Sunday, June 17, 2012

random things

Assalamualaikum.

[1]
27 Rejab 1433H
Salam isra' mikraj

[2]
Kak wa, rasa nak makan cheesecake la.
 -lepas exam kak wa buat..
Kak wa, bila nak buat lasagna?
 -bahan semua dah ada. tunggu habis exam ye..
Kak wa ni takleh diajak keluar. Semua kena reject
 -cuba ajak kak wa keluar lepas exam. Konfem on je..

Stress kejap budak2 rumah ni ngan aku. Semua benda yang aku tolak mesti nak kaitkan ngan exam. Memang time exam ni takde semangat sangat nak keluar ke mana2. Tambah ngan hari panas. Memang tak la. Kecuali hari ada paper, balik exam tu layan jugak la nak pegi cari makan ke, singgah mall sebab nak tumpang rasa aircond ke. Kalau dah balik rumah memang malas nak keluar. Kalau gap untuk next paper seminggu, bleh je aku terperap tak keluar rumah langsung seminggu tu. Aya pun tension kalau tahu aku tak keluar rumah. Eh?


[3]
Kak wa, kuat sangat duk mention2 ngan MA tu kat twitter. Kekasih lama ke?
 -tak la, kekasih baru. bhahahahaa

Boleh pulak tanya kekasih lama ke? Alahai cik adik. Cuba tengok depan meja study kak wa tu. Kan dah tulis 'SINGLE & NOT DESPERATE' :3
Teringat malam sebelum paper biochem. Aku baru nak lelap. Panas sangat, study la atas katil. masuk la si kembar.
'kak wa, mana yang kak wa tulis single & not desperate tu?' si adik kembar tanya sambil mata duk jenguk depan meja study. bila jumpa yang dicari, toleh kat aku. then, 'kak wa, saranghae' sambil angkat tangan buat simbol <3 macam stail korea tu.. Aku mamai ke memang si adik kembar yang tough ni buang tebiat? Esok nye tu tanya dia sendiri. Takut aku ngigau je. Tapi memang betol dia buat macam tu. Sebab? Saje. Lepas tu tiap kali jumpa nak saranghae saranghae ngan aku. Ngan si kakak kembar pun sama. Layan je la budak2 ni. =.='

[4]
4subjek medic dah selamat selesai semalam. Alhamdulillah. Tinggal lagi 3subjek agama + psychology. Alahai lamanye la nak tunggu detik 1Julai tu. Serius tak sabar nak balik Malaysia tanah tumpah darahku. Dah termimpi2 terbayang2 je nak balik. Huwaaa. Untung la bebudak dentist dah habis final exam. Diorang start awal gila kot. Takpe najwa. Fighting!!

[5]
Lepas paper biochem haritu Aya ada cakap pasal trip ke Hurghada lepas exam nanti. Kira dia ajak aku pegi skali ngan dia la. Tapi ntah sebab frust takleh jawab paper biochem hari tu, aku cakap tunggu dulu. Nak pikir. Ntah sampai berapa hari ntah aku pikir. Lepas tu Aya mesej,
'aku dah register untuk 1st trip ke Hurghada. bleh lagi kot kalau nak register. up to u'
Tapi still masa tu aku takde mood lagi. Ntah kenapa kali ni tak eksaited kalau orang ajak berjalan. Sebelom ni pantang orang ajak, semua on je. Sebab biochem kot. Allah. Ikut perasaan sangat. So hari tu saje la jenguk page Pasar Mesir. Sebab rasanye diorang cakap join yang orang indon iklankan kat situ. Masa bukak promo trip tu, admin dia baru je post.
'fully booked for 1st trip' 20minutes ago. Allah. memang takde rezeki aku la kan. Takpe la Aya. Kau pegi la ngan budak2 lain. Enjoy yourself. Dah la sinai haritu kau tak pegi dah. Kira lepas ni kita sama level. Tinggal la aku 3hari kau pegi trip tu nanti. Aku duk umah memasak untuk budak2 umah ni je la. Sob sob sobb~

No comments: