Showing posts with label best experiences. Show all posts
Showing posts with label best experiences. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

after exam syndrome - part I

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 42days period of second year final examination ended successfully exactly at 12 noon*tapi mostly keluar awal..paper adab balaghah* on 1st July 2012. It have been a tough period for all of us, i would say. 
Hope that it will be our first and last 2nd year examination. Wish all the best for every single of us. May Allah meet us up in 3rd year this upcoming September insyaAllah, biiznillah..

 Even matahari tegak atas kepala, semorang gigih duduk tunggu nak ambik gamba batch!
Pic credit to juju-the-photographer

Right after exam

Solat Zohor lepas tu ambik tremco pegi stesen metro (baca=subway) Damerdesh, naik metro ke El-Maadi. Ada la kurang lebih setengah jam dalam metro. Tak tahu la ada ekon ke tak. Sebab panas je.. Pegi 7orang, masing2 first time pegi sana. Blurr jugak la. Hanya call senior tanya arah. Lepas tu jumpa orang arab tanya. Sebab tanya orang arab tu la jadi salah jalan. And kitorang dah ulang alik jalan depan stesen metro tu tak tahu berapa kali habaq hangg. Tetengah panas lepas zohor ok. Lu pikir la sendiri. Nak jalan sangat kan..memang jalan la..HAHA. Dah sepanjang sesat jalan tu tak tahu berapa kali berhenti beli mineral water. Satu kelebihan kat Mesir ni, banyaaaakk kedai runcit tetepi jalan. Keluar dari satu kedai runcit, jalan 5langkah jumpa lagi kedai runcit. Gitu la lebih kurang nye. Akhirnya selepas beberapa kali ulang alik dan membebel sesama sendiri, jumpa jugak tempat yang di cari. Alhamdulillah. Sebenarnye diorang nak cari kedai cupcakes tu. Serius kedai cupcakes tu comel. Harga cupcakes pun comel. Sampai aku mampu melihat hanya sekadar di pinggiran. Nasib baik yang sebelah Nola Cupcakes tu laaaaaaaagi comel osem! Nah~~

 Bookstore ni osem sebab besar, ada aircond, lawa, banyak buku, murah pulak tu *kalau compare ngan Virgin kat CityStar la* eksaited masuk bookstore ni. Harus pegi lagi lain kali ye :D

Aya ambik P/S: I Love You dengan harga 50 Egypt Pound! Kalau convert ke Ringgit Malaysia dalam RM25 camtu je. Mana nak dapat kat Malaysia wey. Kau hado??

Dah lepas eksaited di Alef Bookstore, eksaited di Nola Cupcakes pulak*lupa ambik gamba* Lepas tu masing2 dah kelaparan. Masuk key eff see isi perut sebelum balik ke Hayyu Sabi'.

Hasil pembiasan cahaya dari sinar matahari dari celah cermin kedai key eff see versus botol air mineral atas meja..
jadi lah pelangi atas beg ku.

Saturday, April 28, 2012

21 & i'm blessed

Assalamualaikum.

Sabtu lepas genap umur 21. Alhamdulillah masih diberi nafas, ruang dan peluang untuk hidup di muka bumi. Semoga nikmat iman dan islam ini tidak hilang bahkan terus bertambah lagi.
Makin bertambah angka ni tak terasa eksaited sangat nak celebrate ke ape. Tak rasa apa pun bila orang tak wish. Tapi bukan nak kata tak hargai orang2 yang ucap selamat, doakan semua2 tu. I do appreciate. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan korang yang doakan saya, ucap selamat kat saya, bagi hadiah kat saya, buat surprise kat saya! Hulamakk. TERsurprise tak? Boleh la kan. Thanx housemates. Susah2 je. Sampai kena tumpang dapur rumah orang sebab taknak besday girl tahu.

 
 kek diorang bake sendiri..tumpang dapur rumah bawah yg tak tahannye :D

 kali kedua birthday di egypt. kali kedua jugak celebrate kat hadiqah. tapi ni hadiqah dauli =)

 mereka family saya kat sini =))

Paling terharu sorang clasmate ni, pangkat adik la. Before start study week haritu saja je gurau2 request nak kek coklat moist dia tu. Tapi demand nak suruh dia hantar ke rumah. And guess what? Dia betol2 buat kek tu & betol2 hantar ke rumah! Ya Allah terharu sangat ada kawan camni.
Semoga ukhuwah fillah kita sampai ke syurga awak :')

Tahun ni paling banyak dapat hadiah berunsur coklat. 
2 kek coklat, 1 kek batik, 3bar galaxy, 1paket coated chocolate, chupachups
Tahun ni jugak paling ramai yang ucap 'semoga cepat kawin'
Hailaa..calon takde. Cemane nak cepat? Ngee. Doakan dapat jodoh yang baik2 ye =)

Friday, March 30, 2012

RISE - part 3

Assalamualaikum.

Cerita lama yang dah basi. Tapi tak kisah la. Nak post jugak. Baru complete story of our journey. Ye dak? Iyeee...

Tapi macam malas nak menaip. Layan gambar je boleh? Pun boleyy~ :D

















 

What an experienced i ever had. Tapi sumpah cukup la sekali seumur hidup je pengalaman daki puncak Sinai tu. Sampai ketar-ketar lutut, frostbite jari kaki tangan semua. Fuhh~ Tapi best. Daki before subuh. Turun lepas matahari naik. On da way turun tu, wahhh...tak sangka aku berjaya daki puncak Sinai tu. One of yang paling awal sampai pulak tu, dengan laluan berliku lagi. Masa daki tak nampak, takpe la. Kalau nampak la jalan2 yang aku lalui tu sikit punya curam, bahaya. Sah-sah dah tak berani nak naik sampai ke puncak. Masa turun pun one of yang paling awal jugak. Sebab desperate nak masuk toilet! :p Tapi alhamdulillah semua geng pengembaraan selamat naik puncak, selamat turun ke kaki bukit. After all, it just awesome i told you! 

RISE - part 2
RISE -part 1

Thursday, February 23, 2012

RISE - part 2

Assalamualaikum.

Dari Kubu Salahuddin al-Ayubi bergerak ke Dahab. Dah lepas isyak baru sampai di tempat penginapan. Lepas check-in bersiap-siap berkumpul untuk berbarbecue dan makan! Then kami geng semangat keluar sendiri konon nak pegi cari seafoods la kan. Padahal dah makan ayam bakar ngan nasi tuh. Dasar perut tempayan masing-masing. Opss.. Tapi bermusyrif tau. Even sepanjang perjalanan tu diganggu Si Putih. Si Putih merujuk kepada seekor anjing warna putih kat kawasan tu. Tak tahu la tu anjing jalanan or ada orang bela. For sure dari awal dia ikut kitorang.Kitorang jalan, dia pun ikut jalan. Kitorang berhenti, dia pun berhenti sama. Kitorang lari, dia pun ikut lari jugak! Memang penat main kejar-kejar ngan Si Putih tu je. Buang masa terkejut, terjerit, tersentap dengan dia je. Musyrif pun tak tahu nak buat ape dah. Tu yang jadi lama tu. Padahal pengarah program dah pesan suruh balik camp before midnight. Tapi 1am jugak la baru kitorang sampai bilik.

pilih, timbang ikan

menu supper kami..
ikan, gambari *udang* & sotong

Dah esok nye tak larat dah nak bangun breakfast. And kitorang tak ikut pun plan rombongan yang nak pegi main segala GlassBoat and Safari tu. Kitorang buat hal sendiri je. Jalan-jalan breakfast tepi pantai. Then window shopping.


Memang Dahab ni tempat orang beli2 souvenirs segala. Ada jugak perkhidmatan bot, nak snorkeling ke, nak dive ke. Ada perkhidmatan sewa basikal kalau nak bersiar-siar ngan basikal. Ada restoran seafoods banyak. Pendek kata, macam-macam ada. Tu yang sayang nak tinggal Dahab tu. Tak puas sebab sekejap sangat kat Dahab.

Pantai Dahab

Kota berjarak 180km dari kota Tursina ini terkenal dengan pantai kuning keemasan. Kaya dengan pelbagai jenis ikan hias berwarna emas sehingga kawasan ini di sebut 'dahab' *ucapan 'ammiyah mesir dari kata dzahab* yang bermaksud emas.




106; Auski Camp


Till we meet again yeah~


"Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"
Al-A'raf 7:179


RISE - part 1

Tuesday, February 7, 2012

RISE - part I

Assalamualaikum.

Selesai je last paper kitorang hari tu, terus isytihar winter break! Victory oh yeahh~
Dah plan nak ikut Yana pegi jaulah ngan Perubatan Cawangan Tanta *PCT* ke Sinai.
Nama program; Remembering Anbiya' during Sinai Expedition 2012, RiSE '12 dengan tema Sinai Dijejaki Sirah Diteladani.

Perancangan awal kami bergerak dari Cairo ke Tanta bertiga. Tapi kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Hanya bersama Beyja. Aya tak dapat ikut sebab sejam sebelum plan nak bertolak tu dapat berita bapa saudara di Malaysia meninggal. Al-fatihah. Berat hati nak teruskan rancangan tanpa Aya. Tapi serba salah jugak sebab dah janji dengan Yana. Yana pun dah bayarkan deposit + yuran program semua. Duit deposit konfem2 dah burnt.

Bertolak dari Tanta pukul 1pagi 29Januari2012. Subuh di Sinai..asap berkepul2 keluar dari mulut. Rasa macam kat korea ohh. Lame. Haha.

Melintasi Terowong Ahmad Hamdi di bawah Terusan Suez

Terusan Suez merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang Timur dan Barat. Menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel.
Ahmad Hamdi Tunnel menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai, penyambung antara benua Afrika dan Asia. Nama terowong 'Ahmad Hamdi' diambil sempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaannya.

Melawat Kubu Peninggalan Israel

Kubu pertahanan yang digunakan oleh tentera Israel semasa menawan selatan Sinai. Dari kubu ini dikatakan tentera Israel menyerang bertubi-tubi ke arah terusan Suez. Kini menjadi muzium bagi para pelancong yang mengunjungi Sinai.

'Uyun Nabi Musa


'Uyun Nabi Ayub

Makan tengahari dan solat di Toba

Sempadan terakhir wilayah Mesir dengan Kota Eilat di wilayah Palestin. Terdapat pemisah bagi empat negara iaitu Mesir, Jordan, Palestin dan Arab Saudi. Juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada Israel.

Melawat Kubu Salahuddin al-Ayubi

Qal'ah Salahuddin al-Ayubi yang dinamakan Jazirah Firaun terletak di sebuah pulau kecil kira-kira 8km dari Toba. Merupakan kubu yang dibina oleh tentera-tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi untuk menghadapi tentera Salib semasa zaman pemerintahannya antara 1174-1193 M. Untuk sampai ke kubu ini perlulah menggunakan perkhidmatan bot tambang yang disediakan. Sebab kitorang lambat sket dari jadual perjalanan, tak sempat nak ke sana. Hanya mampu lihat dari jauh. Tapi serius tempat tu lawa. Bleh ambik gambar background Jordan ohh.. Haha. Lame.



"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?
Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?
Dan gunung-ganang, bagaimana ia ditegakkan?
Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?"
AL-Ghaasiyah 88:17-20

Monday, January 16, 2012

ikhwah baik

Assalamualaikum.

Hari tu saya update status kat fb.

Lepas tu ada sorang hamba Allah tu macam nak kecoh2 bercerita dengan kawan dia. Tapi saya faham. Memang niat dia nak sindir saya.

"Kau kalau ada ikhwah offer seat dalam bas ada kau update status kat fb ke? Takde pun kan."


So what, saya punya status suka hati la nak cerita apa pun. Sebenarnya niat buat status tu sebab serius terharu. Tanda penghargaan sebenarnya. Sebab situasi dalam bas waktu tu, kami2 je yang faham. Semua baru balik dari gawazat dengan perasaan kecewa sebab penantian 7jam sia2. Semua orang pun penat. Semua orang pun nak cepat sampai rumah. Bila ada bas tuju ke Hayyu Sabie' semua serbu masuk bas tu. Memang penuh berhimpit2. Dengan orang arab lagi. Yang tak pernah alami keadaan tu takyah cakap banyak. Come see and be here.

Waktu tu memang saya tak dapat seat. Told ya, bas penuh macam sardin. Berdiri je dari awal naik bas. Lepas tu ada la orang turun. Seat single sebelah kiri kawan2 satu batch baru dapat share duduk jugak. Seat double sebelah kanan ada la ikhwah2 duduk. Tak pasti waktu tu ikhwah Malaysia atau Indon. Lepas tu ada mamat arab nak turun, dia langgar saya sebab nak ke bahagian depan bas. Orang arab kan besar, saya yang kecik ni memang dia tak nampak kot. -.- Lepas tu la ada ikhwah kat seat sebelah kanan tu bangun suruh saya duduk tempat dia. Dia nampak kot saya kena langgar. Suara memang gaya mengarah dah. Dengar suara, konfem ikhwah Malaysia. Bak kata Aya, bossy~

"Duduk sini, tafaddhol.."

Seat tu, double. Memang tempat ikhwah tu dah kosong. Tapi yang sorang lagi tepi tingkap tu? Takkan saya nak duduk sebelah dia? Gulp! Ikhwah tu tepuk bahu kawan dia yang kat tepi tingkap tu. Kawan dia bangun. Ikhwah tu bagi isyarat persilakan saya duduk. Saya tarik je kawan kat tepi untuk duduk dengan saya. Terima kasih awak! Tapi dalam hati je, tak terucap. Muka dia pun saya tak pandang. Serius tak berani pun nak angkat muka tengok ikhwah baik hati offer seat untuk saya tu. Segan. Sangat. Bila saya dah nak sampai ke destinasi, rasanya ikhwah baik and the geng dah bergerak ke bahagian belakang bas. Kalau jumpa lagi pun memang tak kenal. Sekian, tamat cerita.

Then lepas tu Aya punya status menyusul. Macam back up aku je..


Serius kami punya status ni bukan gedik2 nak puji ikhwah2 yang baik itu. Bukan niat nak perkecilkan ikhwah2 yang buat baik. Bukan jugak nak sindir2 ikhwah yang jadi musyrif tu. Kami faham situasi. Kami hargai kesudian anda tolong temankan. Kami berterima kasih anda sanggup berkorban. Peace no war~

Then hari tu JAKSI update status:


Senyum. See....sebab bukan semua ikhwah sudi nak bagi seat diorang kat akhawat.


ikhwah: saudara lelaki
akhawat: saudari perempuan
musyrif: ikhwah yang diamanahkan untuk menemani akhawat keluar terutamanya pada waktu malam
gawazat: pejabat visa di mesir

Saturday, December 31, 2011

RIP 2011

Assalamualaikum.

2011 bakal melabuhkan tirai. Kalau kat Malaysia memang dah lama dah melabuh nye. Tapi sebab penulis bukan berada di Malaysia, kira ikut waktu tempatan la kan. Esok bersamaan 1 Januari 2012 officially start our study week. Tapi weekends pun dah kira study week la kan. Even tak sentuh buku pun lagi Jumaat Sabtu ni. Banyak hal nak kena buat. Pffttt~

Sabtu *hari ni* lepas subuh terus bergerak ke gawazat untuk hal visa. Guess what kitorang sampai sana 6.30am dah dapat giliran ke 53. Ofis pasport tu bukak 8am*tapi pak arab start keje at 9* -.- Tunggu punye tunggu dalam ketar dalam menggigilnye akhirnya lepas zohor tu semua dah selesai urusan taqdim*send application* visa. After 2weeks got to go there again for taslim*cop visa* it. Then balik tido kejap sebab sakit kepala bersejuk lama2 kat luar. Bangun nak solat asar nampak benda ni atas meja.

Housemate merangkap classmate bagi Galaxy Hazelnut. Hilang sakit kepala. Senyum :)

Lepas solat asar masuk dapur memasak. Lapar kot. Turun dari rumah perut kosong. Kat gawazat tumpang makan nasi bekal Aya 2-3 sudu. Lepas maghrib tadi online sebab nak tengok keputusan pilihanraya. TGHR tewas. Takziah & tahniah kepada AJKT2 yang baru. Selamat menjalankan tugas lepas winter break ye.

Jumaat pagi keluar mengundi pilihanraya PERUBATAN. Nasib baek pusat mengundi dekat je. Lepas tu ada bulatan gembira. Yang simple dan terakhir untuk rumah bkan. Nanti kena follow smart circle*SC* under perubatan je. Kak Nabila bagi 1 sampul sorang before masing2 berpisah tu.

Booster nak exam midyear ni kot. Jazakillah ya ukhti :)

Sedih la lepas ni dah takleh berbulatan gembira ngan Kak Nabila. Tapi still bleh jumpa insyaAllah. Kelas tafaqquh kan ada :)

Khamis..khamis lepas actually. Ada SC gabungan - program Love Ukhuwah. Kat markaz perubatan Hayyu Sabie'. Ada talk, games, makan2 & tukar2 hadiah.

Saya dapat ni! Ukhuwah fillah insyaAllah :)


2012 yang bertandang biarlah lebih baik daripada tahun2 sebelum ni.
Kurangkan kontroversi.
Tingkatkan prestasi.
Hiasi peribadi.
Syukuri nikmat Illahi.. :)

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
55:32

Friday, July 22, 2011

summer break '11: asfour crystal

Assalamualaikum.

Semalam keluar nak pegi asfour. Gamble je pegi sendiri. memang dah penah pergi, tapi awal2 dulu waktu mula2 sampai cairo. Tu pun ikut UstazWi bawak Ustazah. Biase la, orang pempuan kan suke benda2 crystal bagai ni. Dulu pegi naek teksi. Tapi sekarang kitorang punye plan nak kurangkan penggunaan teksi. Mahal kot. So kitorang ikut je la, plan Ain*bekas jiran satu imarah* diorang naek tramco ke Ramsis, then naek Metro ke Shubra el-Kheima, last naek tut2 ke Asfour. Hambek kau. Pelbagai jenis kenderaan awam bleh guna nak pegi sana tu. Hohoh. Pengalaman. Best kot. Even dah macam masuk explorace berkejar ke sana ke mari nak kejar semua public transport tuh. Tapi interesting. Sungguh!
Musim panas ni banyak habis duit. Satu sebab nak pegi jalan2. Kena la ada bajet kan. Lepas tu jalan sket berenti beli mineral water. Dah pakai duit. Nak jalan jauh lagi, tahan teksi. Guna duit lagi. Sebab konon taknak la bersusah payah naek bas ke tramco, orang ramai, panas, kena berebut ngan orang arab segala kan. Lama2 baru sedar yang duit banyak habis untuk mineral water & tambang teksi tu. Lepas tu baru nak insaf terpaksa la pakai public transport yang lagi murah. Sampai jugak tempat tuju tu. Tapi kena sacrifice la sket. Berebut seat ngan orang arab as example. Tapi ramai je yang bagi muka bila tengok budak Malaysia.
So, perjalanan kali ni. Naek tramco ke Ramsis; 1.25LE sorang, naek Metro ke Shubra el-Kheima; 1.00LE sorang, naek tut2; 1.00LE sorang. Total perjalanan pergi: 3.25LE.
Total on da way balek 3.50LE sebab abang driver tut2 tu mintak lebih sket. Total tambang keluar jalanhari ini; 6.75LE SAHAJA! Kalau naek teksi mau nye lebih 20LE untuk one way.
Kesimpulan perjalanan kali ini, kami berjaya jimat banyak.
Mission accomplished! :))

Monday, July 18, 2011

summer break '11: fayoum

Assalamualaikum.
Yeah. Summer break=balik kampung. Tapi untuk budak2 yang ambik tiket lewat lambat balik Malaysia means summer break=jalan2 cuci mata sunburnkan muka keluarkan peluh. Fuhh. Dah namanye summer. Panas boleh tahan la. Pastikan air mineral sentiasa ada
semasa anda keluar berjalan2 ye. Kalau tak nanti kehausan. Bleh je singgah beli air mineral kat kedai2 runcit tepi jalan. Hehe.
Semalam pegi fayoum.

Kawasan ni luar Cairo kot. Bawwab*penjaga pintu* umah si kembar Asma' & KB ngan anak2 dia yang bawak kitorang. Bawwab tu panggil mama. Diorang asal
sana. So, diorang la cite2 sume sejarah. Tapi kitorang bukan paham sangat kot. Hee. Perjalanan lebih 3jam kot.

Kononnye nak tengok Tasik Qarun, tapi ntah la. Tak sure yang kitorang nampak tu btol ke itu Tasik Qarun nye. Tak macam tasik pun ade. Lepas tu pegi istana Qarun. Lebih 300 bilik dalam istana tu.

pintu istana Qarun

rooftop of Qarun castle

Mostly tengok pantai. Tapi pantai kotor uhh. Tak macam alex. Memang tak berani nak sentuh air tu la. Tengok gamba je la..

langit maghrib..Subhanallah..
on the way balik dah masa ni

Friday, July 15, 2011

of keluar malam#4

Assalamualaikum.

Kali ni kantoi! Kena ceramah sebakul. Eh, bukan SEbakul..berbakul2 dah. Hehee.
Alkisahnye kami nak pegi umah negeri la, sebab ada taklimat pasal permohonan masuk wisma baru rumah negeri kelantan. Macam biase la gerak lepas maghrib. Dah janji ngan Beyja jumpa kat simpang restoran kelantan. Beyja tido umah Syah teman dia sorang2. Then dari situ gerak pegi umah Mawaddah pulak. Kira kitorang berjalan dalam kumpulan yang ramai la. Lebih 10 orang. Before tu dah terserempak ngan UstazWi yang tolong Ilham & housemates umah bawah tu pindah umah. Diorang tengah angkut barang masa kitorang turun. Ingatkan ustaz nak marah kitorang pegi tak bermusyrif. Tapi macam rilek je bila kitorang kata pegi sendiri. Ustaz pun tengah busy. Taknak la susahkan. Then sampai depan umah kelantan wat muka toya je macam takde pape even ramai je ustaz2 berkumpul depan pagar tu. Wat muka innocent jalan laju2 lari naek atas ler. Hee.
Then lepas majlis kitorang decide nak balik terus la. Dah la ngantok. Tapi memang cari pasal la kan. Sebab masa tu ramai je ustaz2 kat depan rumah tu. Even tak seramai masa kitorang mula2 sampai. Wat selamba je jalan tak pandang kiri kanan. Tapi sebab kitorang ramai, ada yang jalan lambat pulak. Maka nye..
Hah..tu nak balik ada musyrif tak tu?
Senyap..
Kak..ade musyrif tak nak balik tu?
Senyap..lepas tu Syue jawab. Takde. masa ni ada dah 3,4 orang yang dah terlepas kat depan. Tanya umah kat mana. Ada orang nak hantar ke? Macam takde. So kitorang terus je la jalan. nak kejar yang kat depan sana. Tiba2...
Tunggu dulu. Panggil yang kat depan tu suruh tunggu sama.
Ayyoyoo..ada ustaz datang kejar kitorang. Ngee~ takyah cakap arr perasaan. Alamak. Habess kali ni. Lepas tu start arr kena sebakul dua tu. Panass jugak la. Tambah2 ngan summer ni kan. Aya dah kuar aura rebel siap. Hambik kaw kantoi depan umah negeri. Ustaz tu siap suspect kitorang memang jenis kuar malam takde musyrif. Macam2 tanya. Redha je la. Nak gelak pun ada. Rasa macam lawak. But, no offense. Peace!

Thursday, June 30, 2011

of keluar malam#3

Assalamualaikum.

Again..kali ni punye kes Syue yang mengidam nak makan fathiroh syuklatah + minum asir. Aya pun ape lagi. Dari tengahari duk tak sabar nak kuar minum asir. Padahal puasa! Aku ni yang duk mengidam wal3tain dari hari ahad lagi tak dapat2 lagi. Dah nak masuk seminggu kot. =,= Aya janji esok. Sebab rabu, khamis puasa kan. Nak jugak wal3tain. Kalau dah mengidam tu kan. Tak puas hati la kalo tak dapat. Haishh. Ok, back to the story. Tadi kitorang kuar lepas isyak. Lewat jugak la. Dalam 9.30 kot. Pegi beli piza lahmah+fathiroh syuklatah kat Horus, then lepak minum asir. Line clear. Takde 'lelaki malaysia' kat area situ. Duduk order asob, 'inab + milkshake. *takde pilihan sangat* Makan piza je dah kenyang. Tapi nak jugak makan fathiroh kan. Lepas2 tu ada je lelaki2 yang muka melayu lalu lalang. Tapi macam besa la rilek je wat muka innocent. Haha. Dah lepas tu masing2 kekenyangan malas nak bangun.

muka bahagia je wat jenayah

Padahal dah lebih jam 10.30malam. Singgah beli bawang lagi, dekat kul 11 jugak la baru sampai umah. Malam ni kuar takde cabaran sangat. Konon. Sekali nampak rupa ustaz terus nyorok tuh!

Saturday, June 11, 2011

of keluar malam#2

Demam imtihan kata orang.
Masa nak exam ni la rasa nak minum asir.
Masa nak exam ni la rasa nak keluar malam.
Masa nak exam ni la rasa nak keluar tanpa musyrif.
Konon..alasan je tu. Haha.

Aya dah mengamuk mengidam nak keluar minum asir. Dan syaratnye keluar malam. Macam biasa memang jenis tak suka keluar dengan musyrif. Adoy, takkan nak keluar minum nak ajak musyrif kot. Sah2 kena ceramah dulu sebakul dua. Kalau tak kena sebakul dua pun nak kena belanja asir segenih dua? Ooh tidak. Ada ke musyrif yang sanggup teman nak keluar minum asir? Laen la kalau musyrif tu geng2 seangkatan sama umur satu kepala. Tak pelik la kot. Tapi selalunye yang dipanggil musyrif tu adalah golongan2 senior & berpangkat ustaz. Kalau pangkat doktor pun rupa lebih ke arah ustaz2 la. Sebab kalau ajak kawan sebaya segeng sekepala tak panggil musyrif la pulak kan. mesti panggil kawan. Fuhh..merepak panjang pulak. Dari hari ape lagi duk ajak keluar. Tapi saya refuse dengan alasan paper physio weyh. Jangan cari pasal. Last2 janji keluar lepas abis written physio la. Tapi nak keluar berdua je malam2 hari memang tak la kan. Seberani mana pun, tetap ada limit ok. At least 3orang baru kami keluar. So ajak Ain, Ana & Lina budak2 dentist rumah bawah. Keluar la lepas isyak. Sampai2 depan kedai asir tengok kelibat yang digeruni iaitu lelaki2 malaysia. Ahhaa..atau kami istilahkan sebagai ustaz2. Tapi boleh pulak wat selamba jalan depan kedai tu straight je then masuk Electrohouse dekat sebelah tu. Konon jenguk2 barang kat Electrohouse dengan harapan diorang tak lama dah duk minum asir tu cepatlah blah so dat kami pulak bleh ambik turn lepak2 minum asir sambil menikmati angin malam. Adoy. Lepas tu keluar intai diorang. Tak abis lagi. Kitorang menyorok di sebalik kereta2 yang park depan kedai tu ok. Lepas tu takkan nak masuk Electrohouse balik kot. Akhirnye decide untuk cross jalan ke seberang tuju Masria pulak sebab Aya nak cari ubat gigi? Tapi takde yang dicari. Budak2 dentist ni pulak yang shopping beli sayur campur. Lepas tu patah balik pegi kedai asir. Line clear. Diorang dah takde. Jam dah 10 lebih kot. Order2 then duduk kat meja kat luar. Memang sengaja. Senang sangat arr nak kena serbu ngan ustaz2 Hisbah*jawatankuasa keselamatan* kan. Kang tak pasal ada yang datang tanya; "mana musyrif?" Haa..yang tu pandai2 la kan nanti. Tapi duk tengah kitorang duk lepak2 minum sambil gosip2 pasal ketua hisbah tu, tiba2 datang sekumpulan lelaki melayu. Ok, again. Lelaki melayu. Lebih dari 5orang kot. Memang duduk kat mesir kalau jalan2 jumpa lelaki melayu je rasa nak lari jauh2 je. Haha. No reasons. Awkward? Kinda. Tapi still kitorang wat muka selamba je. Dah la tengah gosip pasal ketua hisbah kan. Opss. Lepas minum tu, bangun bayar sume. Memang perasan la diorang duk tengok je. Tapi pedulik la kan. Kitorang nak balik dah. Dah dekat kul 11malam ok.
Tragis sungguh gara2 keinginan untuk minum asir dimalam hari tanpa musyrif yang melampau. Tapi kadang2 perasaan ni best. Rasa challenge untuk diri sendiri kan. Lepas tu masing2 cuak smpai tachycardia. Dush3.

Tuesday, May 17, 2011

kasyfu damm

Tadi pegi h0spital. Ambik darah. Kit0rang kat azhar memang macam tu. Nak kena check jenis darah ada hiv ke penyakit ape ke segala bagai. Kalau tak gi check nanti tak leh masuk exam.. Haa.. Last minute decide nak pegi hari ni. Kena p0nteng kelas tau.*alasan* Sebab nye h0spital tu bukak 10am-1pm.. =.=' Tak tau nak cakap ape la kan bila kawan2 yang dah pegi dulu bagitau camtu. Ada ke patut camtu. But their country, their rules. Pagi tadi pegi kelas macam biasa. Then habis jam ke-2 tu ramai giler kot yang bangun nak keluar. Yang laen dah; wei2 korang nak pegi mana ni haa.. Haha. Sebab nye kitorang satu rumah pun dah 8orang*Syue taknak pegi lagi, sayang nak tinggal kelas* Tambah pulak yang laen2. kelas yang memang tinggal 5bench je makin sikit la kan. Tapi lepas tu keluar ramai je yang baru datang. So kira korang yang baru datang tu ganti kitorang yang baru nak keluar la kan. Peace!
Sebelum pegi singgah beli makanan kat kafe dulu. Karang ade yang pengsan pulak masa ambik darah nanti. Hee. Then tahan teksi depan pintu gemaah terus tuju hospital. Before ni diorang dah cakap. Kita takkan expect hospital tu adalah hospital. Environment tak sesuai langsung. Sungguh la. Bila sampai tu macam...ni ke hospital nye? Jalan depan hospital tu sesak kot. Hon ambulans tak berenti keluar bunyi. Kalau ada yang tengah tenat dalam ambulans tu bleh arwah terus kot before nak dapat treatment. Haishh.. Nauzubillah..And for further information. Hospital ni la tempat kita akan jalani clinical years on 4th-6th years nanti ok. So, go get a close view. Haha. Crowded gile dengan egyptian yang sakit. Yang bawak anak2 kecil paling ramai kot. Kesian tengok budak2 tu.
Kitorang punya proses nak ambik darah tu takde la lama mana pun. Mula2 sampai, masuk bank darah tunjuk surat yang uni bagi, then bayar, daftar, diambik darah. Siap! Pakcik tu cool je ambik darah kitorang. Takde la banyak mana pun 1 syringe je. Erk..1 syringe = 5ml eh?? Wooh..nasib baek tak sakit tau. Dah biasa. Ini bukan kali pertama bagi saya. Cuma awal2 dulu cuak jugak la orang duk heboh2 kalau arab wat keje kasar. Main cucuk je. Tapi pakcik tu buat serius tak sakit pun. Muka cool je wat lawak ngan kitorang. Dah siap kitorang pun balik. Masa tu dalam 11.30 la. Bleh je nak pegi kelas. Tapi straight balik rumah. Penat ambik darah. *alasan lagi* Result ambik Sabtu nanti. Balik solat then tido sampai lebam!

Pukul 2 lebih dah bangun. Sebab janji nak jumpa kawan lama. Actually Ana mintak tolong ambik borang rumah Sarawak dari Haziq*kawan sekolah kat sarawak dulu*. Ana kata nak datang bermalam kat umah weekend nanti. So saya tolong ambik borang tu dari Haziq la. Haziq kata dia abis kelas dalam pukul 3 camtu. Nanti dia contact bila dekat nak sampai kat tempat yang kitorang janji nak jumpa tu. Dah 3 lebih kot baru Haziq mesej kata dah nak sampai. Then baru la saya siap2 nak keluar. Kejut Aya tido sebab nak mintak temankan jugak. Hee. Kesian Haziq lama tunggu. Bila jumpa, serious..AWKWARD. 3tahun lebih tak jumpa kot. Kat skolah dulu pun bukan rapat sangat dengan dia. So bila jumpa tu tak tau nak cakap ape. Haha. Lawak.

Saturday, April 23, 2011

bercanda di taman bungaaa


Lokasi: Azhar Park a.k.a. Hadiqah Azhar
Peserta: 10 Budak Hitam

Hari minggu kami manfaatkan untuk berpiknik di taman bunga yakni Hadiqah Azhar yang budak-budak kuliah duk heboh cantik lawa besar luas best nak bergambar ber
guling bergolek ala-ala salam perantau gitu.

~10 budak hitam mengucapkan Selamat Hari Raya~

Diorang siap goreng bihun, buat cucur & KakMira punye fruit salad yang superb tuh. *i tak tolong pun* memang semangat la nak pegi piknik! Konon nak pegi 8.30 kan. Jangan harap la kalau pukul 8 tu masing-masing baru terhegeh-hegeh berebut toilet nak mandi nak iron baju. Before tuh sibuk duk menggaya baju ngan skirt ngan shawl segala bagai. Korang nak pegi piknik ke nak gi photoshoot ni? Ok..3 in 1.. Jalan + makan + berfotogediks.
3trip teksi kot. Sebab 9orang. Last yang kuar dari rumah saya, Aya & Syue la. Tu pun Syue dah bebel-bebel sebab dia awal lagi dah siap mandi. Saya & Aya pulak 2 yang terakhir guna toilet tu. Hehehehee.. Tambah-tambah lagi saya duk membelit-belit shawl lama depan cermin, lagii la Syue membebel. Hampir pukul 10 baru turun kot. Ngee~
Kitorang straight dari rumah ke hadiqah. Wani, Nusai & KakMira dah sampai sana waktu kitorang baru keluar rumah tu. Dah sampai sesat taktau mana nak pegi port diorang tu. Wani datang ambik kat depan baru la sampai kat sana. Naik bukit turun bukit lagi. Luas kot hadiqah tu. Dan cantik! It's spring anyway. Bunga-bunga sedang berkembang. Memang sesuai la ngan meks meks bunga yang giler kamera ni kan.
Duduk hilangkan penat dulu sambil kunyah chipsy sementara tunggu trip lagi satu. Beyja, Nik & Silah. Tiba-tiba datang satu group orang arab. Ngan bebudak ramai. Sowwar mumkin?? Nak mintak tolong kitorang ambik gambar diorang ke? Bukan, nak bergambar ngan kitorang. Haa. Rasa femes kejap kan. Lepas tu diorang ajak maen sama lagi. Ntah permainan ape bukan paham pun. Tapi macam kira 10 by 10 sampai 100, peluk orang sebelah. Sape takde partner go out~
Lepas tu sume sampai. Diorang bertiga tu pegi beli KFC rupenye. Tunggu KFC bukak
pukul 10Aik, nampak macam Yana. Dengan 'sepupu' musyrif dia. Ehemm, Saje je kan, dah la tak wish besday saya. Nasib baek saya cekal, tak tacing. Tiba-tiba Aya suruh saya ambik satu bungkusan tepi pokok dekat ngan port kitorang tu. Eh, bukan suruh, paksa. =,=
Ok, kotak kek. Tau dah, nak celebrate besday saya yang korang saje je wat tak tau tak wish & wat tak dengar je bila budak kuliah laen wish kan. Macam tak tau haihh..

special sebab ada nama saya

Thanx korang..sayang korang ketat-ketat. Susah-susah je. Ngan Yana lagi, turun dari Tanta tuhh. Ngan kek made by Malaysian. Ustaz Saiful kan. Sedapp kek coklat tuh. Kalau nak tempah try la usha facebook dia. Tapi harga tak tau la brape, of course diorang taknak bagitau la kan. Lepas dah abis makan sampai semua kekenyangan kitorang pun start la jalan-jalan cari port nak berfotogedik. Kejap-kejap berenti nak ambik gambar. Kejapnak posing camtu. Kejap nak gaya cenggini. Adehh, nak layan sume 10 memang la. Tapi dah biasa, tak kesah. Sume pun satu kepala bab giler kamera nih.

here we go

Dah penat berjalan daki bukit turun tangga berposing bergambar, sampai Wani dah landing bagai tunggu kitorang yang tak puas lagi bergambar nih. Tengok Wani dah penat, decide nak balik la. Lagi pun Zohor belom lagi. Balik rumah sume pakat nak transfer gambar. Suke tengok gambar-gambar kitorang sume tu. Lawa. Cehh. Puji diri sendiri ye..

10 budak hitam, nanti kita pegi lagi ek. Tadi baru sket kot jalan. Banyak lagi tempat menarik nak bergambarr~ Lepas final ok. Lega esok cuti bila KakDi wat announcement kat batch group tadi. Sebab masing-masing memang penat sakit pinggang lenguh kaki pegi picnik. ^_^

Sunday, March 27, 2011

first day lecture was great!

Asyik kena marah je sebab takleh jawab bila dukturah soal. Haiyyaa..
Dukturah, kami memang tak sehebat Egyptian. Tapi kami pun usaha jugak. Mostly baru sampai balik jejak tanah mesir lepas revolusi. Seminggu lebih tertinggal lecture tak sempat lagi nak cover semua dalam weekend aje. Tension jugak kalau asyik kena compare ngan Egyptian.

Pagi tadi sume awal kot. First, sebab subuh awal. Second, sebab semangat 1st day lecture kot. 0430 dah subuh. 0600 breakfast dah siap! 0700 dah siap-siap nak ke kuliah. 0740 kitorang sume dah masuk kelas. 0800 patutnye kuliah dah start. 0820 baru dukturah masuk! 2jam pertama Physio; Blood. 0800-1000. Dukturah tanya pasal Anemias. Ada yang bleh jawab, ada yang gagap-gagap. Yang baru datang kelas konfem la bisu terus! Dukturah kata next lecture dia nak wat test, sebab kitorang tak study. Inform dukturah ramai yang baru datang. Test still akan diteruskan, tapi untuk topic yang blaja hari ni je la; Defense Mechanism. Habis Physio, Quran. Ustaz macam biasa, steady je. Sambung baca juzuk amma tu. Then Biochem; Enzymes. Yang digembar-gemburkan ada test Enzymes tu, nasib baek tak jadi. Study tak abis lagi! Still akan ada test, next lecture kot. Just be ready.

Rehat 30minit. 30minit je ye. Masa tu la nak solat, nak makan, nak sembang nak huhahuha pun. Lepas tu lecture Histology; Nervous tissue. Yang ni rasa paling teruk kena. Ntah la. Sume takleh jawab dukturah tanya tu. Dukturah dah pesan, nanti dia akan soal lagi. Baek korang study la. Pakai handout yang di beri tu je. Senang, dah summarize sume. Tinggal baca, faham, ingat je handout 28mukasurat tu ye. Lepas tu Practical Biochem; Proteins! Briefing dulu, baru masuk lab wat experiment. Tapi macam biasa la, lagi banyak maen kot sambil-sambil wat segala Millon's Test, Rosenheim Test ngan albumin tu. Masa untuk hilangkan stress! Unless kalau eksperiment tak menjadi, tak dapat hasil yang sepatutnye, mau lagi tension jadinye. Huhuuu..
Lepas tu, dah bleh balik rumah. Bersedia untuk esok pulak.

Gambatte Najwa! You can do it la!

Friday, March 25, 2011

i'm return to egypt

Alhamdulillah selamat sampai di Cairo International Airport kurang lebih jam 5pagi. Bersamaan dengan 11pagi waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa kurang 11jam. Tapi mungkin cuaca tak menentu. Shaking2 dalam flight..fuhh..especially masa cabin crew tengah serve untuk dinner. Jawabnye tak makan la saya. Takut nanti termuntah. Tapi memang dah muntah la sket. Tak tau la ape yang tak kena. Flight dari KB ke KL pun sama, mabuk,,muntah. Nasib baek Papa ada kat sebelah. Thanks for your help Pa..
*rasanye sebab hati & akal tak bekerja seiring..sighh*
Lepas kuar flight, ke kaunter imigresen.. Pegawai tu tegur. "Nagwa?" Senyum.."Aiwah"
Lepas tu turun nak ambik barang. Tapi barang belum keluar semua, tambah-tambah sume orang pun nak keliling tempat tu tunggu beg barang masing-masing. Mesej Papa bagitau dah selamat sampai. Dengan Yana ke toilet, ambik wudhuk terus. Subuh dah nak abis! Kat sini biasa la, solat je kat mana-mana dengan pakaian yang insyaAllah menutup aurat. Allahuakbar.
Lepas solat orang pun dah kurang kat tempat tuntut bagasi tu. Sume baru teringat nak kejar Subuh kot. Dah ambik sume barang baru keluar. Tunggu arahan dari pihak alumni la. Sambil-sambil tu online facebook, sebab guna no mesir murah nak online! Dapat mesej yang membuat hati luluh kah? Agak laa..rasa nak hujan je dalam hati ni. Mendung semacam.
Keluar dari airport, ya Allah..sejuknye! Angin sejuk beku bertiup. Tak lama lepas tu tangan dah bengkak-bengkak, merah-merah. Betol la kot, saya allergic dengan perubahan cuaca. Lagipun tiba-tiba berubah dari panas Malaysia ke winter Egypt. Alumni sediakan bas ke rumah negeri. Sampai rumah negeri Ustaz dah tunggu dengan tramco bawak balik rumah. Sampai rumah kemas bilik yang berhabuk berdebu ntah brape inci tu. Then unpack barang. Lepas zohor keluar makan dengan Aya & Syue. On da way balik hujan. Cepat-cepat lari balik. Then masuk bilik berselubung dengan saratoga. Sejuk! Tido..maghrib baru sedar. Ishh. Lepas Isyak keluar sembang ngan Nusai & KakMira, yang laen dah lena. Then masuk bilik belek belek buku Anat kejap, tido lagi. Penat. Sedar bila diorang bising bising, baru bangun jam 2pagi, maknanye 8pagi Malaysia. Biasa la, perubahan masa. Saya malas nak bangun lagi. Azan Subuh baru la bangun.

Tak tau kenapa, rasa sangat la sensitif. Senang leleh? Mungkin, Rindu Malaysia sudah. Rindu Bonda, Papa, family. Kenapa homesick sangat ni? Masa mula-mula datang dulu tak nangis pun! Ya Allah, kuatkan semangatku. Perjuangan disini masih panjang. Permudahkan segala urusanku ya Rahman. Cekalkan hati & pemikiranku ya Rahim. Bimbing hambaMu ke jalan yang Engkau redhai..

Thursday, February 24, 2011

ops piramid part 4

6februari2011 - 8februari2011
Maka berbahagia lah kami hidup di Madinatul Hujjaj, Jeddah. Makan 3kali sehari beb. Servis baek punya hantar makanan sampai depan pintu. Satu je yang kureng, mamat mamat bangla kutip sampah sesuka hati berkeliaran kat situ. So, nak keluar bilik konfem konfem la kena pakai tudung. Make sure pintu bilik sentiasa ditutup jugak. Diorang ni tak ambik peduli dah.

Part yang paling best, jumpa Ana!! Oh, my best fren masa kat Kuching dulu. Sumpah rindu dia. Padahal sama-sama duk Egypt. Tapi di bumi Jeddah jua yang menemukan kami. Suka suka suka! Eksaited la weyhh, 3taun lebih tak jumpa. Ayat pertama yang Ana jerit masa jumpa;
Nawa, dah makin kurus! Berapa berat ni?

Adoy Ana..sempat lagi tanya berat berapa kilo..kawan sorang ni memang cam ni.

dengan Ana, tapi masa ni dah kat airport Jeddah..tunggu depart untuk balik Malaysia~

Malam kedua kami kat sana, dah dipanggil untuk ambik no giliran. No giliran ni untuk balik Malaysia la. Guna sistem 1st come 1st out. Ikut turn sape yang sampai Jeddah dulu akan balik Malaysia dulu. Nanti akan dibuat announcement bila no giliran anda terpilih untuk trip seterusnya ke Kuala Lumpur. No giliran saya: 2232

Esoknya tu macam tak berapa confident lagi no kami naek untuk trip hari tu. Lepas makan tengahari dengar announcement;
Pemegang no 1900 - 2291, sila berkumpul di hadapan blok B untuk bergerak ke airport dengan kadar segera. Terima kasih.

Waahhh..sket punye short notice daa dia bagi. Terus kelam kabut kemas barang, turun beratur. nasib baek barang tak banyak, & memang dah kemas awal. Semangat nak balik Malaysia la kata kan. tiket free kan. Lepas tu kami dibawa ke airport. Ada la dalam 8buah bas trip kali ni. Kami akan naek Saudi Arabian Airlines. Ehsan dari kerajaan Arab Saudi menyumbangkan pesawat untuk proses evakuasi kami ni. Terima Kasih Arab Saudi!



muka muka bahagia nak balik Malaysia

Perjalanan dari Jeddah-Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 8jam.
Flight jam 9malam 8februari2011 dari Jeddah, sampai di KLIA jam 10pagi 9februari2011
Hye Malaysia, I'm back! =)
Sampai sampai tu papa dah tunggu =) =)