Friday, December 9, 2011

no pain no gain

Assalamualaikum.

Lagi nak cerita pasal kehidupan di bumi Mesir. As a student, tak yah cakap test bersusun tiap2 minggu. Tapi time weekend memang liat la nak pegang buku. Sebab katil & saratoga lebih setia menunggu. Tak pun laptop & broadband melambai2 memanggil. Typical things. Konon setiap kali minggu baru bermula nak ubah sikap nak mula bertindak tapi bila sampai hujung minggu, sejarah mungkin memang berulang. Entah la mana yang tak kena. Kata Ana, tak jumpa booster lagi nak kuat study. Tak tahu bila & bagaimana rupa bentuk booster tu yang boleh ubah diri.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ya Allah..
Program2 wisma, mana yang sempat ikut memang boleh join je. Mana yang tak sempat harap maaf la. Bukan nak menyombong taknak bersosial ngan orang2 wisma, tapi ada komitmen lain yang lebih perlukan perhatian.
Tapi memang banyak jugak benda yang berubah sejak duduk sini kalau nak compare ngan 1st year punye cerita. Subuh berjemaah setiap hari. Itu salah satu perkara yang pegawai kebajikan rumah kelantan wajibkan untuk semua penghuni wisma. Sejak zulkaedah lalu kalau tak silap. Dan ustaz pegawai memang sangat titik beratkan pasal solat jemaah ni. Setiap minggu kena hantar laporan kehadiran subuh ke meja ustaz pegawai. Kalau semua ahli beit turun subuh berjemaah dapatlah list name kertas putih. Kalau ada ahli beit yang tak turun subuh berjemaah 3kali berturut2 kena tukar ke list name warna kuning, means berjaga2. Kalau next week tu takde perubahan jugak, akan naik ke kertas warna oren. Dan ustaz pegawai pernah inform yang beliau akan contact parents kat Malaysia untuk maklumkan hal tu. Sebab...
Sesuatu yang menjadi "kecemasan" bagi seorang ibu dan ayah bukanlah semata-mata disebabkan anak itu sakit ataupun gagal dalam peperiksaan, "kecemasan" yang sebenar adalah apabila anaknya GAGAL SOLAT SUBUH secara berjemaah. - Ustaz Pegawai
Next, lepas ni mula kempen berbahasa arab kat wisma. Setiap hari isnin bermula subuh sehingga maghrib.
Kitorang kat kuliah pulak kena berspeaking omputeh sebab hari isnin sudah diisytiharkan sebagai professional day Perubatan. Hari isnin kena pakai pakaian formal, baju kurung + tudung kemas cantik tutup aurat, kasut bertutup, no malay conversation, ada public speaking. Wahh.. Memang senyap sunyi la hari tu..lepas maghrib baru bleh nak hu ha hu ha kecek klate..hahahaa

2 comments:

CP said...

woho! hensem lah pakai baju doktur.

najwa mohd said...

kami memg hensem kacak bergaya..haha