Friday, November 25, 2011

maal hijrah 1433

Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru balik dari majlis ramah mesra dengan salah seorang YB, ahli parlimen dari Malaysia. Yang singgah jumpa anak2 kelantan mesir dalam perjalanan pulang dari misi beliau ke Gaza beberapa hari yang lalu. InsyaAllah besok beliau berangkat pulang ke tanah air. Berkongsi pengalaman dan bercerita tentang isu2 semasa. InsyaAllah inputnya berguna buat semua.

kerehatan bagi pejuang islam ialah kematian-YB

Sebenarnya program tu tak wajib pegi pun. Tapi kitorang kena denda. Haha. Fin*housemate skarang..nanti cite pasal housemate2 baru ni* yang mulakan hal ni. Fin kata dia pun malas nak join program tu. Tapi sebab dia terlajak tido petang bangun Asar jam 4.30 padahal waktu maghrib masuk jam 4.55, maka dia denda diri sendiri supaya pegi program tu. Lepas tu aku pun bagitau la yang seharian aku duk mengadap laptop layan novel on9 je. Fin kata aku pun kena denda pegi program tu jugak. =______='

* * * * * *

Alhamdulillah dah masuk tahun baru 1433Hijrah. Tadi sempat solat isyak & solat hajat berjemaah di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi'. Terasa diri kerdil bila hanya aku dalam jemaah itu yang pakai tudung biasa2 je, bukan tudung labuh bulat macam majoriti mereka. Rasa kecik sangat. Tapi insyaAllah tudung tu dah sempurna tutup aurat nak mengadap Allah.

Oh ya. SALAM MAAL HIJRAH 1433
Semoga amalan2 kita pada tahun lepas diterima oleh Allah dan dosa2 lalu diampunkanNya. Semoga tahun baru ini kita jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya. :)

No comments: