bagi 1 sampul sorang before masing2 berpisah tu.

Booster nak exam midyear ni kot. Jazakillah ya ukhti :)

Sedih la lepas ni dah takleh berbulatan gembira ngan Kak Nabila. Tapi still bleh jumpa insyaAllah. Kelas tafaqquh kan ada :)

Khamis..khamis lepas actually. Ada SC gabungan - program Love Ukhuwah. Kat markaz perubatan Hayyu Sabie'. Ada talk, games, makan2 & tukar2 hadiah.

Saya dapat ni! Ukhuwah fillah insyaAllah :)


2012 yang bertandang biarlah lebih baik daripada tahun2 sebelum ni.
Kurangkan kontroversi.
Tingkatkan prestasi.
Hiasi peribadi.
Syukuri nikmat Illahi.. :)

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
55:32

Monday, December 19, 2011

belajar nak jadi ahli syurga

Assalamualaikum.

Alyaum yaumul ithnin. Wa hazalyaum nahnu tatakallam fi lughatul 'arabiyah.

See.. Ntah hape2 la aku merepek. Ni regarding kempen berbahasa arab pada setiap hari isnin di wisma.

Penat tahu -.- sebab hari ni JE kelas start lewat, 12pm. Hari lain 8am 9am dah mula. Maka duk kat umah masing2 dah macam ayam berak kapur. Kit0rang bebudak medic la yang kebetulan kelas lewat pada hari isnin ni. Time memasak kau ingat reti nak sebut segala mak nenek bawang kar0t pisau periuk kat dapur tu dalam bahasa arab? Reti nak bagitau nak g0reng ke nak tumis ke fi lughah arabiyah? Memang tak la kan.. Last2 guna bahasa isyarat je dari duk 'emm..emm..' tu.

Then tadi aku keluar bilik nak ir0n baju, Aisha tiba2 terkejutkan aku dari belakang. Dia nak bagitau yang dia tengah guna ir0n tu je. Aku yang tiba2 terkejut tak tentu pasal. Dah tu TERmelatah la. Kau ingat ada termelatah dalam bahasa arab? Memang tak la kan.. Aku main sembur kecek klate jug0k.. Sob sob sob. Tak tau dah hutang denda zikir 'la ilaha ilallah' banyak mana.

Memang la takde orang nak tunggu tengok, dengar kau buat tak denda tu. Atas kesedaran masing2 la kan. Sebab ustaz pegawai sendiri memang buat denda tu kalau dia terkeluar cakap perkataan selain bahasa arab. Tabik spring kat ustaz pegawai sebab bagi contoh teladan yang baik! :D Bak kata ustaz pegawai, kempen ni untuk latih kita jadi ahli syurga. Kan bahasa arab tu bahasa syurga. :)

Balik skolah tadi pun riuh kanak2 kat dapur cakap arab. Masing2 tak sabar nak dengar azan maghrib. Sebab kalau dah masuk waktu maghrib, merdeka la! Bleh dah cakap bahasa lain. Haha.

p/s: Kitorang kena cakap arab fushah. Bukan 'ammiyah. Biasa kalau pegi pasar ke pegi kedai ke cakap 'ammi. Ni dah gaya arab saudi, cakap fushah macam yang blaja kat skolah dulu2 tu..

Friday, December 16, 2011

mid year examination of 2nd year AFMG

Assalamualaikum.

Jadual midyear exam dah dapat. Ok la, susunan subjek cantek je. Yang tak canteknye tak lama dah nak exam tu. Sedangkan perangai malas tak berubah2 lagi. Sadis.
10Jan2012 ~ Biochemistry ~ 10-12
15Jan2012 ~ Anatomy ~ 10-12
18Jan2012 ~ Histology ~ 10-12
23Jan2012 ~ Physiology ~ 10-12


Dah lepas habis exam, yeahh..winter break! Harap winter break kali ni better than last year. InsyaAllah. And semoga exam tahun ni bleh buat yang lebih baik jugak dari tahun lepas.
Winter break 27Jan2012 - 11Feb2012
All da best geng2 afmg.. Bittaufiq wannajah~

Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday#9

Assalamualaikum.

future muslimah doctors, biiznillah :)