Selesai je last paper kitorang hari tu, terus isytihar winter break! Victory oh yeahh~
Dah plan nak ikut Yana pegi jaulah ngan Perubatan Cawangan Tanta *PCT* ke Sinai.
Nama program; Remembering Anbiya' during Sinai Expedition 2012, RiSE '12 dengan tema Sinai Dijejaki Sirah Diteladani.
Perancangan awal kami bergerak dari Cairo ke Tanta bertiga. Tapi kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Hanya bersama Beyja. Aya tak dapat ikut sebab sejam sebelum plan nak bertolak tu dapat berita bapa saudara di Malaysia meninggal. Al-fatihah. Berat hati nak teruskan rancangan tanpa Aya. Tapi serba salah jugak sebab dah janji dengan Yana. Yana pun dah bayarkan deposit + yuran program semua. Duit deposit konfem2 dah burnt.
Bertolak dari Tanta pukul 1pagi 29Januari2012. Subuh di Sinai..asap berkepul2 keluar dari mulut. Rasa macam kat korea ohh. Lame. Haha.
Melintasi Terowong Ahmad Hamdi di bawah Terusan Suez
Terusan Suez merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang Timur dan Barat. Menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel.
Ahmad Hamdi Tunnel menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai, penyambung antara benua Afrika dan Asia. Nama terowong 'Ahmad Hamdi' diambil sempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaannya.
Kubu pertahanan yang digunakan oleh tentera Israel semasa menawan selatan Sinai. Dari kubu ini dikatakan tentera Israel menyerang bertubi-tubi ke arah terusan Suez. Kini menjadi muzium bagi para pelancong yang mengunjungi Sinai.
Sempadan terakhir wilayah Mesir dengan Kota Eilat di wilayah Palestin. Terdapat pemisah bagi empat negara iaitu Mesir, Jordan, Palestin dan Arab Saudi. Juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada Israel.
Qal'ah Salahuddin al-Ayubi yang dinamakan Jazirah Firaun terletak di sebuah pulau kecil kira-kira 8km dari Toba. Merupakan kubu yang dibina oleh tentera-tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi untuk menghadapi tentera Salib semasa zaman pemerintahannya antara 1174-1193 M. Untuk sampai ke kubu ini perlulah menggunakan perkhidmatan bot tambang yang disediakan. Sebab kitorang lambat sket dari jadual perjalanan, tak sempat nak ke sana. Hanya mampu lihat dari jauh. Tapi serius tempat tu lawa. Bleh ambik gambar background Jordan ohh.. Haha. Lame.

Melawat Kubu Peninggalan Israel
Kubu pertahanan yang digunakan oleh tentera Israel semasa menawan selatan Sinai. Dari kubu ini dikatakan tentera Israel menyerang bertubi-tubi ke arah terusan Suez. Kini menjadi muzium bagi para pelancong yang mengunjungi Sinai.
'Uyun Nabi Musa
'Uyun Nabi Ayub
Makan tengahari dan solat di Toba
Sempadan terakhir wilayah Mesir dengan Kota Eilat di wilayah Palestin. Terdapat pemisah bagi empat negara iaitu Mesir, Jordan, Palestin dan Arab Saudi. Juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada Israel.
Melawat Kubu Salahuddin al-Ayubi
Qal'ah Salahuddin al-Ayubi yang dinamakan Jazirah Firaun terletak di sebuah pulau kecil kira-kira 8km dari Toba. Merupakan kubu yang dibina oleh tentera-tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi untuk menghadapi tentera Salib semasa zaman pemerintahannya antara 1174-1193 M. Untuk sampai ke kubu ini perlulah menggunakan perkhidmatan bot tambang yang disediakan. Sebab kitorang lambat sket dari jadual perjalanan, tak sempat nak ke sana. Hanya mampu lihat dari jauh. Tapi serius tempat tu lawa. Bleh ambik gambar background Jordan ohh.. Haha. Lame.

No comments:
Post a Comment