Dari Kubu Salahuddin al-Ayubi bergerak ke Dahab. Dah lepas isyak baru sampai di tempat penginapan. Lepas check-in bersiap-siap berkumpul untuk berbarbecue dan makan! Then kami geng semangat keluar sendiri konon nak pegi cari seafoods la kan. Padahal dah makan ayam bakar ngan nasi tuh. Dasar perut tempayan masing-masing. Opss.. Tapi bermusyrif tau. Even sepanjang perjalanan tu diganggu Si Putih. Si Putih merujuk kepada seekor anjing warna putih kat kawasan tu. Tak tahu la tu anjing jalanan or ada orang bela. For sure dari awal dia ikut kitorang.Kitorang jalan, dia pun ikut jalan. Kitorang berhenti, dia pun berhenti sama. Kitorang lari, dia pun ikut lari jugak! Memang penat main kejar-kejar ngan Si Putih tu je. Buang masa terkejut, terjerit, tersentap dengan dia je. Musyrif pun tak tahu nak buat ape dah. Tu yang jadi lama tu. Padahal pengarah program dah pesan suruh balik camp before midnight. Tapi 1am jugak la baru kitorang sampai bilik.
pilih, timbang ikan
menu supper kami..
ikan, gambari *udang* & sotong
ikan, gambari *udang* & sotong
Dah esok nye tak larat dah nak bangun breakfast. And kitorang tak ikut pun plan rombongan yang nak pegi main segala GlassBoat and Safari tu. Kitorang buat hal sendiri je. Jalan-jalan breakfast tepi pantai. Then window shopping.

Memang Dahab ni tempat orang beli2 souvenirs segala. Ada jugak perkhidmatan bot, nak snorkeling ke, nak dive ke. Ada perkhidmatan sewa basikal kalau nak bersiar-siar ngan basikal. Ada restoran seafoods banyak. Pendek kata, macam-macam ada. Tu yang sayang nak tinggal Dahab tu. Tak puas sebab sekejap sangat kat Dahab.
Pantai Dahab
Kota berjarak 180km dari kota Tursina ini terkenal dengan pantai kuning keemasan. Kaya dengan pelbagai jenis ikan hias berwarna emas sehingga kawasan ini di sebut 'dahab' *ucapan 'ammiyah mesir dari kata dzahab* yang bermaksud emas.
106; Auski Camp
Till we meet again yeah~
RISE - part 1
"Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"
Al-A'raf 7:179
RISE - part 1



No comments:
Post a Comment