Thursday, February 10, 2011

winter break tapi berkurung di rumah

plan nye nak update blog hari hari kot sebab winter break
tapi laen pulak yang jadi kan..ni semua ketentuan Allah
so, brings back the memories

28januari2011

sepatutnya tarikh itu menjadi detik permulaan kami berpoya poya sempena winter break selepas beberapa minggu berhempas pulas menghadapi midyear exam
tapi sesungguhnya malang tidak berbau dan langit tidak selalu cerah
bumi egypt dilanda kebangkitan rakyat!
rusuhan & tunjuk perasaan berleluasa
akibatnya perintah berkurung dikeluarkan
what the?? berkurung di winter break??
omaigod..omaigod..takleh nak gi jalan jalan la ni
yang lagi haru
line telefon & internet disekat sepanjang hari
ni yang rasa nak mengamuk ni
duk rumah je tak tau sepatah haram ape yang jadi kat luar sana
actually ada je tv kat rumah tu
tapi sebab awal awal dulu pikir macam nak tengok ape siaran arab bukan paham pun
so kami telah berhempas pulas tolak tv tu sekali ngan rak tv tu pegi letak dekat beranda
wat semak hall je..sebab kitorang ramai
kalau waktu makan berjemaah memang tak muat kena duduk himpit himpit
*sebab makan dalam talam*
nasib baek hari khamis*27hb* tu kitorang dah keluar beli barang rumah
lauk pauk sume ada la insyaAllah bleh survive untuk seminggu dua
what to do??
layan movie saja

29januari2011 - 1februari2011
line telefon dah ok..tapi telefon je la..no sms, no internet as well
lepas tu start la dapat panggilan dari kawan kawan, ketua batch
inform keadaan semasa, update langkah langkah yang perlu diambil
suruh sedia dokumen penting in case kita sume perlu dibawa keluar dari egypt

perintah berkurung still berkuatkuasa..actually after asar until the next morning
tapi kadang kadang berubah kalo ada rusuhan yang dikhabarkan akan berlaku
tapi kitorang memang dinasihatkan untuk tidak keluar rumah la
duduk umah diam diam sudah
memang taknak keluar kot..cuak weyhh
kalau tiap tiap ko tido bertemankan segala macam bunyian
ntah bunyi tembakan ke bunyi bom ke bunyi jet berlegar legar ke
wat seram je kan
so kitorang selalu la intai kawasan depan umah tu
petang & malam ramai je lelaki arab berkumpul
kat tangan masing masing for sure ada senjata
pegang kayu, besi sume
tapi tak rasa yang diorang tu nak wat kecoh
they are protecting the neighbourhood from army actually

lepas tu dapat berita yang balai polis kena serang kena bakar
&&&
ramai banduan terlepas!!
lagi la cuak
terus mula operasi tutup segala pintu masuk
beranda tingkap sume kunci rapat rapat hadang ngan katil & almari segala
kitorang memang tak keluar kot
cuma aya & beyja ada la keluar kejap ustaz teman pegi
beli bawang habis*kuat sungguh makan bawang 10budakhitam nih*

No comments: