Showing posts with label DR wannabe. Show all posts
Showing posts with label DR wannabe. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

after exam syndrome - part I

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 42days period of second year final examination ended successfully exactly at 12 noon*tapi mostly keluar awal..paper adab balaghah* on 1st July 2012. It have been a tough period for all of us, i would say. 
Hope that it will be our first and last 2nd year examination. Wish all the best for every single of us. May Allah meet us up in 3rd year this upcoming September insyaAllah, biiznillah..

 Even matahari tegak atas kepala, semorang gigih duduk tunggu nak ambik gamba batch!
Pic credit to juju-the-photographer

Right after exam

Solat Zohor lepas tu ambik tremco pegi stesen metro (baca=subway) Damerdesh, naik metro ke El-Maadi. Ada la kurang lebih setengah jam dalam metro. Tak tahu la ada ekon ke tak. Sebab panas je.. Pegi 7orang, masing2 first time pegi sana. Blurr jugak la. Hanya call senior tanya arah. Lepas tu jumpa orang arab tanya. Sebab tanya orang arab tu la jadi salah jalan. And kitorang dah ulang alik jalan depan stesen metro tu tak tahu berapa kali habaq hangg. Tetengah panas lepas zohor ok. Lu pikir la sendiri. Nak jalan sangat kan..memang jalan la..HAHA. Dah sepanjang sesat jalan tu tak tahu berapa kali berhenti beli mineral water. Satu kelebihan kat Mesir ni, banyaaaakk kedai runcit tetepi jalan. Keluar dari satu kedai runcit, jalan 5langkah jumpa lagi kedai runcit. Gitu la lebih kurang nye. Akhirnya selepas beberapa kali ulang alik dan membebel sesama sendiri, jumpa jugak tempat yang di cari. Alhamdulillah. Sebenarnye diorang nak cari kedai cupcakes tu. Serius kedai cupcakes tu comel. Harga cupcakes pun comel. Sampai aku mampu melihat hanya sekadar di pinggiran. Nasib baik yang sebelah Nola Cupcakes tu laaaaaaaagi comel osem! Nah~~

 Bookstore ni osem sebab besar, ada aircond, lawa, banyak buku, murah pulak tu *kalau compare ngan Virgin kat CityStar la* eksaited masuk bookstore ni. Harus pegi lagi lain kali ye :D

Aya ambik P/S: I Love You dengan harga 50 Egypt Pound! Kalau convert ke Ringgit Malaysia dalam RM25 camtu je. Mana nak dapat kat Malaysia wey. Kau hado??

Dah lepas eksaited di Alef Bookstore, eksaited di Nola Cupcakes pulak*lupa ambik gamba* Lepas tu masing2 dah kelaparan. Masuk key eff see isi perut sebelum balik ke Hayyu Sabi'.

Hasil pembiasan cahaya dari sinar matahari dari celah cermin kedai key eff see versus botol air mineral atas meja..
jadi lah pelangi atas beg ku.

Monday, June 11, 2012

another half way


Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih bernafas hari ni. Hidup lagi walau hari2 rasa penat macam nak pengsan study. Ditambah summer. Subuh seawal 3.08am. Siang yang panjang. Hari yang panas. Lalat yang banyak. Allah. Tak baik banyak mengeluh kan. Astaghfirullahal'azim.

Yup, dalam fatrah imtihan*musim peperiksaan*. Cehh, sejak duduk mesir segala benda nak istilahkan dengan bahasa arab. Bravo Najwa! Ye. Memang mencabar sangat2 musim final exam tahun ni.. Sebab? Yeah, sebulan study weeks. Dan sebulan setengah exam weeks. Penat mentally i guess. Sebab orang2 sekeliling habis exam lagi awal! 1st year habis on 18th June. Kitorang baru nak menuju paper ke-5. Dirosat habis 26thJune. We still got 2 paper after that. Last paper only on 1st July. Phewww~ Tercabar kan. Ye la. kitorang 8paperS kot. But well, another half way to go!

kalendar tampal kat almari. bangun pagi pangkah tarikh semalam :)

Serius tak sabar nak balik Malaysia. Dah terbayang2 tanah air tercinta. Dari gap histo-biochem duk menghitung hari nak balik. Sebab rasa penat kat sini. Nanti kat malaysia goyang kaki. Hamboi2. Ape lah makna hidup kau nak hidup goyang kaki je. Surely lots of things to do soon.
Last year balik awal Ramadan. Hari2 sorang2 je kat rumah sebab orang lain sekolah, kerja. Tapi balik tahun ni ada teman dah kat umah. Bonda dah pencen Februari lepas. Bleh la duk lepak2 kat rumah ngan Bonda. Tak perlu nak tunggu weekend baru bleh keluar nak shopping segala. Senang sket kalau keluar weekdays. Jalan takde la jam macam time weekend. And yeah, i miss driving damn much! Ntah skill drive aku ada lagi ke tak. Haha. Konfem awal2 balik Bonda tak bagi aku drive dulu. Kena duduk sebelah jadi co-pilot je la.

Perjuangan masih belum selesai Najwa.

Ya Allah, Kau bantulah kami dalam peperiksaan ini. Lembutkan hati pemeriksa2 kertas kami untuk paper2 yang dah berlalu. Teguhkan hati2 kami. Kuatkan semangat kami untuk menghabiskan baki peperiksaan. Permudahkan kami menjawab paper2 exam seterusnya. Hanya kepadaMu kami meminta dan memohon pertolongan. Perkenankanlah doa2 kami. Amin ya Rabbal 'alamin.. :)

Monday, May 7, 2012

macam ni la mesir

Assalamualaikum.

Kitorang punya final exam ditunda. 11hari? Patutnye start on 10thMay tapi diextend ke 21stMay. Pasal election presiden Mesir ni la. Election insyaAllah on this 23-24 May.

Mula2 dapat berita tu, semua macam...
"apesal nak extend2 pulak ni.."
"makin lambat la habis exam.."
"why kena extend?"
"ape kaitan election ngan exam kita?"
"tiket balik malaysia dah beli.."
bla..bla..blaa =.='

Tapi kena ingat. Everything happens for a reason. Egyption kan, paham2 la. Sekarang ni pun macam2 hal dah kat Abbasiyah tu. Rusuhan, gaduh2 sampai cedera. Ada yang terkorban jugak rasanya. Student AinShams takleh pegi skolah sebab keadaan macam bahaya kot. Tentera dah mula campur tangan. Malam2 kat Abbasiyah dah start curfew last few days. Allah..macam2 hal. Semoga Allah lindungi kita semua.

To take it on the bright side, peluang baca buku bertambah la kan. Tapi sebenarnya Allah memang dah bagi masa secukupnya. Perancangan Allah tu kan yang paling baik. So exam kitorang akan mula 21stMay-1st July. Alhamdulillah nasib baik beli tiket mid of July kan.

Bak kata Nab, kalau usaha tak sehebat mana, malu la nak mintak tolong dengan Allah.

So sekarang, sila rajin baca buku, jawab past year questions, usaha, doa, tawakal..
InsyaAllah bittaufiq wannajah. Aminn~ =)

p/s: macam ni la mesir. mim-sad-roo = musibah-sabar-redha

Wednesday, April 25, 2012

of majlis munajat perdana & JPA

Assalamualaikum.

Semalam ada program batch. Majlis Munajat Perdana dan jamuan kelas. Pagi kat rumah AJKT PERUBATAN merangkap classmate kitorang la. Perasmian, tayangan video, solat sunat dhuha, solat hajat, makan2, lucky draw, awards, tazkirah, photoshoot! Weewee~ Gelak sakan bahagia ukhuwah sampai ke syurga insyaAllah.

terima kasih kerana menceriakan hidup di bumi mesir :D

Semalam jugak keputusan permohonan pinjaman yuran pengajian luar negara JPA. Petang balik dari majlis la baru bleh nak online check keputusan kan.
pemohon: NAJWA MOHD
status: TIDAK BERJAYA
Allah. Automatik air mata mengalir laju. Mengenangkan Papa susah2 turun KL sendiri sebab nak hantar dokumen sokongan untuk permohonan tu. Even Papa cakap sambil2 nak jumpa kawan dia kat Putrajaya. Tapi diri sendiri tahu yang Papa cipta alasan tu. :'(

Ya Allah bantu aku jadi anak solehah yang mampu membahagiakan kedua ibu bapaku.

Pagi gelak2 suka hati.
Petang nangis2 bengkak mata.
Allah tengah uji Najwa. Tapi Dia tak uji hambaNya lebih dari kemampuannya kan.
Stay strong girl. Kata nak jadi orang haybat kan? :')

Saturday, March 24, 2012

life goes on its tract

Assalamualaikum.

Hari-hari yang dilalui semakin memenatkan. Lumrah hidup student i would say. Especially student medic. More specifically, student kuliah tibb banat Azhar. LectureS and practicalS 8am until 4pm 6days per week! Weekend only on Friday. Dan Jumaat tu kalau ada yang ajak lepak memang nak kena fikir 4-5 kali *sebab hari tu je bleh duk umah bermesra ngan katil bantal and teddy! Euww~* Test hampir setiap hari. Pressure ngan dukturah2 yang slalu nak jump to conclusion yang kitorang tak study, bilamana tak dapat jawab soalan yang ditanya. Ya mengaku, need to work hard for those. Rabbuna yushillna.

Final exam 2nd year dah makin hampir. Kurang dari 40hari lagi. Checklist tak buat lagi. Syllbus dah buat acara lari berganti2. Histo done. Kelas ngan lab sekarang untuk revision je. Just imagine hari ni je kitorang blaja anat 6jam! Nak muntah rasa. Kalau sabtu tu, histo 5jam. Lebih kureng la tahap ke'mual'an nye tu.

Jadual final. InsyaAllah dah finalize. Sebab awal2 dulu we're supposed to habis exam on 21st June. Tapi sebab gap tak brape best, kitorang mintak exchange sikit. Last2 jadi la last paper on 24th June. Tambah seksa jiwa batin 3hari la kan. Takpe2. Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Iye dak?

2nd YEAR's FINAL EXAM
PHYSIO
10/5-written
13/5-oral+prac
HISTO
17/5-written
20/5-oral+prac
BIOCHEM
27/5-written
29/5-oral+prac
ANAT
4/6-written
5/6-oral+prac
QURAN-11/6
TAFSIR-14/6
PSYCHO-19/6
ADAB+BALAGHAH-24/6


Pasal summer break*semangat je kalau nak cuti.exam nye dah ready?* dah tanya Papa. Papa kata kalau nak balik Malaysia mintak sponsor KakYo, KakIm and ABgLong. Erkk..nak orang balik ke tak ni? SObbss~ Padahal sebab yuran kau tahun ni Papa dah tolong cover la meks! Ok fine..thanx a lot Papa! I owe you a BIG times! :D Nanti nak buat announcement kat kekanda2 ku semua.

Hal permohonan pinjaman MARA tak selesai lagi. Nak kena scan mana yang tak cukup lagi, email kat Papa untuk hantar ngan dokumen sokongan lain. Tapi mintak2 la dapat JPA. Aminn ya Rabb.

Hari tu pegi check mata kat hospital. Sebab rasa macam ada masalah penglihatan je. Kalau duduk bench belakang dalam lecture, nampak blurr2 je slide dukturah. Since kitorang blaja tajuk special sense dalam physio. Pernah la buat test sendiri. Tutup mata sebelah, tengok kat depan. Rasa yang mata belah kanan kurang clear compare to the left side. Tapi tak sempat2 nak gi check. Kalau dah jadual padat kalah PM cemana? Huhu. Hari tu pun pegi hospital tumpang sekaki McLeya housemate Aya yang hilang speck, nak check mata jugak. So, ini hasilnya.


Hakikatnya aku sendiri tak berapa nak paham maksud nombor2 ni semua. Dah bagitau Papa. Papa cakap kena pegi buat spek la. Karang bertambah pulak power tu. Tapi boleh tak kalau nak postpone buat kat Malaysia? Tak sempat nak pegi. Lagipun lecture nak habis dah insyaAllah by mid of April. Sekarang dalam kelas kalau datang lewat, duduk bench belakang memang tak nampak la. Baru ku tahu rasa jadi orang rabun. Tapi serius tak nak pakai spek! Ada kawan suggest pakai contact lens. Lagii la seram duk tengok orang cucuk2 mata nak pakai, nak bukak benda alah tu. Allah. Najwa, banyak nye alasan. =.=


Wednesday, February 15, 2012

wordless wednesday#12

Assalamualaikum.

one fine day insyaAllah :)

Sunday, January 8, 2012

penangan exam

Assalamualaikum.

Ok sekarang musim exam. Tak kira kat Mesir ke, kat Malaysia ke. Rata2 akan, tengah or mungkin baru habis exam kan. Saya pun bakal exam jugak. Lusa dah! Ye la, dulu semester kat Malaysia macam lain sket kan. Tapi sejak kemasukan semester lepas, yang start September tu.. Dah jadi selaras dengan luar Malaysia jugak kan. Mostly la. Tapi ada jugak yang lain. Sebab ada negara2 lain yang bermusim lain. Heh ayat keling. Whatever.

Kat sini nak cakap, pasal effect exam kepada kehidupan student. Wahahaa..macam dah boleh jadi soalan untuk subjek psychology jek. Malangnye psycho takde untuk midyear exam kami. Final nanti ada la. Back to the topic.

Mengikut pemerhatian, ramai sangat yang berubah tingkah laku kalau musim exam. Yang selalu bising hu ha hu ha loudspeaker bangunan dah jadi pendiam sket. Yang dulu muka manis menggula sekarang asyik nak masam mencuka masin menggaram jek. Yang dulu rajin masuk dapur tolong masak sekarang masuk jenguk cari benda nak melahap je.

Aku pun kadang2 lebih kureng jugak. Emosi terganggu jiwa kacau jugak. Sebab stress macam banyak je benda tak habis study kan. Well, kita hidup ni takkan pernah habis belajar. Kan?? Cepat angguk. Tapi pandai2 la nak hidup kan. Kau bukan hidup sorang atas muka bumi ni. Kau duduk satu rumah ramai2. Kau ingat kau je yang nak exam? Orang lain tak exam ke? Kau ingat orang nak kena jaga hati jaga perasaan emosi terganggu kau tu je. Hello! Orang lain pun exam jugak ok. Orang lain pun ada hati ada perasaan jugak. Jangan nak emo lebih2 boleh tak.

Memang...
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri - 13:11


Tapi...
Apabila engkau telah membulatkan tekad (berusaha) maka bertawakallah kepada Allah - 2:159


Ye..memang kita semua nak najah, nak cemerlang dalam exam. Tapi kita belajar untuk ilmu, bukan untuk pass exam semata. Allah tak tengok natijah, tapi Allah tengok usaha kita. InsyaAllah kalau betul kita dah berusaha bersungguh2 Allah akan bantu.

Ok, aku menulis ntah macam hape dah ni. Biasa la, jiwa kacau. Maafkan salah silap terkasar bahasa tersound lebih2.. Segala yang baik itu datang dari Allah. Doakan semua berjaya. Dunia akhirat insyaAllah. Dah, puas hati. Jom sambung study..

Hi biochemistry, we meet again this morning~

Friday, December 16, 2011

mid year examination of 2nd year AFMG

Assalamualaikum.

Jadual midyear exam dah dapat. Ok la, susunan subjek cantek je. Yang tak canteknye tak lama dah nak exam tu. Sedangkan perangai malas tak berubah2 lagi. Sadis.
10Jan2012 ~ Biochemistry ~ 10-12
15Jan2012 ~ Anatomy ~ 10-12
18Jan2012 ~ Histology ~ 10-12
23Jan2012 ~ Physiology ~ 10-12


Dah lepas habis exam, yeahh..winter break! Harap winter break kali ni better than last year. InsyaAllah. And semoga exam tahun ni bleh buat yang lebih baik jugak dari tahun lepas.
Winter break 27Jan2012 - 11Feb2012
All da best geng2 afmg.. Bittaufiq wannajah~

Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday#9

Assalamualaikum.

future muslimah doctors, biiznillah :)

Friday, December 9, 2011

no pain no gain

Assalamualaikum.

Lagi nak cerita pasal kehidupan di bumi Mesir. As a student, tak yah cakap test bersusun tiap2 minggu. Tapi time weekend memang liat la nak pegang buku. Sebab katil & saratoga lebih setia menunggu. Tak pun laptop & broadband melambai2 memanggil. Typical things. Konon setiap kali minggu baru bermula nak ubah sikap nak mula bertindak tapi bila sampai hujung minggu, sejarah mungkin memang berulang. Entah la mana yang tak kena. Kata Ana, tak jumpa booster lagi nak kuat study. Tak tahu bila & bagaimana rupa bentuk booster tu yang boleh ubah diri.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ya Allah..
Program2 wisma, mana yang sempat ikut memang boleh join je. Mana yang tak sempat harap maaf la. Bukan nak menyombong taknak bersosial ngan orang2 wisma, tapi ada komitmen lain yang lebih perlukan perhatian.
Tapi memang banyak jugak benda yang berubah sejak duduk sini kalau nak compare ngan 1st year punye cerita. Subuh berjemaah setiap hari. Itu salah satu perkara yang pegawai kebajikan rumah kelantan wajibkan untuk semua penghuni wisma. Sejak zulkaedah lalu kalau tak silap. Dan ustaz pegawai memang sangat titik beratkan pasal solat jemaah ni. Setiap minggu kena hantar laporan kehadiran subuh ke meja ustaz pegawai. Kalau semua ahli beit turun subuh berjemaah dapatlah list name kertas putih. Kalau ada ahli beit yang tak turun subuh berjemaah 3kali berturut2 kena tukar ke list name warna kuning, means berjaga2. Kalau next week tu takde perubahan jugak, akan naik ke kertas warna oren. Dan ustaz pegawai pernah inform yang beliau akan contact parents kat Malaysia untuk maklumkan hal tu. Sebab...
Sesuatu yang menjadi "kecemasan" bagi seorang ibu dan ayah bukanlah semata-mata disebabkan anak itu sakit ataupun gagal dalam peperiksaan, "kecemasan" yang sebenar adalah apabila anaknya GAGAL SOLAT SUBUH secara berjemaah. - Ustaz Pegawai
Next, lepas ni mula kempen berbahasa arab kat wisma. Setiap hari isnin bermula subuh sehingga maghrib.
Kitorang kat kuliah pulak kena berspeaking omputeh sebab hari isnin sudah diisytiharkan sebagai professional day Perubatan. Hari isnin kena pakai pakaian formal, baju kurung + tudung kemas cantik tutup aurat, kasut bertutup, no malay conversation, ada public speaking. Wahh.. Memang senyap sunyi la hari tu..lepas maghrib baru bleh nak hu ha hu ha kecek klate..hahahaa

Friday, December 2, 2011

stress

Assalamualaikum.

Hujung minggu yang stress. Minggu depan ada 3 testS.. Ahad anatomy-written thorax, selasa biochem-protein metabolism, rabu histo-skin & digestive system. Malam ni baru sempat nak belek thorax ni.

Datang mesir tak pernah pun niat nak join persatuan or what so ever. Sebab tau diri sendiri tak reti nak handle, nak manage time, plus low self-confident. Erkk? Maybe sebab i'm not born genius nor creative. Selalunye orang2 yang kuat persatuan ni reti bercakap la kan, reti keluarkan pendapat2 yang lain dari yang lain, yang eksklusif. Woww.. And i'm not that type. Saya tak reti nak hu ha hu ha dengan orang yang baru kenal. Sebab tu kena cop sombong kan kalau orang tak kenal. Sabar je la. Sejak azali memang macam tu kot. Tapi sejak masuk wisma tetiba semua orang kena jadi ajk untuk gerakkan wisma tu sendiri. Lagipun awal2 dulu 1st batch yang masuk wisma ni berape kerat je. So, secara paksa rela je jadi ajk. Tapi lama2 boleh terima la. Ni amanah kot. Ye la, dah kita tinggal kat situ, kena la jaga tempat tu kan. Menyumbang tak banyak sikit pun jadi la kan.

Semalam meeting unit kebersihan & keceriaan wisma (UKK). Tapi saya lebih kepada bahagian keceriaan la. So tiap2 bulan kena ready hadiah untuk rumah terbersih dalam wisma ni. Dengan title 'syaqah terbaik'. Markah diambil kira dari segi kebersihan, kekemasan & keceriaan rumah itu sendiri. Ohh, meeting yang patutnya start pukul 8malam dah menginjak ke 9malam. Sebab tunggu wakil dari AJKT. Ada la masalahnya tu kot yang menyebabkan beliau lambat. Kadang2 bengang dengan ketua unit yang suka bagi kerja last minute. Pasal hadiah tu, we're suppose to get ready a present for Zulhijjah. Tapi ni kan dah seminggu masuk Muharram. Ketua unit bagitau suruh sediakan hadiah hari rabu malam, 11.30malam kot call inform. Nak bagi hadiah tu dalam majlis sabtu malam. Hari jumaat kedai banyak tutp. Hari khamis memang kelas dari pagi sampai ke petang. Nak tengok draf masa meeting. Ambik cincai2 je la dulu buat. Tanya ketua unit sendiri apa yag dia nak mintak ubah dari hadiah yang dah saya sediakan untuk Zulkaedah lepas. Sebab dia pernah komen kurang kreatif! =_______= Nasib baik kedai gambar tu bukak je lepas solat jumaat. Dah selesai print-out. Dah beli frame. Dah ada riben. Tapi tak reti nak ikat macam mana. Sadis sungguh la najwa.

Memang program UKK kurang berjalan sepanjang Zulhijjah. Sebab? Ntah. Semua orang sibuk kot. Gotong-royong yang sepatutnya ada setiap hari sabtu ntah dah berapa minggu tak bergerak. InsyaAllah esok bergerak balik la. Nanti dah dekat januari lagi la tak bergerak kot. Sebab midyear exam makin hampir. Kelas2 tafaqquh pun akan stop sementara untuk bagi laluan kepada student supaya study ye. Midyear maybe early of January 2012.. Homaii..banyak kot nak kena cover. InsyaAllah najwa. Yang penting usaha. Tajdid niat. Nanti Allah bantu. =)

dari lubuk hati
2241, 2/12/2011
ardul kinanah

Wednesday, November 23, 2011

no hard feelings

Assalamualaikum.

Semalam kantoi sebakul ngan budak2*classmates yg muda setaun*. Alkisah dalam lab physio bila waktu practical berbaki lagi 10minit. Tunggu masa dukturah nak lepas je. Diorang duk godek2 phone then jumpa something kat media folder. Ingatkan dah sorokkan benda tu. Rupanye ter-appear jugak depan budak2 tu. Selalunye kalau orang nak tengok pic dalam fon memang akan tunjuk yang dalam file manager je. Tapi diorang dah pandai godek sendiri dulu. Maka kantoi la hidden files itu kan. Nasib baik pandai cover line kan. Nasib baik yang btol2 P&C tak keluar jugak. Nasib jugak kantoi dengan budak2 yang rapat yang memang boleh nak bawak bercakap bersembang segala macam hal dari hal serius hatta hal gurau senda manja even soal hati & perasaan. Budak2 yang suka sangat merengek panggil Kak Wawaaaa~. Budak2 yang boleh je nak buli nak sakat tanpa hard feelings. Budak2 yang boleh nak kirim beli coklat bila stok habis. Budak2 yang bleh nak mintak tolong chupp tempat dalam lecture hall. Budak2 yang boleh teman buat jenayah. Budak2 yang kalau berfotogedik sama2 tak hingat dunia. Budak2 yang saling mengingatkan antara kami. Budak2 yang sama2 bagi semangat bila down. Budak2 yang sama2 happy for good moments. It takes us 1 year to be as today. May this ukhuwah bring us to Jannah insyaAllah. =)

Sebenarnye nak crite pasal benda yang kantoi tu. Bleh pulak tersasul sampai ke Tahrir Square ye. Eh? Sampai kelaut je.

"Oww..kak wa tak cite pun..."
"Patut la kak wa senyap je. Takde hu ha hu ha kalau orang lain cite hal ******"
"Bila ni kak wa..tak lama dah tu.."
"Macam pemain bola sepak la kak wa!" *efek malaysia menang bola*
"Kat mesir jugak ke kak wa..umur brape?"
"Nanti nak usha la kat facebook"



"Perlu ke cerita?"
"Buat ape nak kecoh2..senyap2 sudah.."
"Bila tiba masanya.."
"Kristiano Ronaldo kot.." *K for Kristiano tu bukan salah eja,sengaja. Malaysia punye version ;)*
"Sibuk je..korang bukan kenal pun" =P
"Cari la kalau jumpe"


Hal2 macam ni tak perlu nak kecoh satu dunia. Tak perlu nak berbangga sangat. Sebab kita manusia hanya merancang. Allah jugak yang menentukan. Kalau Allah izinkan, maka ada la nanti. Kalau takde izin Allah, siapa kita untuk membantah? Kita hanya mampu berdoa agar segala perancangan mampu berjalan lancar. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik mengatasi segalanya. Wallahu'alam.

Sunday, September 25, 2011

berazam

Assalamualaikum.

Cuti panjang berbaki lagi 2 minggu sebelum nak jejak balik tanah mesir tinggalkan bumi mesia. Sedar tak sedar dah setahun berlalu sejak mula-mula sampai kat bumi anbiya' tu. InsyaAllah balik nanti akan mula tahun 2. Harap dapat tingkatkan prestasi untuk tahun 2 nanti. Tahun-tahun seterusnye pun biar lah meningkat sama. Nak blaja sungguh-sungguh. Result 1st year tak mampu nak buat diri sendiri bangga. Yeah, sebab tau memang banyak main. Kalau tak main pun fikiran memang tak fokus la untuk study. Tak tau kenapa. Ya Allah, kena ubah sikap ni. Banyak benda nak 'settle' kat sana nanti. Doakan ye.

Sunday, August 21, 2011

mungkin ini yang terbaek


Assalamualaikum.


Redha. Mungkin ini yang terbaek. Tuhan nak suruh usaha lagi la tu. Ada lagi yang kurang la kot. Lepas ni kena tambah usaha & lebih istiqamah. Menitis air mata. Cemburu dengan kawan2 yang dapat result gempak. Tapi alhamdulillah masih bersyukur dengan rezeki ni.

“Ya Allah, terimalah taubatku, hilangkanlah kekhuatiranku, kabulkanlah doaku, kukuhkanlah pendirianku, pertajamlah pembicaraanku, berikanlah petunjuk pada hatiku, dan hilangkanlah perasaan dengki dalam dadaku."

Sunday, August 7, 2011

result oh result

Assalamualaikum.

Tiap kali online mesti ada je notification kat group batch pasal result. Sume orang berdebar2 menanti result first year. Ntah bila nak keluar yang konon nye very soon Dr Omaima cakap last week. Penat doe.. Tengok2 dak Tanta yang dapat result dulu hari ni. Tahniah Yana. Doakan kitorang kat Azhar jugak tau. Cuakss. Sangat. Nak kejar JPA macam dah tak sempat je. Kena hantar sume dokumen by 8 August. Esok dah. Tapi result nye tak keluar lagi. Takde rezeki lagi. Try nanti fasa seterusnye.
Jangan risau. Rezeki sume Allah dah tetapkan. Berdoa selagi ada masa.
Moga ditetapkan yang terbaek buat kami semua.
Khabarkan kami dengan berita gembira ya Allah.
Amin ya Rabb.

Wednesday, July 13, 2011

Final Exam: Bahasa Arab


Assalamualaikum.

Finally..freedom~ Hoho..
Tadi last paper. Bahasa arab. Memang kuar sejibik yang ustazah bagi la. Cuma ubah sket2 je. Ayat laen kan. Sume jawab dalam setengah jam je lebih kurang. Start kul10, pengawas pun kuar arahan bleh hantar & keluar kalau dah siap pukul 11 tu. Ape lagi..terus bangun secara berjemaah hantar kertas jawapan, ambik barang keluar & hoorey final exam is over.

And..hye summer holidays~

Sunday, July 10, 2011

Final Exam: Al-QUran

Assalamualaikum.

Well well well. Another paper done. Got quran today. Both tahriri*written* & syafawi*oral*. Alhamdulillah dah selesai. tahriri kureng sket la. Serius nak nangis sebab macam takleh jawab. Ingat brape ayat je untuk setiap surah tu, Dapat surah An-Naba', Al-Infithaar, Al-A'laa, Al-Fajr & Asy-Syams. Al-Infithaar, Al-A'laa & Asy-Syams kena tulis the whole surah. Gulpp~
Dah nak wat camne kalau tak ingat kan. Nak maen hentam je karang wat ajaran sesat je, tambah dosa ada. Huhu. Ya Allah, tetapkanlah yang terbaek untuk kami. Tapi kalau boleh nak excellent la kan. Tak mau la carry2 subjek ke ape nanti. Hmm.
Then syafawi. Alhamdulillah. Dapat ustazah sporting. Tanya simple2 je. Takyah nak baca whole surah yang panjang tu. Paling best soalan last dapat Al-Kauthar. 3 ayat je kot. Alhamdulillah, Jom study bahasa arab pulak. Tak sabar den nak balik mesia!

Monday, July 4, 2011

Final Exam: Histology

Assalamualaikum.

Dengan berakhirnya sesi oral test Histo tadi, maka dengan rasminya berakhir la paper Histology yang merupakan last subject untuk subjek medik first year. Rileks2. Bukan dah total freedom..belom..sabaq naa.. Ada lagi 2 paper; Al-Quran & Bahasa Arab. Tapi serius rasa lega sangat2 sebab dah selesai those subject. Btw, for your information, kitorang kat sini pakai sistem tahunan. Bukan macam kat malaysia ikut semester tu. So, kitorang punye final included all syllbus from the start of the year. So, memang agak sakit la kan nak habiskan sume buku tu untuk final. Soalan brape je yang keluar. Fuhh~
Written semalam. Soalan boleh tahan la. Ada yang bleh jawab, ada yang tak complete sangat. Ada lukisan lupa label. Adeh. Tang glomus tu memang blurr tak tau ape la. Bleh pulak bantai lukis & explain pasal transitional epithelium in urinary bladder. Padahl tu dalam arterio-venous anastomosis. Ahakss. 2 markah hilang disitu. Yang laen overall insyaAllah la boleh.
Tadi pulak practical & oral. Before spotting drawing dulu. Yeay, spot hyaline cartilage menjadi! Caya lah~ Untuk drawing tu kena lukis aorta jugak. Tapi part tunica intima macam salah je. T_T Lepas tu masuk lab untuk spotting. 8 slide microscope & 2 EM diagram. Lepas tu lama gila nak tunggu turn untuk oral. Sampai bosan nak muntah dah. Dah la lapar. =,= Tapi paling best oral dapat dukturah sporting! Terbaek arr~ Tanya memang yang basic je. Tak mintak jawapan banyak pulak tu. Macam membranous organelles, suruh state 3 je. Non-branched connective tissue cells, suruh state 2 je. Lining epithelium of trachea & aorta, bone cells. Alhamdulillah jawab dengan baek insyaAllah.
Lepas tu balik Zohor then heret Aya & Beyja kuar cari makan. Fast food yang duk mengidam dari minggu lepas ler. jalan2 cuci mata kat Genena Mall jugak. Kejap je lepas tu terus balik rumah sebab penat!

Ape2 pun alhamdulillah dah selesai. Nak fokus hafal untuk Quran & refresh balik Arab je nanti. InsyaAllah sume ok je kan. Tak sabar nak balik Malaysia nih. Orang2 kat tanah air pun mula dah tanya bila nak balik. Tunggu ye. Tak lama lagi I balik laa~

Tuesday, June 28, 2011

Final Exam: Anatomy

ghupe meja study before paper anat..pheww~

Alhamdulillah, satu lagi subjek hardcore dah selesai tadi. Dalam kitorang punye syllbus, Anat & Physio la yang bawak markah besar compare ngan Biochem & Histo. Sebab ape hardcore.. Sebab sume fakta. Takde nak melencong2 wat teori sendiri ke ape. Kalau physio tu setiap branch macam ada relationship la. Tapi kalau anat blaja pasal structure badan. Memang la fakta kan. Kalau tu nerve yang supply bahagian atas badan*upperlimb* mana bleh nak kelentong dia supply bahagian bawah*lowerlimb* pulak kan. Yang hardcore nye sebab nak kena tau kena kenal kena hafal setiap nama. Untuk bones kena tau cemana nak kenal tu bone untuk right or left part, kena tau setiap bahagian tulang tu, kena tau muscle yang attach kat tulang tu. Haa..dah gaya nak wat kelas anatomy pulak dah. Lagi, kena tau setiap lapis muscle ape dia punye nama, attach kat mana, disupply oleh nerve mana, muscle tu buat action ape. Hmm. That's what medic students learn. Then kena tau nerve artery vein bagai lagi. Belum masuk part abdomen. Kalau abdomen memang kena tau sume organ dalam perut tu la kan. Bukan stakat organ dia punye lining, jiran2*relations* for each pun kena tau. Pheww. Kalau nak cerita memang lambat lagi nak abis kan.

Written dah hari ahad. Soalan kira ok je. Tapi sebab diri sendiri yang tak brape nak hafal duk umah maen+tido je keje, maka nye jawab macam tak confident sangat la pun. Bab clinical cases je yang agak confident. Sebab baru je baca malam tu before tertido. Alhamdulillah. Bonda kata rezeki kita Allah dah tetapkan. Kita kena usaha je. Yang laen serah kat Dia. Kalau ada rezeki insyaAllah. Kalau takde sekarang, mungkin Allah dah plan something better kan?

So tadi practical & oral. Practical agak ok. Cuma ada 1 checkpoint yang tak sure sangat. Lagipun display cadaver yang tak brape ok. Agak2 jawapan betol ke tak? InsyaAllah btol.
Practical best! Dapat dukturah baek! Tak tau tu dukturah azhar or duktur luar. Tapi tanya 3soalan je. For each upperlimb, lowerlimb & abdomen la. Tanya pasal abduction of arm by degrees tu, 3 parts. Pasal portal vein, union of what vein form portal vein; splenic vein + superior mesenteric vein. Last skali lateral compartment of leg; peroneus longus + peroneus tertius. Kejap je kot. Yang lama sebab Dr. Rim datang bersembang. Hee.

Study untuk next subject pulak; Histo!

Monday, June 20, 2011

Final Exam: Biochemistry


Alhamdulillah tadi dah selesai satu lagi subjek, Biochemistry. Biochem takde la se’hardcore’ physio. Lagipun tak sumbang markah sebanyak physio jugak. Tapi mesti la aim nak bagi score sume subjek kan. Written biochem hari ahad, agak hampeh la. Adehh. Ada 2 soalan maen tinggal je tak berjawab sebab memang tak reti nak jawab. Nasib baek markah takde la besar sangat. Tapi still terkilan. Retinoblastoma cell tu, jeling je. Awat hang tak tengok baca Najwa oii. Aiyakk. Soalan laen even tak confident sangat pun at least ada point yang bleh nak elaborate kan. Huhu.

hambekk kau nak kena khatam sume ni dalam 4hari

Then practical & oral day. Sebab lab takleh sumbat sume skaligus untuk practical, half of us wat oral dulu. Ikut no giliran la kan. 1st examiner agak strict la. Dah la tanya soalan sket punye detail. Nak suh terangkan night blindness punye mechanism tu? Aiyyo. Memang ai bleh sebut rhodopsin je la kan. Then Dr tolong sambung. Hee. Pasal vitamin E pun mampu sebut anti-oxidant je. Dengan 1st examniner ni pairing. Pair ngan Mila. Mila macam tak puas ati kot. Don’t worry dear. insyaAllah sume ok ye. 2nd examiner the best! Mula2 duktur yang uruskan panggil nama kitorang untuk oral tu dah bagitau. Don’t worry. You get Dr. Hana. She’s ok. Nice. Memang nice wey! Aku suka sangat. Even mula2 masuk bilik tu cuak jugak la. Muka Dr garang je. Then dia senyum; welcome. Thank you. So, najwa. Bla..bla..bla. so smooth. Confident dah jawab sume soalan dia dengan jayanye. Pasal tumor marker, oncogenes, tumor suppressor gene, night blindness, vitamin E sume. Last2 Dr kata, ok what is nucleosome? The last question. Jawab. Then; you can go. Very good! Thank you! Welcome. I love you la dukturah! =)

Then tunggu masuk lab untuk practical. Sorang dapat 2 unknowns. Wat la test sume2 start ngan Biuret Test bagai. Nasib baek dapat unknown senang. Starch & albumin. Test pendek je. Tapi report mak aihh panjang nak nulis nye. Hoho. Takpe2. Janji dah sure jawapan tu betol. Sebab sempat je korek2 jawapan ngan dukturah cantik pakai niqob tuh. Dia kata betol. Even awal2 wat muka garang la konon marah sebab tanya jawapan kat dia. Thanx dukturah!


p/s: HEPY 58th BIRTHDAY PAPA! thanx for your hard work~ i heart you!!