Friday, April 1, 2011

from tahrir square with love

Baru balik dari tahrir square! Teruja kot, join riot. Hahaa..join la sangat kan.

Pagi tadi keluar ke CityStar ambik duit, then beli barang sket. Beli stok coklat sebenarnye. Hee. Orang sakit rumah memang suka je nak makan coklat. Sila belanja saya coklat banyak banyak lagi pleaseeee~
Lepas solat Zohor keluar dari CityStar tahan teksi bagitau nak pegi bookfair dekat Tahrir. Kami di inform yang bookfair tu dekat tahrir. Walhal tak pernah sampai Tahrir pun. 2, 3 buah teksi jugak la tanya. Tapi sume kata takde bookfair kat sana. Aik? Yang orang duk kecoh kecoh tu tak btol ke? Call KakZak*senior* tanya. KakZak kata btol la, kat American University dekat Tahrir. Lepas tu tanya teksi laen, pakcik tu nak hantar la. Dah naek teksi tu, sebenarnye dia pun tak confirm tempat tu. Sume orang tau kot Tahrir tu. Dah jadi tempat sejarah. Tapi tak tau pasal bookfair tu. Tapi on je, pegi je terus. Pakcik tu stop tanya orang kat tepi jalan, call kawan dia tanya. Last last dia berhentikan kami kat bawah flyover atas sket dari Ramsis*stesen train Cairo* sebab dia kata dia takleh hantar sampai tempat tu, jalan tutup sebab ada demonstrasi.

What?? Riot?? Biar btol. Diorang nak mintak ape lagi ni?
Turun turun, meh kita tengok ape yang jadi kat sana. Cuaca agak panas ye. Dah la pakai baju hitam, tudung hitam. Memang absorb heat la kan. Jalan je depan tu memang ada nampak polis, askar tengah jaga traffic la. Then pegi tego sorang askar tu, tanya mana American University tu, ape yang berlaku, bahaya ke tak. Dia kata tak bahaya, so kitorang pun dengan berani nye pegi la. Haha. Berani sungguh! Kalau tau dek persatuan, dek senior ni, mau kena blacklisted. Opss..jangan la. Dah sampai baru kitorang tau ada demo. Tiba tiba curiosity kills the cat. Muahahaa~


Rasa macam kitorang 5orang je foreigner kat situ. Yang laen sume Egyptian. Rasa nye
la..sebab orang ramai!
Kalau ada Malaysian yang terselit kat mana mana tak nampak sangat kot.

mereka berarak sambil bawak banner mengutuk bekas presiden

Niat nak pegi bookfair dah beralih arah pada teruja nak tengok riot depan mata. Tapi insyaAllah sume selamat. Diorang ada such as ceramah, perarakan camtu je. Nothing serius. They just want HB & the colonies to be on the court. Or....to the jail! Hee..thats what the uncle told us la. Ada sorang pakcik tego kami, tanya
Malaysian?
Yes.
Malaysian is good.
Ohh..thank you.
Lepas tu jalan jalan tengok ape yang diorang jual. Tshirt ILOVEEGYPT, button, bendera & ntah ape ape lagi la. Kitorang sempat jugak buat tanda kat muka, guna cat air tu, diorang wat bendera egypt kat pipi. Best2..sejuk masa berus tu kena pipi.

Hahaa..sebab memang panas terik la tadi. Matahari memancar mancar je. Then bergambar gambar la. Ape lagi. Tapi guna kamera fon je la. Kite takde kamera mahal. Sob3. Siap ada orang Arab nak ambik gamba sama sama lagi. Perasan artis kejap. Hehehh. Then pegi dengar talk tu. Ntah ape dia cakap tak paham. Tapi bila orang tepuk tangan bersemangat tepuk skali la. Bak kata Beyja, tanda sokongan. Tapi btol la macam yang pakcik tu bagitau. Diorang nak bekas presiden dibawa ke muka pengadilan.

Lepas dah penat berdiri dengar ceramah yang tak brape nak paham tapi terasa semangatnye itu, kami beransur pulang. Dah nak asar kot. Baju pun dah lencun ngan peluh. Dahaga jugak. Lupa nak beli air mineral! Adeh. Alhamdulillah selamat pulang & tiada kejadian tidak diingini berlaku. Cuma bila sampai rumah diorang bising-bising pasal earthquake? Mesir kena earthquake? Nope. Terasa gegaran kesan gempa bumi di Athens. Wallahu'alam. Kami tak perasan pulak. Sebab waktu kejadian kami dalam teksi on da way balik. Btol la macam macam pengalaman dah dapat kat bumi barakah ni.
Allah knows the best =)

No comments: