Showing posts with label how i feel. Show all posts
Showing posts with label how i feel. Show all posts

Friday, November 25, 2011

maal hijrah 1433

Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru balik dari majlis ramah mesra dengan salah seorang YB, ahli parlimen dari Malaysia. Yang singgah jumpa anak2 kelantan mesir dalam perjalanan pulang dari misi beliau ke Gaza beberapa hari yang lalu. InsyaAllah besok beliau berangkat pulang ke tanah air. Berkongsi pengalaman dan bercerita tentang isu2 semasa. InsyaAllah inputnya berguna buat semua.

kerehatan bagi pejuang islam ialah kematian-YB

Sebenarnya program tu tak wajib pegi pun. Tapi kitorang kena denda. Haha. Fin*housemate skarang..nanti cite pasal housemate2 baru ni* yang mulakan hal ni. Fin kata dia pun malas nak join program tu. Tapi sebab dia terlajak tido petang bangun Asar jam 4.30 padahal waktu maghrib masuk jam 4.55, maka dia denda diri sendiri supaya pegi program tu. Lepas tu aku pun bagitau la yang seharian aku duk mengadap laptop layan novel on9 je. Fin kata aku pun kena denda pegi program tu jugak. =______='

* * * * * *

Alhamdulillah dah masuk tahun baru 1433Hijrah. Tadi sempat solat isyak & solat hajat berjemaah di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi'. Terasa diri kerdil bila hanya aku dalam jemaah itu yang pakai tudung biasa2 je, bukan tudung labuh bulat macam majoriti mereka. Rasa kecik sangat. Tapi insyaAllah tudung tu dah sempurna tutup aurat nak mengadap Allah.

Oh ya. SALAM MAAL HIJRAH 1433
Semoga amalan2 kita pada tahun lepas diterima oleh Allah dan dosa2 lalu diampunkanNya. Semoga tahun baru ini kita jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya. :)

Wednesday, November 23, 2011

no hard feelings

Assalamualaikum.

Semalam kantoi sebakul ngan budak2*classmates yg muda setaun*. Alkisah dalam lab physio bila waktu practical berbaki lagi 10minit. Tunggu masa dukturah nak lepas je. Diorang duk godek2 phone then jumpa something kat media folder. Ingatkan dah sorokkan benda tu. Rupanye ter-appear jugak depan budak2 tu. Selalunye kalau orang nak tengok pic dalam fon memang akan tunjuk yang dalam file manager je. Tapi diorang dah pandai godek sendiri dulu. Maka kantoi la hidden files itu kan. Nasib baik pandai cover line kan. Nasib baik yang btol2 P&C tak keluar jugak. Nasib jugak kantoi dengan budak2 yang rapat yang memang boleh nak bawak bercakap bersembang segala macam hal dari hal serius hatta hal gurau senda manja even soal hati & perasaan. Budak2 yang suka sangat merengek panggil Kak Wawaaaa~. Budak2 yang boleh je nak buli nak sakat tanpa hard feelings. Budak2 yang boleh nak kirim beli coklat bila stok habis. Budak2 yang bleh nak mintak tolong chupp tempat dalam lecture hall. Budak2 yang boleh teman buat jenayah. Budak2 yang kalau berfotogedik sama2 tak hingat dunia. Budak2 yang saling mengingatkan antara kami. Budak2 yang sama2 bagi semangat bila down. Budak2 yang sama2 happy for good moments. It takes us 1 year to be as today. May this ukhuwah bring us to Jannah insyaAllah. =)

Sebenarnye nak crite pasal benda yang kantoi tu. Bleh pulak tersasul sampai ke Tahrir Square ye. Eh? Sampai kelaut je.

"Oww..kak wa tak cite pun..."
"Patut la kak wa senyap je. Takde hu ha hu ha kalau orang lain cite hal ******"
"Bila ni kak wa..tak lama dah tu.."
"Macam pemain bola sepak la kak wa!" *efek malaysia menang bola*
"Kat mesir jugak ke kak wa..umur brape?"
"Nanti nak usha la kat facebook"



"Perlu ke cerita?"
"Buat ape nak kecoh2..senyap2 sudah.."
"Bila tiba masanya.."
"Kristiano Ronaldo kot.." *K for Kristiano tu bukan salah eja,sengaja. Malaysia punye version ;)*
"Sibuk je..korang bukan kenal pun" =P
"Cari la kalau jumpe"


Hal2 macam ni tak perlu nak kecoh satu dunia. Tak perlu nak berbangga sangat. Sebab kita manusia hanya merancang. Allah jugak yang menentukan. Kalau Allah izinkan, maka ada la nanti. Kalau takde izin Allah, siapa kita untuk membantah? Kita hanya mampu berdoa agar segala perancangan mampu berjalan lancar. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik mengatasi segalanya. Wallahu'alam.

Sunday, September 11, 2011

tiga kata

wo ai ni
i love you
aku cinta padamu
tiga kata paling bermakna
tapi jarangnya didengar

naan unnai kahtalikaraen
saranghaeyo
aishiteru
tiga kata paling menyentuh
tapi jarangnya disebut



bosan kan. takde geng. im all alone. hurmmmmmmmm~

Tuesday, May 10, 2011

tak payah nak berlagak sangat

Tiba2 nak guna 'aku kau' dalam p0st ni. Maaf la kasar sket. Sebab sakit hati. Ok, semalam aku p0nteng lecture 3jam; 2jam lecture anat + 1jam lecture physi0. Tapi sume tu lecture revisi0n. Kalau masuk tajuk baru memang aku tak p0nteng la wey. Tak pegi lecture dengan alasan nak study untuk practical test upper test petang nye. Kalau pegi lecture pun k0nfem jasad aku je ada dalam kelas tu. Tapi jiwa ntah ke mana. Cuak wey ngan upper limb. Temp0h blaja untuk tajuk ni pendek sangat c0mpare ngan l0wer limb dulu. Tapi serius duk umah 3jam tu resah gelisah tak tentu arah. Mau nye tak. 1st time k0t aku p0nteng. Rek0d bersih dh tercemar beb. At least aku skip 3jam je. Yang orang laen skip 3hari seminggu takpe pulak. Sebab aku tak penah p0nteng maka nye bila skali aku p0nteng terus pandang ser0ng nak kutuk bagai. Kebetulan Dr Laila yang masuk untuk revisi0n anat, sebab sket sangat yang datang dia tanya kenapa. Maka Dr Laila menyuarakan kesedihan dengan g0l0ngan yang skip lecture sebab nak exam petang tu. Adehh. Patut la kau buat tak nampak aku masa kita bertembung kat hall bila aku nak masuk lecture bi0chem jam ke-4 tu kan. Waktu balik jalan sama ngan aku. Then bagitau kau tido 3jam je malam tadi sebab study upper limb & still pegi kelas macam biasa. Kau bagitau kau datang Egypt taknak bagi parents kau sedih & taknak cikgu2 kau sedih sebab kau. Sebab tu kau tak penah p0nteng kan. Aku yang tak penah buat bila skali wat salah sume orang nak judge aku teruk? 0k fine aku aje yang teruk. Kau aje la yang bagus! Yang s0rang lagi ape kes pulak nak sindir2 segala. Teng0k diri sendiri dulu beb. Aku nak p0nteng memang tak pegi terus k0t. Tapi kau, kalau setakat datang kejap lepas tu lepak hall tak masuk lecture jugak. Time hist0 cabut balik sebab takut Dr Amany yang masuk. Lame.

Tuesday, May 3, 2011

n0t a happy day

Sejak dari bangun tido tak bersemangat. Eleh. Waktu tido pun tak bt0l. Ke sebab hari ni 3hb? Semalam tido lepas maghrib tapi tak sure lak pukul brape. Yang pasti tido dengan buku & n0tes la kan. Pagi2 lagi bad m0od. Paling awal bangun tapi paling akhir kuar rumah pegi kelas. P0rt biasa ahli rumah budak hitam adalah 2nd bench. Tapi hari ni yang kekal kat 2nd bench 4orang je. Lagi 5 dah cabut duduk belakang awal2 lagi. Hari ni pressure la sket sebab ada lecture ngan Dr Amany. Then gr0up 2 practical ada test vitamins untuk lab bi0chem. S0 waktu lecture hist0 ramai la yang p0nteng keluar dengan alasan nak study vitamins. Brape kerat je bertekad masuk lecture, ada la dalam 4 bench k0t. Tapi sume bench x penuh! K0rang ni. Agak2 ar. Nak keluar tapi beg buku maen tinggal je. Tak ke pelik beg berterabur sampai bench blakang tapi orang brape suku je. Isk3. Last2 kena jugak saya. Dah tak pakai kaler striking k0t. Pakai tudung hitam je. Tapi sekali lagi dip0inted untuk jawab. Kena lukis plasma cell. Rasa macam bet0l dah. Tapi lupe cell tu ada small pr0cesses. Hehe. Tapi hari ni Dr Amany takde la 'menyeramkan' sangat k0t. Siap bagi p0int2 penting untuk final. Dah la keluar 10minit awal. Lega sume. Hehe. Dah lepas tu test vitamins waktu lab bi0chem. Wakluu punye s0alan! 1st questi0n dah nganga. Binatang ape avidin 2 x tak penah dengar pun. Huhu. Agak tricky ar s0alan. Takde m0od dah. Ish. Then waktu balik jalan berdua je ngan Syue. Nampak dah lelaki2 arab duk lepak kat tepi gemaah. Lepas tu perasan yang ada orang berjalan kat blakang. Makin lama makin rapat. Then Syue kata dia ambik air. 0k, air mineral saya kat p0ket tepi backpack dah kena kebas dek pak arab tu. Speechless. Dia mintak nak minum & tanpa tunggu jawapan saya terus teguk air tu. Lepas tu nak bagi balik baki air tu? Hoo n0 thanks. Hanya mampu menggeleng. Muka tak yah cakap la. Tak berperasaan k0t. Teng0k je la air kena bawak lari. Nasib baik air tinggal suku b0t0l je. Kalau tak rugi LE1.50. Ape la nasib.

Saturday, April 30, 2011

Selesai menonton Hikayat Merong Mahawangsa. Nice. Enough said.
Want to know more? Go & watch it yourself. Haha. Orang laen dah lama kot tengok. Thanks to Youtube, saya berjaya menghabiskan hari sabtu dengan melayan Hikayat Merong Mahawangsa. Tak study pun weh! Ada la belek sket buku cardio & sekarang mengarang di sini sambil ditemani Vitamins; subjek Biochemistry. Takpe, esok cuti. Haa..itu la jadi nye. Melampau kan. Sebab cuti lebih ingat bleh je nak tanguh2 study. Padahal banyak nak kena cover nak kena revised. Sila sedar diri yang final exam lagi 42 hari je! Tolong la Najwa. Huh.

Rasa jiwa kosong recently. Huh. Kenapakah?
Dah tak kesah fon berkredit 0.00LE sebab takde orang nak mesej call ke ape. Surely. Cuma kadang2 Yana or Ana call tanya khabar, bercerita sebentar luah perasaan.
Dah tak kesah tak on9 5hari weekdays. Sebab weekend je lappy akan dikeluarkan dari almari. Tu yang on9 sampai tak ingat dunia nak study tuh. Sebab kalau biar je lappy kat meja, for sure tangan gatal nak on, then akan on9 yang bukan sekejap. Tahu dah dengan perangai sendiri.

Lagipun.......
Takde orang tunggu saya on9. Dah takde mesej memnuhi inbox fb saya. Dah takde orang nak tego 'uit' kalau kebetulan sama2 tengah on9. Biarlah. Saya penat kalau saya je yang berusaha tapi macam orang kat sana tak menunjukkan usaha yang sama. Langsung. Nanti nampak sangat terhegeh2 kan. Maybe la sibuk dengan final. Tapi takkan langsung takde masa? Tacing pasal minggu lepas pun ada lagi. Serius. Besday orang laen bleh je wish. Saya? Siapa saya? Dan tanya Aya, sekadar hepy besday je? Yep. Hapy besday. Fullstop. *fine, ada la smiley. Takkan tu pun nak bagitau* Biarlah. Beri dia masa. Beri keadaan masa. Erk? The last time, saya yang mesej, tapi dia tak reply. Tak tau la either dia dapat mesej tu atau tak. Tapi no replies, so I guess better to stop before I become annoying. Haha.

Dah sudah. Kata nak off lappy, nak study. Ni dah mengantok dah. Biasa la, dah waktu tido.

Dear you, have a gud day. All da best for finals. Deanlist! Take care ya.

Thursday, April 28, 2011

week reviews

AHAD:
Cuti! Easter day for Egyptian. Yang ni sume eksited sebab awal2 tu kitorang di inform akan cuti Isnin je. Tapi malam tu Dr. Omaima our coordinator inform ketua batch yang Ahad pun cuti. KakDi selaku ketua batch pun dengan suka sukinye announce kat batch punye group fesbuk. Bersorak la bebudak ni sebab cuti straight 4hari kan. Senior2 dirosat*pengajian islam* pesan sebaiknye jangan keluar rumah, jauhi church hari tu, sebab Easter day ialah hari pembebasan sihir ke jin ape ntah wallahu'alam. Masih blur tak faham fungsi easter day yang sebenarnye. Function nye kepada student; cuti! =))
But we take the risk. Setiap benda berlaku dengan izin Allah. Keluar jugak cari barang. Heh, ramai je budak malaysia kat citystar tuh. Berderet okeyh. Fine, yang selalu wat hal tunjuk selamba break the rules adalah budak medic kan. No offense.

ISNIN:
Cuti lagi. Supposed to study la kan. Lecture Histo hari selasa bakal menguji kekuatan minda haihh.. Sila study tajuk respiratory system itu. Kang kena sindir pedas punye dari Dr. Amany kang..

SELASA:
Mood Dr Amany baek! Tak soal pun time lecture. Sume tarik nafas lega. Haha. Syllbus untuk Histo tamat. Time for revision. Get ready la. Sebab 2kali lagi Dr. Amany akan masuk untuk revise dalam lecture. Balik awal, sebab Dr. Fatma baek hati cancelkan lab Biochem ganti tu. Katanye kasi peluang kawan2 yang akan reseat paper midyear esok untuk study. All da best korang!

RABU:
Memang salah hari la nak pakai warna kuning tu kan. Same kaler ngan Dr. Amany! Alamatnye 2kali kena jawab soalan time lecture Histo tuh! Sekali kena keluar lukis kat depan origin & fate of lysosomes. Sume kata weyh, confident giler ko kata insyaAllah masa dukturah tanya tahu tak jawapan untuk soalan dia tu. Mau tak confident. Kalau kata tak study kan mau nye korang sume kena tadah telinga sebab tak study. Tak pun dukturah akan keluar terus & we'll loss the whole lecture times? Tapi lukis sket je then dukturah tolong explain sume. Yang lagi sekali kena completekan jawapan Sonia pasal organs of respiratory portion. Yang tu pun macam tak complete jugak. Bantai je la. Segala benda yang dibaca boleh hilang kot bila tiba-tiba kena soal. Gulpp~
Then kena panggil lagi waktu lab Physio. Kena tunjuk cara nak kira phases untuk simple muscle twitch. Nasib baek benda tu simple, & untuk revision. Lab pulak dengan Dr. Mona yang suka wat lawak. Takde la cuak sangat kot. Depan budak2 ni je pun..

KHAMIS:
Asal hari isnin & khamis mesti muka syahdu je sume. Sebab konfem2 la pedih bergenang air mata kalau masuk lab Anat. Ammu*pakcik* tu baru curah formalin kat cadaver kot. Sampai dukturah pun masuk pedih2 mata. Pedih nye sampai ke hidung ke tekak tau. So lab anat hari ni kejap je. Study muscles of anterior compartment of forearm. Then revise muscle of thigh sket. Lepas tu tak tahan dah dukturah pun suruh keluar masuk muzium. Tengok x-ray papers. Lepas tu jawab mcq. Blom pukul 12 lagi kitorang dah bleh keluar. Lepas lecture embrology lab Histo pulak. Ok je sebab praktikal untuk tajuk vascular system. Dukturah tu baek. Haha.

Minggu ni cuti 3hari jugak. Sebab ahad 1mei. Selamat hari pekerja!

Saturday, April 23, 2011

bercanda di taman bungaaa


Lokasi: Azhar Park a.k.a. Hadiqah Azhar
Peserta: 10 Budak Hitam

Hari minggu kami manfaatkan untuk berpiknik di taman bunga yakni Hadiqah Azhar yang budak-budak kuliah duk heboh cantik lawa besar luas best nak bergambar ber
guling bergolek ala-ala salam perantau gitu.

~10 budak hitam mengucapkan Selamat Hari Raya~

Diorang siap goreng bihun, buat cucur & KakMira punye fruit salad yang superb tuh. *i tak tolong pun* memang semangat la nak pegi piknik! Konon nak pegi 8.30 kan. Jangan harap la kalau pukul 8 tu masing-masing baru terhegeh-hegeh berebut toilet nak mandi nak iron baju. Before tuh sibuk duk menggaya baju ngan skirt ngan shawl segala bagai. Korang nak pegi piknik ke nak gi photoshoot ni? Ok..3 in 1.. Jalan + makan + berfotogediks.
3trip teksi kot. Sebab 9orang. Last yang kuar dari rumah saya, Aya & Syue la. Tu pun Syue dah bebel-bebel sebab dia awal lagi dah siap mandi. Saya & Aya pulak 2 yang terakhir guna toilet tu. Hehehehee.. Tambah-tambah lagi saya duk membelit-belit shawl lama depan cermin, lagii la Syue membebel. Hampir pukul 10 baru turun kot. Ngee~
Kitorang straight dari rumah ke hadiqah. Wani, Nusai & KakMira dah sampai sana waktu kitorang baru keluar rumah tu. Dah sampai sesat taktau mana nak pegi port diorang tu. Wani datang ambik kat depan baru la sampai kat sana. Naik bukit turun bukit lagi. Luas kot hadiqah tu. Dan cantik! It's spring anyway. Bunga-bunga sedang berkembang. Memang sesuai la ngan meks meks bunga yang giler kamera ni kan.
Duduk hilangkan penat dulu sambil kunyah chipsy sementara tunggu trip lagi satu. Beyja, Nik & Silah. Tiba-tiba datang satu group orang arab. Ngan bebudak ramai. Sowwar mumkin?? Nak mintak tolong kitorang ambik gambar diorang ke? Bukan, nak bergambar ngan kitorang. Haa. Rasa femes kejap kan. Lepas tu diorang ajak maen sama lagi. Ntah permainan ape bukan paham pun. Tapi macam kira 10 by 10 sampai 100, peluk orang sebelah. Sape takde partner go out~
Lepas tu sume sampai. Diorang bertiga tu pegi beli KFC rupenye. Tunggu KFC bukak
pukul 10Aik, nampak macam Yana. Dengan 'sepupu' musyrif dia. Ehemm, Saje je kan, dah la tak wish besday saya. Nasib baek saya cekal, tak tacing. Tiba-tiba Aya suruh saya ambik satu bungkusan tepi pokok dekat ngan port kitorang tu. Eh, bukan suruh, paksa. =,=
Ok, kotak kek. Tau dah, nak celebrate besday saya yang korang saje je wat tak tau tak wish & wat tak dengar je bila budak kuliah laen wish kan. Macam tak tau haihh..

special sebab ada nama saya

Thanx korang..sayang korang ketat-ketat. Susah-susah je. Ngan Yana lagi, turun dari Tanta tuhh. Ngan kek made by Malaysian. Ustaz Saiful kan. Sedapp kek coklat tuh. Kalau nak tempah try la usha facebook dia. Tapi harga tak tau la brape, of course diorang taknak bagitau la kan. Lepas dah abis makan sampai semua kekenyangan kitorang pun start la jalan-jalan cari port nak berfotogedik. Kejap-kejap berenti nak ambik gambar. Kejapnak posing camtu. Kejap nak gaya cenggini. Adehh, nak layan sume 10 memang la. Tapi dah biasa, tak kesah. Sume pun satu kepala bab giler kamera nih.

here we go

Dah penat berjalan daki bukit turun tangga berposing bergambar, sampai Wani dah landing bagai tunggu kitorang yang tak puas lagi bergambar nih. Tengok Wani dah penat, decide nak balik la. Lagi pun Zohor belom lagi. Balik rumah sume pakat nak transfer gambar. Suke tengok gambar-gambar kitorang sume tu. Lawa. Cehh. Puji diri sendiri ye..

10 budak hitam, nanti kita pegi lagi ek. Tadi baru sket kot jalan. Banyak lagi tempat menarik nak bergambarr~ Lepas final ok. Lega esok cuti bila KakDi wat announcement kat batch group tadi. Sebab masing-masing memang penat sakit pinggang lenguh kaki pegi picnik. ^_^

Monday, April 18, 2011

manja nye nak tacing2 haihh

Penat dengan keadaan yang macam ni. Tido tak tentu masa. Nak kejar nak baca untuk praktikal anat0my; abd0men+pelvis. Sume orang stress. Macam sekarang, rasa rumah ni hidup. H0usemates sume tengah stay study. Tak tau la di0rang tak tido lagi or dah bangun. Saya macam biasa, waktu2 cenggini baru bangun. Tido dalam pukul 8 or 9 malam tadi. InsyaAllah stay sampai ke subuh. Tapi lepas subuh tak tau la. Lelap kejap kot. Subuh awal ok, 3.53pagi. Fuhhh~
Tengok komen papa kat status fb saya, tiba-tiba tacing. Nak nanges!

papa sangat gembira dengar macam tu, dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan mendapat kejayaan yang cemerlang, insha allah

Ok la, memang dah mengalir air mata pun. Nasib baek sorang2 je kat bilik. Haihh..manja betol la kau ni najwa. Tacing sebab...papa letak harapan tinggi kat anak manja sorang kat perantauan ni. Tapi mampu ke saya? InsyaAllah.. aminn40x..doakan..
Lepas dah habis practical test abdomen ni, bleh la fokus untuk upper limb pulak. Abdomen tinggal nak revised balik untuk final nanti. Cuakk!! Banyak nak cover.
Nak balik summer nanti. Balik dengan bangga. Nak buat sehabis baek untuk final 1st year ni. Final start 11Jun. Tapi habis bila tak tau lagi. Yang tu untuk written exam. Practical exam maybe start dalam Mei ni terus, sekali dengan oral kot.
Harap-harap bulan 8 dah bleh ada kat Malaysia. Nak sambut Ramadhan di malaysia ngan family! Aidilfitri di sana jugak insyaAllah..

Wednesday, April 13, 2011

ya Allah.. kenapa hati & jiwa tak tenteram? fikiran melayang, mudah hilang f0kus, takde semangat.. sedih sendiri sebab tak tau punca......

Friday, April 1, 2011

mood berjiwang-jiwangan dengar lagu bila cinta didusta

Pagi-pagi ni mood jiwang la pulak. Sambil-sambil duk melukis untuk subjek Histo, playlist dalam lappy ni maen lagu jiwang tangkap leleh pulak; Bila Cinta Di Dusta-Screen
Tiba-tiba rasa lagu ni best. Mode shuffle tukar off, on mode repeat pulak. Maka ulang dengar la lagu ni lebih 10kali dah kot. Aiyyoyoo.. What happen to you maa?? Putus fius ka??

Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana

Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah

Sebab rasa lagu ni kena ngan diri sendiri ke yang best sangat nak layan bagi ulang 88 kali sampai dah bleh hafal ngan lirik nye skali? Nasib baek la tengah wat keje melukis. Kalau keje menulis, mau bait-bait lagu ni yang jadi hasil penulisan. Adoyy~

Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu


Maybe la..sebab hidup sekarang rasa kosong? Haishh..boleh pulak fikir macam tu? Homesick tak habis lagi! Serius sangat-sangat rindukan rumah & orang-orang dalam rumah tu..sobsob..
Orang kata busykan diri, so that tak ingat rumah sangat..& masalah laen. Tapi still, kelas penuh tak sempat nak rest pun masih rindu rumah. Penat-penat lagi la rasa best duduk kat umah sendiri kan, Dengan orang-orang tersayang.


Ooo...oo merayu-rayu
Ooo...oo ingin kembali
Ooo...oo meratap sayu
Tidak mungkin orang simpati
Menoleh pun tak sudi


Memang la kau punye sakit rumah ni dah kronik la Najwa! Go get a grip! Ape nak jadi ni? Fokus study tu dulu. Banyak benda nak kena cover kan. Banyak yang tertinggal especially Anatomy tu. Sekarang blaja 2tajuk besar sekaligus; Embryology & Upper Limb. Cardiovascular pun sama, Gigit jari takleh jawab bila dukturah tiba-tiba masuk lecture nak wat test! Adoyaii..Dah la cardio tu sket punye tough nak faham. Memang tenat la kan. Tapi jangan putus asa. Kena kuat semangat. Kena usaha lebih lagi! Memang la penat. Tak mudah kan nak berjaya

Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Siksanya perpisahan
Hanyalah ditemani sesalan

Hmm..kurang kamunikasi kot sekarang. Masa kat Malaysia pun. Ada tapi macam takde. Dekat tapi jauh. Sekarang lagi la rasa makin jauh. Sebab diri sendiri susah nak jatuh tangga suka kat orang, kalau dah suka takleh nak lupa ye?

I am fragile.
Don't you ever try to make me fall for you if you never willing to catch!




Yea..Najwa dah melalut di pagi Jumaat yang suci murni ni. Boleh pulak campur aduk masuk hal2 medic dengan hal hati perasaan? Ehh..jangan nak maen-maen la. Pegi study! Tengahari karang nak keluar pulak. Sempat lagi tu. Ishh..
Maaf la, kena keluar jugak. I need something sweets. Kena cari stok coklat banyak-banyak. Terasa nak makan aiskrim jugak. Dari hari bila lagi mengidam nak makan aiskrim ni..=.=

Tuesday, March 29, 2011

tiba-tiba rasa nak balik malaysia!

haishh..mengade ngade betol
tiba-tiba rasa malas nak blaja kat sini
rasa nak blaja kat malaysia je
nak dekat ngan bonda, papa, family sume
*ellehhh..padahal homesick tak abis abis lagi*

kadang-kadang rasa menyesal datang sini
kadang-kadang terpikir
kenapa la dulu aku tak isi upu tu btol-btol
*adehh..salahkan upu pulak*
kenapa la dulu tak apply je unimas ke ums ke
konon tak nak..sebab takut jauh, kena fly
haa..sekali memang btol kena fly
takde bas takde train nak datang sini dari malaysia
naek kapal laut tu berbulan-bulan
sanggup kerrr..
aiyyaaakkkkkkk~

aishhh..tak baek..tak baek pikir camtu
ni sume ketentuan Allah
ada hikmah ni
ni la manusia
tak reti nak bersyukur dengan nikmat Allah

pesanan penaja: sila muhasabah diri!

esok: test physio; respiration
lusa: test bahasa arab
gambatte najwa!

Friday, March 25, 2011

i'm return to egypt

Alhamdulillah selamat sampai di Cairo International Airport kurang lebih jam 5pagi. Bersamaan dengan 11pagi waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa kurang 11jam. Tapi mungkin cuaca tak menentu. Shaking2 dalam flight..fuhh..especially masa cabin crew tengah serve untuk dinner. Jawabnye tak makan la saya. Takut nanti termuntah. Tapi memang dah muntah la sket. Tak tau la ape yang tak kena. Flight dari KB ke KL pun sama, mabuk,,muntah. Nasib baek Papa ada kat sebelah. Thanks for your help Pa..
*rasanye sebab hati & akal tak bekerja seiring..sighh*
Lepas kuar flight, ke kaunter imigresen.. Pegawai tu tegur. "Nagwa?" Senyum.."Aiwah"
Lepas tu turun nak ambik barang. Tapi barang belum keluar semua, tambah-tambah sume orang pun nak keliling tempat tu tunggu beg barang masing-masing. Mesej Papa bagitau dah selamat sampai. Dengan Yana ke toilet, ambik wudhuk terus. Subuh dah nak abis! Kat sini biasa la, solat je kat mana-mana dengan pakaian yang insyaAllah menutup aurat. Allahuakbar.
Lepas solat orang pun dah kurang kat tempat tuntut bagasi tu. Sume baru teringat nak kejar Subuh kot. Dah ambik sume barang baru keluar. Tunggu arahan dari pihak alumni la. Sambil-sambil tu online facebook, sebab guna no mesir murah nak online! Dapat mesej yang membuat hati luluh kah? Agak laa..rasa nak hujan je dalam hati ni. Mendung semacam.
Keluar dari airport, ya Allah..sejuknye! Angin sejuk beku bertiup. Tak lama lepas tu tangan dah bengkak-bengkak, merah-merah. Betol la kot, saya allergic dengan perubahan cuaca. Lagipun tiba-tiba berubah dari panas Malaysia ke winter Egypt. Alumni sediakan bas ke rumah negeri. Sampai rumah negeri Ustaz dah tunggu dengan tramco bawak balik rumah. Sampai rumah kemas bilik yang berhabuk berdebu ntah brape inci tu. Then unpack barang. Lepas zohor keluar makan dengan Aya & Syue. On da way balik hujan. Cepat-cepat lari balik. Then masuk bilik berselubung dengan saratoga. Sejuk! Tido..maghrib baru sedar. Ishh. Lepas Isyak keluar sembang ngan Nusai & KakMira, yang laen dah lena. Then masuk bilik belek belek buku Anat kejap, tido lagi. Penat. Sedar bila diorang bising bising, baru bangun jam 2pagi, maknanye 8pagi Malaysia. Biasa la, perubahan masa. Saya malas nak bangun lagi. Azan Subuh baru la bangun.

Tak tau kenapa, rasa sangat la sensitif. Senang leleh? Mungkin, Rindu Malaysia sudah. Rindu Bonda, Papa, family. Kenapa homesick sangat ni? Masa mula-mula datang dulu tak nangis pun! Ya Allah, kuatkan semangatku. Perjuangan disini masih panjang. Permudahkan segala urusanku ya Rahman. Cekalkan hati & pemikiranku ya Rahim. Bimbing hambaMu ke jalan yang Engkau redhai..

Tuesday, March 22, 2011

malam terakhir

Malam ni malam terakhir tido kat umah ni. Esok malam bakalan sakit-sakit tengkuk lenguh-lenguh badan tido dalam flight. Kalau flight straight ke Cairo ada la dalam 10-11jam jugak dalam flight tu. Takleh tido di rumahku syurgaku ni buat suatu tempoh. InsyaAllah nanti balik lagi. Hahaa..blom pegi dah cakap pasal nak balik lagi. Haiyyaa..
Esok petang flight ke KLIA jam 4.40 petang dari Kota Bharu. Dengan papa. =) Beyja & Aya kutuk kutuk sindir kata anak manja sebab pegi ngan papa. Elehh, jeles la tu. I kan anak kesayangan, Harus la papa mau hantar sama kan. Hahaa..perasaan!

2malam lepas ada ustaz dari alumni yang call maklumkan pasal flight tu. Pukul 12.16am tau. Nasib baik tak tido lagi masa tu. Tengah online. Ustaz tu kata by 8pm dah kena ada berkumpul kat KLIA, flight ke cairo tengah malam tu, 12.30am..seeloknye ambik flight ke KL before 4pm. Aiyokk ustaz, saya dah ambik tiket dah. Sempat je kan. Dalam 6petang tu insyaAllah dah ada kat sana. Ustaz tak yah la wat saya cuak takut tertinggal flight. Saya nak balik sana ustaz. Perjuangan di sana belom selesai. InsyaAllah sempat. Aminn3..
Tapi yang pelik nye housemate saya dapat call yang kami naek flight 8pm tu. Kena berkumpul 7pm. Tapi sejam je? Macam tak logik la kan. Ini international flight, mana bleh lewat lewat. Ntah la, tapi saya sangat pasti yang flight 12.30am. Banyak kali kot tanya ustaz tu nak konfemkan. Dan rasanya saya tak salah dengar. Pukul 8pm tu waktu berkumpul, bukan waktu berlepas. Semoga segala urusan dipermudahkan nanti. Semoga kami selamat sampai. Nak pegi kelas. Tak aci la diorang dah masuk tajuk embryology dah untuk anatomy!

Doakan kami ye. Final tak lama dah. Nanti nak balik Malaysia lagi insyaAllah.

p/s: saya dah siap packing! yeah2..ambik masa 1hari saja..org laen seminggu awal kot packing..

Saturday, March 19, 2011

Dear you

Tak payah nak provok orang la.
Kamu takde hak nak kutuk dia depan saya.
Saya tahu saya kawan dengan siapa.
Terima kasih sebab ambil berat.
Tapi tak perlu la nak menyebok lebih-lebih.
Jaga hal sendiri dulu.
Kita bukan macam dulu lagi.
Saya ada orang laen yang nak kena jaga hatinya.
Same goes to you kan.
And for your information, I ain't affected by harmless flirt.
Thank you!

Wednesday, March 2, 2011

sony oh ericsson

lately fon selalu wat hal
ada je benda yang tak kena
hari tu keypad rosak, ada 1 butang macam takleh tekan tu
tapi dah ok balik
lepas 2,3 hari balik malaysia
file manager pulak wat hal
takleh view gambar
cuma bleh view kat media
tapi kat media setakat bleh view je la
takleh nak use file & so on
so semalam saya dengan confidentnye telah menekan option
MASTER RESET dalam sony ericsson itu
maka nya
semua mesej HILANG!!!
niat asal nak betulkan setting file manager telah berjaya
sebab sume gambar2 dalam memory still ada tak terusik & bleh view balik
malangnya semua mesej hilang tidak dapat dikesan

inbox : no messages
draft: no messages
sent messages: no messages
saved messages: ada lagi la 2 kerat yang simpan dalam simkad

adoyaiii
abis mesej dari orang tersayang yang hampir 1000 tu
semua hilang lenyap ditelan master reset

p/s: awak, send balik mesej mesej comel cute jiwang berkarat tu please..uhukk

Sunday, January 23, 2011

That which does not kill us, only makes us stronger

tinggal satu lagi paper..anatomy rabu nanti..sebab gap terlalu lama kot
maka perasaan malas menjadi jadi..tak sabar nak abis exam..sebab lepas exam cuti
tension sangat sehari sebelom biochem tu
lepas tu ada problem ngan someone pulak
dia tak reply pun mesej..kat fb, through fon..terkilan di situ
sms Shira & Ana jugak..tapi sume tak reply
cuma 2jam lepas tu Ana call..Ana ada study group..baru baca mesej
*Shira pulak pukul 3pg baru reply..dia ada hal laen*
mula mula tu sembang ngan Ana biasa lagi..lepas tu start la leleh
Ana, macam mana nak jadi rajin ni
dah siap teresak esak bagai..sampai takleh kuar suara dah..hidung tersumbat segala
tapi Ana sangat memahami..Ana kata nagis je..nangis puas puas sampai hilang sume yang terbuku kat hati..tak salah pun nangis..luahkan sume
Ana bagitau dia pun macam tu jugak..tapi dah ok lepas call & cakap ngan mak
tapi saya..last time skype ngan papa & bonda..before study week lagi kot
lepas tu takde sampai sekarang..sebab papa kata study..lepas exam baru skype lagi
tapi ada la sms ngan papa tiap tiap kali ada paper
rindu papa & bonda! +_+

Ana share nasihat mak dia
mak Ana kata ikhlaskan niat..buat sehabis baek..yang laen serah pada Allah
Ana pun ada bagitau..tak semestinya kena study sume kan..nak nak lagi biochem tu killer subject kot..highlight yang mana penting & doakan apa yang dibaca & betul betul faham tu nanti yang kuar dalam soalan
ambik wudhuk..solat..doa..baca quran..lepas tu study
*tengah baca quran pun airmata bercucuran lagi*
thanx Ana, for your comfort..terkesan di hati..sayang Ana lebih <3

serious mesti ana ingat nangis sebab tension exam nih
memang pun..itu salah satu sebab
tapi tension pasal ada problem ngan someone tu lagi banyak kot
tapi mulut berat nak cerita hal tu kat Ana

sume ni macam salah faham je
tapi dua dua taknak mengalah
saya terlalu ikut perasaan & dia tersangat emo
macam mana tu
takpe la..kalau terus macam ni
lepas exam akan usahakan untuk settle hal ni
sebab saya masih sayangkan relationship ni
insyaAllah

Thursday, December 9, 2010

y o u

you were there to light my day

you were there to guide me through

from my days down and on

i'll never stop thinking of you

how can i forget all that

when you're the one who make me smile

you'll always be a part of me

how i wish you were still mine


never will forget the day

how we've met and came this far

we all know we got this feeling

but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye

and that's the hardest thing to do

cause you mean so much to me

and guide the truth from me to you


for all the things i've said

for all the hurt that i've caused you

i hope you will forgive me baby

cause that wasn't what i meant to do


Saturday, November 20, 2010

mood: tak keruan

sedih ke?
ntah la..
tapi saya dah wat seseorang rasa bersalah
tapi hal kecik je pun sebenarnye
tak perlu nak diperbesarkan
rasa sebak bilamana dia sendiri yang mengaku
bahawasanya dah banyak kali dia berjanji
tapi janji itu belum lagi tertunai
salah saya ke kalau nak merajuk sikit pun?
sebab selalunye memang saya pujuk diri sendiri jugak
ini la kot kelemahan saya
susah nak marah lama lama kat orang yang saya sayang
nak merajuk lama lama pun tak menjadi
sebab nanti rindu~

*awak, tak yah la rasa bersalah sangat..saya paham..
saya merajuk kejap je..nanti saya ok balik..jangan risau ye..*

Friday, November 19, 2010

entri sebelom off9

esok dah nak start kuliah balik dah
setelah 8 hari bercuti sempena aidiladha
bermula 12 nov 2010 - 19 nov 2010 *hari ni la*

mak aihhh..malas nye nak gi kuliah balik
bila nak cuti lagi ni
hahaa..dah start pikir pasal next break lagi tu

serius seminggu cuti ni langsung tak study
padahal dukturah dah pesan
raya sehari je..hari laen study
tapi nampak gaya macam
study sehari je..hari laen cuti secuti cutinye
wuhuu

ye la..hari sabtu tu saya & yana dah cabut pegi alex
sampai la hari isnin baru balik cairo
balik bawak kawan kawan dari alex pulak tu
kena la layan tetamu kan
bawak diorang jalan kat cairo
selasa pulak dah raya
nak beraya lagi
rabu nak pegi jalan raya lagi
pegi jalan jalan makan angin kat sungai nil lagi
naek kapal malam tu
sejuk weyhh..even dah pakai baju berapa lapis ntah
tambah pulak saya jatuh sakit di hari perayaan itu
mana la nak sentuh buku kan
tapi bab berjalan gigih je nak ikut
ngeee~

khamis hantar diorang kat stesen train untuk balik ke alex
baru la kitorang menapak ke rumah
tapi sebelum tu sempat je lagi melencong ke city star
hahaa
sampai umah sebok nak online ngan orang tersayang pulak

last last tinggal hari ni je cuti..jumaat

so, need to go to study now

take care people~